Saint Catherine, Mesir: El Wady El Mouquduss Hotel

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum tu... happy 13th birthday to my blog... huisshh... diam tak diam dah 13 tahun anies menceceh dalam blog ni😂

ntah apa apa laa agaknya pengisian yang anies share tu ya? harap-harapnya yang baik-baik je laa... moga ia boleh jadi ladang pahala untuk anies... insya allah...

okey, back to the title... jujur cakap, anies berbelah bagi sebenarnya nak review fasal hotel ni. kenapa? lain tak bukan adalah disebabkan kebersihan

mungkin disebabkan pandemik kita pun dah sedia maklum yang industri perhotelan antara industri paling terjejas. bila sempadan negara ditutup, ia sekaligus menyekat kemasukan orang luar termasuklah pelancong.

industri pelancongan dan hotel sangat berkait rapat. lebih-lebih lagi kat kawasan Saint Catherine ni. sebelum pandemik, tempat ni antara a must place to visit terutama bagi penganut Kristian, Yahudi dan juga Muslim.

tapi bila pandemik melanda, hotel-hotel kat sini jadi sepi dan tak terurus untuk tempoh yang lama.

ketika kami sampai, hotel ni baru beberapa bulan kembali beroperasi. ditambah pula dengan konflik di sempadan (Mesir - Palestin). jadi secara tak langsung hotel ni turut terkena tempias akibat kekurangan pelancong.

sebaik kami melangkah masuk, lantai hotel sangat berdebu. meja dan sofa juga berdebu. manakala urusan check in pun ambil masa yang lama.

lepas dapat kunci, anies dan mama ditempatkan kat bilik sama. mak cik dan pakcik sebilik manakala anak-anak diorang satu bilik. kami ditempatkan berjauhan. bukan bilik sebelah menyebelah.

bila masuk bilik, entah kenapa anies dapat rasakan aura yang sangat tak selesa. nak duduk atas katil pun rasa lain. lastly anies ambil towel dan bentang atas karpet yang berdebu. bila malam, anies tidur sekatil dengan mama sebab 'tak sanggup' nak tidur atas katil sendiri.

part bilik air tak payah cakap laa... dah laa air paip sejuk gila! slow pulak tu! anies just buang air, gosok gigi dan ambil wuduk je. yang lain-lain memang tak sanggup nak buat sebab terlampau sejuk selain keadaan bilik air yang sangat tak memuaskan akibat air bertakung (lubang tersumbat).

ada banyak anies nak cerita tapi tak sanggup nak ulas panjang lebar. ni kerana, sebelum pandemik, review dan suasana bilik hotel sangat bagus dan memuaskan. tak berdebu, air paip okey dan ada penyediaan makanan di kafe hotel.

so apa yang anies harap pda masa akan datang hotel ni akan jadi lebih baik dari segenap segi. dalam kata lain ia kembali seperti dahulu. 

dan macam biasa, sebahagian foto yang ada...

main entrance. hotel ni ustaz (tour guide) yang booked. kalau tahu keadaan hotel macam ni, of coz anies pilih hotel lain walaupun mahal sikit.

suasana petang sebaik sahaja kami sampai... ya hotel ni dikelilingi bukit-bukau batu...

scenery sebelah hotel. ada resort kat sebelah hotel ni...

suasana depan hotel. kalau tak silap binaan under construction tu adalah hospital...

ni laluan ke bilik anies. cousin punya bilik kena naik tangga tu (ke tingkat atas)...

suasana belakang hotel. tu bilik-bilik kepunyaan hotel ni ya... so sad... sangat tak terurus. kolam renang tu pun kosong. tak ada air langsung...

ni laa bilik anies dengan mama... nampak macam tak ada apa-apa tapi sangat berdebu...😔

kabinet pun kelihatan macam usang je. TV tu tak payah tanyalah... korang tengok pun dah tahu, kan?

reception counter... ustaz tengah uruskan check in...


sekali lagi anies harap sangat pihak pengurusan hotel dapat baiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada. sayang sangat kalau dibiarkan sebegitu tanpa penyelenggaran dan baik pulih.

so that's all for today. thanks for reading. daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

44 Words of Lo♥e

  1. Padahal hotelnya cukup cantik ya...karena covid semua jadi terlantar untuk urusan kebersihan...selamat buat hari jadi blognya yg ke 13 thn...lama juga sudah Anies berkecimpung di blog..semoga saya bisa bertahan jugak😀...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya samgat camtik dan selesa. saya terjumpa foto hotel ni sebelum pandemik.
      customer pun ramai. review pun bagus.

      terima kasih mreneyoo🫰

      Delete
  2. Mungkin masa pandemik, ramai pekerja industri hotel yang dah keluar dari tempat tu cari peluang pekerjaan di tempat lain yang lebih sibuk. Lepas pandemik, kekurangan tenaga kerja nak menguruskan hotel. Sayang sangat, hotel pun memainkan peranan utk tarik pelancong. Kalau hotel tak selesa, pelancong pun malas nak datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. saya pun rasa mcm tu. sbb situasi kat mana2 hotel lps pandemik pun mcm ni juga...

      Delete
  3. What a nice post, thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. unfortunately it's not in a good condition

      Delete
  5. Wah best best trip ni, thanks for sharing. Tumpang seronok.

    ReplyDelete
  6. Lindo hotel, te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. view yg sangat cantik..habis anies tdo macm mana? klu cik nor dah lama bersin xhenti2 klu bilih berhabuk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhimpit dgn mama 1 katil😂 terpaksa buat cm tu kalau tak nnt lg bertambah berdebu/habuk. so stay kat 1 tmpt je laa

      Delete
  8. Masyaallah, sudah belasan tahun blognya. Happy anniversary deh hehe. Semoga bsa terus bersilaturahmi.
    Dl saya juga sering mampir ke blog kak anies di tahun 2019 sepertinya. Tapi blog yg saya gunakan sudah tidak aktf.

    Wah ckup kecewa ya kak rasanya kalau kualitasnya justru menurun. Smoga saja kdepannya pihak hotel lebih memperhatikan kualitas sarana dan prasarana yg dmiliki

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih keza.
      oo ya ke? maknanya sebelum pandemik lagi ya kita dah kenal...

      ya penangan pandemik dan hotel ni tidak terkecuali. harapnya bila sy kembali lgi ke sini ia sudah jadi lebih baik

      Delete
    2. Iyaa kaj, sebelum pandemik. Dlu sempet mau dikasih hadiah oleh Kak Anies. Tapi karena aku pikir Malaysia dan Indonesia itu terlampau jauh, jadi aku nggak percaya dan nolak ehehehe

      Dulu nama aku bukan Keza, pakai Bintang atau Najma Laila. Mungkin Kak Anies udah lupa hehe...

      Makanya selagi aku punya blog ini, langsung berkunjung ke blog kak Anies. Karena kak Anies punya banyak cerita yang dibagikan...♥️


      Aamiin, semoga saja kualitasnya bsa segra meningkat supaya pengunjung lain pun lebih nyaman

      Delete
  9. besar hotelnya tapi tiada penyelenggaraan sepatutnya ya..dukacita juga

    ReplyDelete
  10. keadaan pada masa itu mungkin tidak mengizinkan kot...apa-apa biarlah jadi kenangan saja kisah tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa org pn mcm x bersedia nk sambut tetamu lg

      Delete
  11. Replies
    1. lps pandemik ekonoki dunia mmg x stabil. ditambah pula dgn pelbagai krisis

      Delete
  12. Boa tarde de domingo e bom início de semana. Excelente matéria e fotos maravilhosas.

    Luiz Gomes.
    viagenspelobrasilerio.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Amazing photos and stunning place.

    ReplyDelete
  14. Aduh!! Seram pula bila baca penerangan Anies mengenai tempat penginapan tu.. Memang mencabar sungguh.. Semoga keadaan mereka akan kembali pulih untuk di singgah selepas ini..

    ReplyDelete
  15. Syg pulak tgk hotel terbiar mcm ni kan... lps pandemik mmg byk jugak hotel yg gulung tikar.. sbb tu lps je abis pkp tu mmg kami elak hotel dan panggung wayang... sbb mst dh lama terbiar masa pandemik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sesuatu yg mungkin kita tak terfikir sblm berlaku pandemik..

      Delete
  16. nice story Cik... btw sudah lama juga bermain blog ya. Keren

    ReplyDelete
  17. Dapat inspirasi, fan style, buat making bed sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak buat mcm2... cuaca pula sejuk...

      Delete
  18. Rasanya ada persamaan di tempat lain.
    Selepas PKP, kami bercuti dalam negeri dan memang keadaan hotel yang kami inap agak menyedihkan. Nampak lama terbiar dan tidak diurus dengan sempurna. Barangkali kurang pekerja sebab sewaktu pandemik hotel ditutup dan pekerja banyak diberhentikan.
    Harapnya setelah bebas wabak, dapatlah hotel kembali pulih seperti dahulu.

    ReplyDelete
  19. Mungkin tidak sempat selenggara atau waktu Covid tidak dapat buat sepenuhnya.
    Sekarang mungkin sudah ok. Insya Allah.

    ReplyDelete
  20. Kak, waktu itu tengah winter kah? Biasanya kalo air kolam renang pas winter dikosongkan memang.

    Tapi utk paip kamar mandi, susah juga yaa kalo tak ada air panas 😅. Tak kan kita sanggub mandi pakai air dingin kayak air es 😂

    Dari foto2nya, terlihat kok hotel ini kurang perawatan. Memang lah pandemic nih bikin banyak hotel terkena efeknya. Jadi tak terurus. Semoga saja semakin ke sini akan semakin bagus, apalagi sudah tak pandemi

    ReplyDelete
  21. sayang sekali kamarnya tak terawat, saya pun tak sanggup bila harus tidur di kamar berdebu sebab saya alergic debu, kak.

    ReplyDelete
  22. Selepas COVID-19 mana mana tempat pelancongan agak tak terurus. Sedih betul tengok suasananya. Memang nampak tak terurus.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆