#NNPremiereScreening #TheBoxTrolls. macihhh Nuffnang!

10:01 am

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

Eggs (suara Isaac Hempstead-Wright) merupakan
anak yatim yang dibesarkan di bawah gua bawah
tanah oleh pemungut sampah yang dikenali sebagai
Boxtrolls oleh penduduk Cheesebridge. Boxtrolls
menjadi target seorang pembasmi kejahatan iaitu
Archibald Snatcher. Snatcher sebenarnya memanipulasikan
Boxtrolls bukan sahaja untuk menakut-nakutkan penduduk
Cheesebridge tetapi juga untuk mendapatkan topi putih
yakni kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat.

pertemuan Eggs dengan Winnifred secara tidak langsung
telah membongkar kejahatan yang dilakukan oleh
Snatcher bersama-sama konco-konconya. dapatkah
Snatcher menghapuskan Eggs dan Boxtrolls demi
mendapatkan topi putih itu? siapakah sebenarnya
Eggs dan bagaimana dia boleh dibesarkan di kalangan
pemungut sampah?

my review

filem ini berdasarkan novel kanak-kanak yang
berjudul Here Be Monsters, hasil karya Alan Snow.
sejujurnya, ini merupakan kali pertama anies 
menyaksikan filem animasi di pawagam. jadi,
anies tak dapat nak bandingkan filem ini dengan
filem2 animasi yang lain.

dari segi jalan cerita, 15 minit pertama agak
konfius sikit sebab tak berapa nak faham
kenapa tiba2 ada perintah berkurung. lepas tu,
Snatcher beria2 nak kan topi putih. Eggs pulak masa
tu, masih baby lagi. bila Eggs menjadi seorang kanak2,
barulah plot cerita berkembang. satu demi satu
watak mula memainkan peranan termasuklah Boxtrolls.

kalau diukur dengan elemen kelucuan, pada anies,
filem ni kurang elemen tersebut. panggung pun
macam senyap sunyi. tak de kih kih sana, tak de
kih kih sini... so tak hairanlah, ada beberapa penonton
yang anies perasan, dah terlena dibuai mimpi.

filem ni dah masuk wayang mulai semalam,
11 Sept. 2014.

daripada 5*****, anies beri 3 1/2***

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH kepada pihak Nuffnang yang sudi memilih anies untuk menyaksikan preview screening buat kali ke-4. btw, masak laa korang asik baca preview filem je kat blog ni...

terima kasih juga untuk BE kali ni. kepada yang sudi klik iklan kat blog ni, TERIMA KASIH banyak2. ada sesetengah blog, anies klik iklan tapi empunya blog tak diberitahu... ;-)


untuk info tambahan, berikut beberapa
filem antarabangsa yang bakal
menerjah pawagam. maaf la yek...
kualiti gambar teramatlah sadis...

bakal berada di pawagam pada 4 Disember 2014. sesiapa rindukan kelibat Mrs. Affleck, boleh laa layan filem ni nanti..


filem Kantonis, khas untuk penggemar2 movie dari Disnelyland Hong Kong.


sequel Night At Museum ketiga, lakonan Ben Stiller, yang mungkin akan berada di pawagam pada Disember 2014.


peminat2 cerita seram dari Thailand pasti tertunggu2 filem ni yang bakal berada di pawagam pada penghujung Oktober 2014. ni la masa nak release tension dengan menjerit2 macam kak Limah dalam panggung... ;-)


antara filem yang anies nanti2kan... tak sabar nak tengok gelagat Patrick!


filem animasi yang penuh berwarna-warni...


pemburu darah kembali lagi!


pengarah Christopher Nolan kembali dengan filem baharu yang membariskan pelakon2 hebat seperti Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain dan Bill Irwin.


Home. lagi filem animasi yang bakal menemui anda. tapi tayangannya mungkin berlangsung pada Mac 2015. peminat Rihanna pasti tertunggu2 filem ni...


last but not least, siapa yang dah pernah layan Madagascar, pasti tak sabar nak tengok si penguin2 comel ni kan? eee... rasa nak cubit2 je penguin2 ni!



so, selamat menonton!

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA BLOGGER ACIK RIOTARO & PASANGAN (AHAD - 14 SEPT 2014) sesiapa yang duduk kat area Grik tu, singgah2 la ke majlis Acik ni ye!
kepada yang bakal bercuti panjang, selamat bercuti. dan untuk seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Malaysia!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

34 Words of Lo♥e

  1. rajinnya review.. mama filem memang tak layan.. hihi

    ReplyDelete
  2. nak p tengok citer seram la, The Room wuwuwuwuwuw

    ReplyDelete
  3. salam. Madagaskar sy suka tengokk!

    ReplyDelete
  4. bestnye sis selalu dapat pegi movie preview...sayang nuffnang!! hehe

    ReplyDelete
  5. Trilogy Madagascar ni watak Penguins ni lebih menarik dari watak original diorang. Diorang ni kelakar sebab banyak buat lawak yang biasa orang dewasa dapat tangkap.

    ReplyDelete
  6. salam hai anies, numi dah email kat anies. dan yang bestnya, numi pun ada pergi tayangan the boxtroll dkt tgv hari rabu lepas. hehehe.. tak kenal lagi masa tu kan..

    ReplyDelete
  7. Wah, tengok wayang lagi yer Anies ^_^

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti dan Selamat Hari Malaysia..

    ReplyDelete
  9. Wahh banyak citer... menarik ni.. :)

    ReplyDelete
  10. kalau sampai orang terlen tu maknanya memng filem ni tak best l..

    ReplyDelete
  11. Tahniah dik sb dapat menyaksikan preview screening dari nuffnang...akak tak sabar nak tengok Night At Museum ketiga...hehe

    ReplyDelete
  12. Masa belajar dulu selalu pi panggung wayang..
    Sekarang dah malas.

    ReplyDelete
  13. bikin jeles lagi sih ... enjoy.

    ReplyDelete
  14. bestnyer tengok wayang jer...jeles !

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dan singgah ptg....tahniah yer..akak nak tengok Night At Museum tu...hehe

    ReplyDelete
  16. banyaknya filem yg boleh dipilih utk ditonton tapi boxtroll filem animasi yg mungkin ramai yg menyukainya..

    ReplyDelete
  17. Lama dah saya tak tgk wayang... sejak ada astro first ni... tp cerita animasi mmg saya suka!

    ReplyDelete
  18. SELAMAT HARI MALAYSIA ANIES..KAK TAG http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html THE VERSATILE BLOGGER AWARD..

    ReplyDelete
  19. lya dh tgk citer ni.. bru tau adaptasi novel rupanya..mmg awl2 cerita cam confius n bosan sikit..

    citer animasi siyes best.. tp y kali ni x diakui, kurang best n sedikit bosan..kalo cam the croods, madagascar..mmg tabik spring la..

    ReplyDelete
  20. majalah dah sampai .
    bila dibelek2 menarik juga si AISYAH tu.
    bacaan ringan dan santai tapi mesej sampai.
    TQ Anies.

    ReplyDelete
  21. majalah dah sampai .
    bila dibelek2 menarik juga si AISYAH tu.
    bacaan ringan dan santai tapi mesej sampai.
    TQ Anies.

    ReplyDelete
  22. tahniah anis dapat wayang free lagi.. tahniah juga dapat cpuv baru!

    banyak juga tu filem2 baru..

    ReplyDelete
  23. not bad cerita ni.. hehe. tak sabar nk tgk dracula untold tu.

    ReplyDelete
  24. Saya tag awak:)
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/09/liebster-award-6-tagged-by-amy-j.html

    ReplyDelete
  25. Citer penguin tu macam tak sabar je nak layan..hehee

    ReplyDelete
  26. Ya Allah..my nuffnang...rase mcm dah lame x jengah..kihkihkih...adoii...serbu sekranggg!!

    ReplyDelete
  27. Bestnya.. farah dok tunggu nak p tengok citer annabelle tue.. mesti best!!!

    ReplyDelete
  28. eh eh cite sepanbob!

    suka giler kat sepanbob tu haha

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum.. aneis,

    best gak kalau dapat gi panggung nie... dapat tgk cerita yang best2 nie...

    mselim3

    pls; susah mselim3 nak gi panggung...

    ReplyDelete
  30. seronoknya..dah lama tak dpt invitation nuffnang

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆