Top 5 for May 2023
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah...
masih sama macam sebelum ni... terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan yang sudi singgah ke blog yang tak seberapa ni. moga-moga ia jadi asbab untuk kita sama-sama terus menulis dan menulis dan menulis lagi.
untuk 'carta' top 5 bulan ni nampaknya ada perubahan kedudukan namun 'penguasa' takhta masih dipegang mereka-mereka yang pernah 'merajai' carta sebelum ni.
ada yang datang blog dan terus 'bom' dengan komen. ada yang datang setiap hari dan seakan 'wajib' drop komen. ada yang tunggu seminggu dua then datang dan 'harung' sekaligus.
tak kiralah macam mana sekali pun, anies tetap nak ucapkan terima kasih daun keladi. insya Allah ada masa singgah-singgahlah lagi yek!
well, macam biasa... anies kongsikan 5 top commentators untuk bulan Mei 2023. cekidaut!
menariknya top 5 bulan ni adalah: 4N 1M ☝😂😂 dah macam 4W 1H pula (ingat kelas English tak?)
bulan April kedudukan nina di tangga ke 5 tapi bulan Mei, dia rampas semula kedudukan nombor 1! tak boleh nak kata apa laa kalau dia 'datang membawa bom' a.k.a bom komen 😂😂 selain blog ni, ada blog lain tak yang kena bom dengan nina? kalau ada tolong angkat CPU? nak tengok orangnya...😂
dan macam biasa... kalau korang belum follow blog nina, lepas baca entry ni tolong follow ya... kalau nak cop bakal menantu pun boleh😂😂 lariiiiikkkkk
wallaweiii... bak kata uncle Anakonda... bulan April nama blogger dari negara jiran ni tak termasuk dalam top 5. tup tup bulan Mei terus melonjak ke tangga kedua! fewwiitttt!!!
ya, Mrene Yoo ni merupakan warga Indonesia dan menetap di Lampung. haa... kepada mereka yang nak jalan-jalan ke Lampung nanti bolehlah berkenalan dengan Mrene Yoo. mana tahu... Mrene Yoo boleh bawa jalan-jalan sekitar Lampung nanti.
tapi sebelum tu kenalah follow blog Mrene Yoo dulu ya!
haaa... ni seorang lagi blogger dari negara jiran... bulan April nama Naia berada di kedudukan ke 4. untuk Mei, Naia melompat satu anak tangga di nombor 3!
peminat-peminat k-Drama ke... Chinese drama ke... anies sangat-sangat recommended korang follow blog Naia ni. dia selalu share review tentang drama dari Korea atau Tanah Besar China. selain tu Naia juga selalu share tentang buku-buku fiksyen.
so klik je link kat atas tu untuk follow blog Naia ya!
bulan April blog NA tersenarai dalam top 5 dan berada di kedudukan nombor 3. tapi bulan 4, blog NA berada di kedudukan ke 4. that's okay. ni bukan pertandingan. anies buat ni pun untuk menghargai our fellow bloggers. jangan sedih tau NA! 😁
well... sedikit ringkasan tentang blog NA... hmm ia lebih terarah kepada personal sharing. so apa sahaja aktiviti yang NA lakukan, dia akan tulis kat blog. tapi jangan risau. tak ada kecaman atau perli memerli. NA sekadar meluahkan pendapat tanpa mengaitkan sesiapa. so just enjoy her sharing, okey!
last but not least, blog yang 'tersangkut' dalam top 5 untuk mei jadi milik blogger Nur!!! untuk April, blog Nur berada di kedudukan nombor 2. tapi untuk Mei, jatuh ke tangga ke 5.
that's okey. ni bukan competition. ni just suka-suka sahaja untuk anies hargai rakan-rakan blogger. well, sedikit ringkasan tentang blog Nur ni... dia selalu share fasal aktiviti lariannya. sesuai dengan nama blognya, Kait dan Lari... jadi setiap minggu pasti ada sharing tentang 'berlari'.
so korang yang suka berlari ke... berjogging ke... brisk walk ke... bolehlah follow blog Nur ni ya!
>>::<<
so beralih kepada ringkasan performance dan sharing blog anies ni sepanjang Mei... rasanya paling banyak entry tentang makan makan. 😂😂 hahaha dah macam lepas geram pula sebab sepanjang bulan puasa, entry makan makan cuma ada 2 je. bukan tak nak share tapi tu laa... bulan puasa kan... kita sama-samalah hormati bulan mulia ni ya...
cerita jalan-jalan ke Mesir belum habis lagi. rasanya bulan 8 kot baru selesai. bertabahlah...😂😂 kalau sebelum ni hampir setiap hari anies share tentang cerita jalan-jalan. tapi since tahun lepas, anies sengaja jarakkan (perkongsiannya). anies tak mahu pembaca jemu sebab asyik share entry yang sama je. kalau boleh biarlah pelbagai meskipun temanya sama.
Alhamdulillah, bulan lepas masih konsisten publish entry setiap hari bekerja. harap-harap bulan Jun ni pun kekal sama. cuma yang jadi masalah adalah BW. kadang anies ambil masa yang lama untuk BW. kadang, sehari je boleh hadap. semuanya bergantung pada waktu senggang. harap korang tak kecil hati ya kalau anies lambat BW.
well, thanks for reading. tahniah buat semua top 5. well... that's all.
daaa...
45 Words of Lo♥e
Tiga dari mereka Mrs. A kenal memang rajin komen ;-) Bulan Mei Mrs. A rasa macam busy sangat sampai nak menulis blog pun tak sempat huhuuu... alasan
ReplyDeletetak pe... kita selesaikan tugasan hakiki dulu. BW bila2 pun boleh
DeleteAlhamdulillah ada peluang lagi untuk masuk dan komen blog ini.
ReplyDeletetahniah NA!👍👍👍
DeleteTeruskan blogwalking dan support kawan2 blogger yg lain 👏🏻👏🏻
ReplyDeleteinsya allah selagi hayat dikandung badan😁
DeleteCPU pun takde, nak diangkat. Hehe..
ReplyDeleteTerima kasih kepada Anies juga, yang selalu singgah blog saya. Saya sangat hargainya. :)
sama2👌👍😀
DeleteTahniah all
ReplyDelete😀🫰👍
DeleteAlhamdulillah tahniah 5 komentator rajin
ReplyDeletediorg mmg 👍👍
Deletecongrats to top 5!
ReplyDeleteterbaikkkk👍
DeleteTahniah untuk pengomen tegar....bukan kerja mudah untuk menjengah blog orang dengan kekangan masa yang bertali arus....yang pasti blogger Anies sentiasa membalas BW anda semua...it is a good job
ReplyDeletealhamdulillah... sy buat selagi termampu
DeleteWah masuk lagi top lima😁
ReplyDeleteselamat mbak👍👍
DeleteSiempre es genial leerte. Te mando un beso.
ReplyDeletemucha gracias mi amiga👍
DeleteItu lah hebatnya blog Anies ni, tak peduli cara apa untuk datang sini, routine or bombardier 😍😍😍 Congratulations buat pemenang top 5.
ReplyDeleteamboiiii tingginya pujiannnn
Deletewahh mbak Heni Mreneyoo rajin main ke blog mbak Anies.
ReplyDeleteAku lama ga main ke blog temen temen malaysia, senang juga mbak anies bisa menulis nama nama blogger Malaysia, jadi saya bisa blogwalking.
mrene yoo memang rajin BW.. ramai blogger malaysia dia rajin singgah dan komen😀
DeleteSha angkat laptop je lah.. kikiki.. Terbaiklah semua pengomen ini..
ReplyDeletetu x aci. ringan sgt😂
DeleteWah keren, Mbak sempat juga mendokumentasikan sahabat-sahabat yang rajin blogwalking.
ReplyDeleteDari 5 blogger itu saya kenal, yang 3 lagi akan segera follow dan mengunjungi blognya.
Salam persahabatan,
terbaikkkk mas👍👍👍
DeleteGreat Post!
ReplyDeleteBjxxx
Ontem é só Memória | Facebook | Instagram | Youtube
thanks dear
DeleteTahniah semua
ReplyDelete👍😀
DeleteTahniah semua!!! Tahniah anies!! Anies mmg pengomen tegar jugak ni 👏👏👏👏 yg bestnya kt sini blogger oversea pn lepak sini.. mmg padu anies 👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah melangit sgt pujian tu😀
Delete
ReplyDeleteKeren juga nih. Ada rekapitulasi
5 besar pengunjungnya perbulan.
alhamdulillah😀🫰👍
Deletewah, terima kasih kak Anies dah sudi berteman dengan saya since 2018 kalau tak salah? Saat itu saya belum lagi ada teman dalam dunia blog setelah lama vacum
ReplyDeletesama2
Delete2018 ya? 😁😁saya rasa macam dah lamaaaa kita kenal
rajin depa melawat n komen di blog sama rajin dgn anies..... <3
ReplyDeletehahaha... sy yg mana dan je sy BW😀
DeleteTahniah untuk semua top komentator blog Anies. Saya baru nak panas enjin ni. Terima kasih selalu singgah bom komen sekali banyak.
ReplyDeletetahniah top 5 semua. bukan kaleng2 rajinnya diorg ni
ReplyDeleteCongrats laaahhh semuaaaa 😄👍. Bulan may ini Fanny memang tak bisa terlalu banyak BW Krn ada kerjaan. Tapi rasanya Juni ini nak mengejar ketertinggalan 🤣🤣🤣. Krn nanti Juli bakal balik slow lagi, secara ada trip ke Penang seminggu kan. Jadi susah nak bw hahahaha
ReplyDeleteahhh sudah ada adegan rampas merampas.. lambertt lg nk dpt menantu. hahah
ReplyDeleteharapkan PC kt opis ni utk layan blog. kalau kt rumah tu hye hye jelah blog
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆