Pages

Friday, 2 June 2023

Saint Catherine, Mesir: mendaki Gunung Sinai (part II)

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

bila tiada siapa beri jawapan untuk berpatah balik ke parking lot, jadi kami pun teruskan pendakian. pada masa sama pendaki lain, ada yang baru sampai dan ada juga yang sama macam kami - terus mendaki dan mendaki dalam keadaan yang sangat sejuk.

cabaran kami pada masa ni adalah mengantuk. ya betul. dah laa tak cukup tidur. kena pula mendaki dalam cuaca sejuk. rasanya sesiapa pun akan alami rasa yang sama. tapi kena lawan juga. sebab kalau tak lawan, memang pening kepala layan rasa mengantuk tu.

cara anies nak hilangkan mengantuk tu, bila berhenti, tarik nafas dalam-dalam. orang kata, biar oksigen masuk ke otak. dua tiga kali tarik nafas, mata kembali okey. tak mengantuk dah.

selain cabaran mengantuk, laluan mendaki dah jadi semakin kecil. bila anies berhenti, anies terpaksa tegakkan badan untuk bagi laluan kepada pendaki lain. kalau duduk, kita dah menghalang laluan orang. tak fasal-fasal kena marah pula nanti.

keadaan ni berterusan sampailah ke check point ketiga. sebelum tu kami ada berhenti juga di check point kedua tapi sekejap je sebab terlalu ramai orang. dan bila tiba kat sini, mama anies terus cakap kat ustaz yang dia surrender.

dia dah tak larat lagi. kata mama, ikutkan hati nak terus mendaki sampai ke check point ketiga tapi dia tak nak ambil risiko. jadi, ustaz pun bersetuju untuk temankan mama manakala ustaz seorang lagi dan juru pandu terus bersama kami menuju ke check point ketiga.

setiba di check point ketiga, kami ambil keputusan untuk solat Subuh. bila kami dah solat kat sini, ni bermakna kami dah GAGAL.

ya, kami gagal untuk solat Subuh di puncak sepertimana pendaki-pendaki Muslim yang lain. memang kecewa. tapi apakan daya. kami tak ada stamina. kami tak fit. kami berhenti banyak kali sepanjang pendakian😔😔.

(FYI, jangka masa pendakian hingga ke puncak adalah sekitar 5-6 jam. jika korang bermula jam 12.00am, maka korang akan sampai di puncak pada jam 5.00 atau 6.00 pagi = waktu Subuh)

tanpa buang masa, kami pun terus solat. wuduk kami dah ambil siap-siap sebelum mendaki. Alhamdulillah sepanjang mendaki wuduk tak terbatal. memang jaga sangat sangat!

oh ya lupa nak beritahu. bila kami tiba di check point ketiga, mana-mana yang menunggang unta atau keldai akan stop kat sini. so korang akan jumpa banyak unta dan keldai di sebelah check point hut. harap tahan hidung laa ya masa ni sebab bukan bau 💩💩 unta dan keldai je, bau hamis haiwan ni pun sama.... menusuk hidung😂😂

anies bercerita dengan gambar laa ya!

lepas solat, kami teruskan pendakian. sedar tak sedar suasana sekeliling dah berubah. cepat betul waktu berlalu masa tu. bila kami toleh belakang, scenery ni laa yang kami nampak... kalau tak silap masa ni kami berada di ketinggian 1000++ meter...

sampai di suatu tempat, laluan pendakian berubah yang mana kami akan melewati celah-celah gunung. jadi kalau yang naik unta / keldai untuk sampai ke puncak, hal ni tak boleh berlaku serentak kerana laluannya sangat sempit. 

masa ni tinggal anies seorang je kat belakang. cousin semua dah ke depan. tak larat dah diorang nak tunggu anies yang asyik berhenti je tu. hahaha...

berhenti sekejap nak snap scenery ni... cantik kan? ya betul... Gunung Sinai ni dikelilingi batu-batu... dan tak mustahil ya... kalau batu-batu yang membina Piramid tu, diambil dari Semenanjung Sinai suatu ketika dahulu...

berhenti lagi. tak ingat dah masa ni kat paras ke berapa... nak posing lawa-lawa nan hado...kepala fikir penat je 😂😂

sampai di suatu tempat... laluan semakin sukar untuk menuju ke puncak. banyak batu dan setiap pendaki wajib berhati-hati. masa ni, ramai yang belum tiba ke puncak. so dalam hati anies cakap, nampaknya bukan anies seorang jelah yang tak mampu tiba di puncak pada jam 5.00 pagi😂😂

macam ni laa laluannya. ada yang cakap, batuan macam ni pihak berkuasa dah betulkan. sebelum ni takkan jumpa laluan bertingkat seumpama ni. tapi demi keselamatan dan keselesaan pendaki, mereka baiki laluan ni. anies tak sure sama ada mereka simenkan batu-batu ni atau tidak... sekali tengok macam tak ada sebarang perubahan dibuat ke atas laluan ni... 


bila tengok laluan berbatu lagi merbahaya ni, hati terasa sayu mengingatkan kepayahan yang dihadapi Nabi Musa AS sewaktu mendaki gunung ni. bayangkan baginda mendaki dalam keadaan sejuk, gelap dan berseorangan semata-mata kerana perintah Allah SWT.


seram tak tengok laluan ni? masa mendaki ni, satu benda yang anies set dalam kepala. jangan toleh belakang. sebabnya kalau toleh, kita akan rasa ngeri / kecut-perut. snap gambar ni pun masa dah nak turun ke bawah...


anies tetap teruskan pendakian walaupun cousin semua dah tinggalkan anies kat belakang. kelibat ustaz dan juru pandu pun entah ke mana. 

sambil mendaki, otak tak berhenti-henti beri semangat. "dah sampai ke tahap ni, jangan mengalah!" "kalau senang sangat, macam mana nak tahu kita ni berjaya ke tak?" dan macam-macam kata-kata motivasi bermain dalam kepala.

sampailah di suatu tempat, 2 cousin anies dah duduk berlunjur atas batu. anies tanya, "tak nak naik ke?" dua-dua menggeleng. dua-dua dah tak larat. ikutkan hati nak ikut macam diorang. tapi, desakan dari dalam suruh anies teruskan pendakian.

korang rasa anies akan sampai ke puncak tak? kalau sampai, agak-agaknya jam berapa anies tiba di puncak? stay tuned...

thanks for reading..
daaa...

62 comments:

  1. oh my god, wishlist aku ke Mesir, lupa kalau di Mesir ada gunung Sinai. Seru juga ya mbak perjalanan mendakinya, lama sekali saya tidak naik gunung

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni masukkan dalam wishlist mendaki gunung sinai..preparation untuk mendaki tak sesukar mendaki gunung Bromo😀

      Delete
  2. Anies sampai ke puncak, saya rasa. :)
    Pace doesn't matter, asalkan you reach the finish line. Itu ayat saya, dari dulu, bila masuk event lari.
    Tinggi tu, Anies oi, saya tengok gambar tu pun, seram rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu minggu depan ya sy share😀
      sbb tu sy menonong je ke depan. seram nk tgk blkg...😁

      Delete
  3. Oo salah tekaan saya sebelum ni. Nampaknya anies berjaya mendaki sampai ke puncak! Hebat! 👏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe... nantikan perkongsian sy jumaat depan yaa😉

      Delete
  4. Wah!! Terbaiklah Anies.. Tetap teruskan pendakian.. Cantik sangan pemandangan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dah alang2 mendaki kan...kite pulak dtg dari jauh. rs rugi kalu x trs kan

      Delete
  5. So magical places, thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  6. Semoga Anies sampai ke puncak nya..masih kuat kan ?😁...di tunggu kelanjutannya ...indah bangeet..maha besar ciptaan Allah

    ReplyDelete
  7. Bello lugar te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Mcm dh tekad tu. Ecah rasa sampai! hehe

    ReplyDelete
  9. begitu sekali sukarnya pendakian ke puncak Tursina sungguh mengagumkan ketabahan anies n pendaki lain

    ReplyDelete
  10. cantiknya pemandangan.. mesti sis anies berjaya juga sampai puncak kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tu kena tggu jumaat depan laa ya😀

      Delete
  11. pendakian yang mencabar...saya ambil iktibar di sini bahawa..untuk naik ke atas perlu speed, stamina dan power dalam masa 6 jam...tak boleh kurang ...jika kurang maka sukar untuk sukses

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jgn jd mcm kami. main terjah je... janji tiba😁

      Delete
  12. anies smpai..tpi tak thu pkl brapa..haha..klu cik nor dah tdo dlu kt celah2 batu tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup ke tido celah batu smbl ditemani bau 💩 unta?😂😂

      Delete
  13. SubahanAllah! Cantik nya dek.. Terpegun ibu dengan ciptaanNYA.. ;)

    ReplyDelete
  14. What a beautiful pictures of the desértical mountains. These images gives Peace and beauty.

    ReplyDelete
  15. Mendaki gunung itu melelahkan, apalagi mengingat memerlukan waktu sampai 5 jam lebih dan udara yang dingin.
    Tapi luar biasa nih Mbak. Walau tidak tercapai shalat subuh di puncak, tapi Mbak menapaki jejak Nabi Musa AS. Saya hanya dapat membayangkan bagaimana kerasnya pendakian melihat strutur gunung yang berbatu seperti saya lihat dari foto-foto yang disertakan pada posting ini.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakan daya... kami tak fit. tiada stamina. salah kami juga tu. tapi thats okay. ini bukan competition. sekadar mencari kelainan dan menghayati perjuangan nabi musa..

      Delete
  16. Rasanya anies sampai jugak ke puncak walaupun agak lambat.. slowly but surely.. aktiviti panjat daki gini mmg perlukan ketahanan mental jugak selain fizikal.. bdn kena fit, mental pn kena tahan xleh nk goyah selalu.. tgk batu-batu tu mmg lain sgt cabarannya jika kita pegi panjat bukit kita kat malaysia ni.. apalagi next entri gambar di puncak pulak anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tggu ya esok sy share

      ya mmg betul. stamina, mental fizikal semua kena bersedia. jgn jd mcm kami. x prepare apa2 trs je daki mcm x de apa2😂

      Delete
  17. i love this kind of landscape;)

    ReplyDelete
  18. Baru tau tips hilangkan ngantuk dg tarik napas. Hihi bisa aku coba ini tips simpelnya karena saat nulis aku sering banget ngantuk

    Hihi berharap lihat unta, tapi dapetnya bau2 yang tak sedap juga.
    Pemandangannya bagus meski gersang.

    Tapi membayangkan harus sampai puncak dg medan seperti itu ya melelahkan. Takut tergelincir tp alhamdulillah kak anies sehat selamat meski masih kurang fit saat pendakian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nanti try laa😀

      dari kaki gunung kami dah jumpa unta. nak buat macam mana kan... mereka juga nak cari rezeki dengan cara begitu

      Delete
    2. Sudah dicoba tapi gak berfungsi untuk aku, kak haha mungkin aku yang memang suka mengantuk hehe

      Iyaa betul, bersyukur dan senang bisa bertemu hewan yang langka di indonesia. Eh di indonesia ada nggak ya hihi sepertinya memang gak ada. Jadi membayangkan kak anies jumpa unta cukup membuat saya senang

      Delete
    3. tak apa. mengantuk itu juga nikmat hidup....barangkali harus dijaga pemakanannya sebelum buat kerja...

      unta ada di mana2 di bumi mesir ini...lebih2 lagi di kawasan berpasir seperti sinai ini

      Delete
    4. Hehe betul sih, Kak.

      Betul juga sarannya, Kak. Saya biasanya kerja memang setelh sarapan hehe

      Di Indonesia sepertinya nggak ada. Aku memang nggak pernah ke kebun binatang sih jadi nggak tahu ehehhehe

      kalau di mesir sudah pasti lah banyak

      Delete
    5. ada rezeki nanti boleh ke mesir jumpa unta😁

      Delete
  19. Aduhh! seram sangat tengok laluan tu Anies. Tahniah! mesti Anies berjya ke puncak tu kan?

    ReplyDelete
  20. Masya Allah indah nian, puas hati meski lelah ya kak

    ReplyDelete
  21. Ya Allah!
    Kagumnya saya...!
    Tapi saya tetap rasa seram tengok laluan berbatu tu Anies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak sbb tu sy x nk toleh belakang. trs je daki. kalau x mmg x bergerak laa jawabnya

      Delete
  22. assalammualaikum anis. yaya singgh sini melawat...cuci mte tgok gmbr anies amik hehe =D

    ReplyDelete
  23. Trail yang menarik batu-batuan dan menarik celah gunung tu. Alamak, mesti seram kalau toleh belakang tu. kadang jadi gayat pulak.

    ReplyDelete
  24. oo aim nak subuh di puncak ye. alahai nk buatmcm mana takde rezeki kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tu aim pendaki muslim. tp apakan daya...

      Delete
  25. Kak Anies, ini naik ke puncak butuh 5 jam. Lalu kalo dah sampai puncak, turun ke bawah 5 jam lagi lah yaa 🤣🤣???

    Haduuuh, ntah sanggub, ntah tak kalo saya 😅😅

    Tapi pengen coba, cuma bayangin turunnya bakal lama lagi, itu yg patah semangat hahahahhaa. Kalo naiknya pasti semangat

    ReplyDelete
  26. MasyaAllah cantik pemandangan lepas Subuh tu 😍

    Memang seram tengok laluan berbatu semua.

    Terbaik Anies kuat mental 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu cabaran sebenarnya. mmg kn langkah penuh berhati2 x boleh gopoh nnt tersilap langkah abis laa

      Delete
  27. alhamdulillah selamat naik dan turun.. Allah maha kuasa juga tu tak ada berlaku apa2 kt atas sana

    ReplyDelete
  28. kalau bawak bendera malaysia kan lg lah kebabomm haha. balik sini terus viral nis

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆