Pages

Wednesday, 7 June 2023

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pada mulanya anies berbelah bagi sama ada nak pergi atau tak. tapi sehari sebelum tu, member buat plan nak pergi ramai-ramai. tapi tak ada laa sampai 1 bas yang join😂

so fikir-fikir... why not pergi je dengan diorang? bukan sebab lebih meriah atau havoc. tapi bila ada kawan ni, rasa macam bersemangat sikitlah.

kami naik Komuter kat Stesen BTS. ehh bukan BTS K-Pop tu tau😂 ni Bandar Tasik Selatan. tapiiii.... kusss semangat punya manusia! ramai and sesak macam sardin!

kami turun kat Stesen Putra. ni yang depan kitorang. belakang kitorang lagiiiiii ramaiiii!!! 

dah sampai! kami masuk melalui pintu dari Hotel Seri Pacific / Sunway Putra Mall...

(booth Iman Publishing). dari pintu masuk kami meredah kesesakan orang ramai dan terus ke Dewan Tun Razak (tingkat 3). kami dah plan awal-awal. kami tak nak jelajah semua booth. kami nak pergi booth booth tertentu je. kalau tak sesak mungkin kami boleh singgah lebih banyak booth. tapi... nan hado!


SUASANA DI PBAKL @ WORLD TRADE CENTER KUALA LUMPUR (WTCKL)


booth The Patriot

tengoklah... sesaknyaaaa

buku-buku di booth The Patriot

booth Fixi

booth PTS ni saban tahun memang besar... maklum sahajalah... antara penerbit buku terbesar @ Malaysia...

buku-buku di booth Iman Publication...

universiti awam seluruh Malaysia menghantar publisher masing-masing ke PBAKL kali ni. so student U boleh dapatkan buku rujukan, etc directly dari booth booth ni...

short video

booth booth yang anies sempat singgah antaranya Karangkraf, Karya Seni dan Idea Kreatif. tapi sekadar untuk cuci mata je. dalam pada tu terjumpa (tengok dari jauh) pelakon Izzue Islam & bekas mufti WP Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

di ruang legar utama... kat atas pentas utama tu, ada salah seorang penyanyi nasyid dari kumpulan UNIC...

yang palingggggggg dirindui... anies panggil teh tarik PWTC. setelah sekian lama tak mencicipnya, ternyata rasanya masih kekal sama. harga je yang dah berubah. RM6 secawan! pengsan jap!😂 tapi tu laa... no more kiosk makanan dalam PBAKL. puas anies cari teh ni dan dah berkira-kira nak menangis laa kalau tak jumpa😂 OTW balik tup tup nampak kiosk kat sebelah Hotel Seri Pasific. apa lagi? rasa nak melompat sampai ke langit!😂 lepas dah rindu 3 tahun...😂


BTW tak beli buku ke anies? beli! 2 buah je. nanti anies buat review buku tu nanti ya!

korang sempat singgah PBAKL tahun ni? macam mana? best tak? jom share!👇👇

39 comments:

  1. Saya last sekali pergi pesta buku antarabangsa ni, masa saya sekolah menengah. Dan itulah satu-satunya kali saya pergi. Memang ramai orang ye, Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekends mmg ramai. tambah pula kalau pd mggu akhir pbakl. so kalau nk g pegi weekdays

      Delete
  2. Bila tengok gambar orang ramai bersesak-sesak ke pesta buku ni, dalam hati kata alhamdulillah, orang Malaysia masih lagi suka membaca 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. org kita masih perlukan buku fizikal..

      Delete
  3. bestnya dpt gi PBAKL...dulu masa keja kat KL gigih jugak la pegi but now dah kat N9..memang x la..

    ReplyDelete
  4. Ramai bangeet..di tunggu review bukunya.. alhamdullilah masih jumpa teh tariknya..pasti rindu terobati 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ramaiiiii sangat.. sy belum habis baca lagi. nanti sy review ya

      Delete
  5. saya tak berpeluang dan tak sempat nak bawa Pia ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe nanti bleh dtg lg thn dpn insya allah

      Delete
  6. Saya tak sempat singgah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah nampak ramai orang kat pesta buku tu..ini menunjukkan rakyat msia masih lagi punya minat membaca heeeheheh. btul ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... rakyat malaysia masih sukakan buku fizikal walaupun skrg segalanya digital

      Delete
  8. seronok nya ke pbakl. dulu selalu pergi. sekarang dah jadi malas. semenjak kejadian banjir, langsung minat membaca juga hilang dibawa bah. banyak buku rosak. HAHHA. mood membaca/ beli buku dah terkubur. apetah lagi ke PBAKL dengan sesak. memang dah jadi malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo banjir kat shah alam tu ke? Allahu...

      tak apa laa... bila2 ada rezeki boleh dtg... lg pun saban tahun mmg ada pbakl ni...

      Delete
  9. Nak jugak pergi tapi banyak nya la hal. Hope weekend ni ada masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah abis dah mggu lps. last day 4hb. kalau ada pesta buku kat klcc. tp tu lbh kpd comic rasanya

      Delete
  10. Sha tak mampu nak ke sini walaupun hati meronta-ronta ingin pergi.. Suasana sesak tu boleh buat Sha lemas dan panik.. huhuhu... Mampu tengok kawan-kawan kongsi kemeriahan di media sosial je.. kikiki.. Buku apa agaknya yang dibeli tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha dtg laa weekdays... buat2 g national library otw blk sggh laa pwtc😂😂😂

      Delete
  11. Ramai dan meriah sekali pesta bukunya, Mbak.
    Jadi kangen dengan pesta buku. Entah sudah berapa lama saya tak sempat hadiri pesta buku.
    Moga ada pesta buku juga di kota saya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang meriah. tambah pula ni slps post covid. tahun lepas ada. tp tak semeriah tahun ini

      Delete
  12. Saya tak sempat..atau senang cakap, takda orang ajak or bawak..Hahaa..Lagipun buku last year beli pun tak habis baca lagi .Acano 😆 Izzue Islam, last year pun macam ada gak dia tu...Haha.. Jadi pengacara la kot ek...

    Ohh..air tu sedap ek..Kemain harga..Nanti leh try 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tggu nnt thn depan sy ajak tau!

      ya sy perasan jg setiap kali pesta buku karya seni pasti akan jemput izzue

      Delete
  13. Tahun ni tak pergi pesta buku. Mula2 excited nak pergi, tapi sampai kesudah tak sampai2 mood nak meredah ke sana heheheh

    Beli buku apa tu? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe nnt kita pegi thn dpn ya kalau pnjg umur

      nnt sy review ek😉

      Delete
  14. Kalau saya pergi hari biasa dan jadi orang terawal masa reruai baru buka. Hehe tahun 2009 tidak silap kali terakhir waktu Puduraya masih beroperasi. Lepas itu bila Puduraya bukan perhentian dari Melaka, sayapun sudah tidak turun ke Pesta Buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah thndpn boleh trn. lrt pun dah ok. boleh trs dr TBS. lg senang x yah hadap jem or parking x de

      Delete
  15. Wow, syoknya. Beli buku apa tu?

    ReplyDelete
  16. Ramai betul umat manusia. Betullah tu Anies, pergi dengan kawan-kawan ni lebih meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramaiiiiii yg mudah sesak nafas tu fhm2 je

      Delete
  17. bestnya.. banyak ke shopping.. baru tau teh tarik PWT tu sedap ye. nampak pekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. bli dua novel je. fav dr dulu lg ni teh tarik pwtc ni

      Delete
  18. Kemarin tuh di KL saya tak sempet ke toko buku, Krn teman buru2. Tapi nanti di Penang nak singgah popular, mau borong novel Malaysia 😄. Saya dulu sering beli pas masih kuliah kak.

    Paling suka datang ke pameran buku seperti ini. Biasanya saya suka kalap. Trakhir ada pameran Big Bad Wolf di jakarta dan saya sampe bawa koper Krn borong banyak buku utk library di rumah 😄

    ReplyDelete
  19. dh tak jd student ni, nk singgah tgk buku pun tak dpt lah. motip utama nk pekena air tu lah kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆