Story-mori sepanjang minggu + 3 giveaways

10:20 am

✿...السلام عليكم✿

Genap seminggu blog terbiar, berlumut dan mereput.
agak2nya kalau ditinggalkan lebih daripada tu,
mungkin berulat kot? ^_^

well, malas nak intro panjang2... anies
rangkumkan sekali harung cerita-ceriti
sepanjang minggu.
cekidaut!

KHAMIS 2/10/14

dari pagi sampai ke tengah hari, sana sini orang dok pot pet pot pet pasal kenaikan harga minyak. macam2 versi. macam2 pendapat. tak kurang juga ada yang cuba menjadi keyboard warrior. ni, dah lepas seminggu, senyap dah cerita pasal harga minyak. oh, ya... pic kat atas ni tak ada kena mengena dengan kenaikan harga minyak. cuma nak tayang2 dua jenis kuih ni yang agak kerap juga la anies membelinya (nak buat jangan harap laa...) sagu gula melaka dan satu lagi ni diorang panggil kuih Indonesia... entah betul ke tidak...

JUMAAT 3/10/14

kami terima pengkhabaran gembira apabila sekali lagi diberi amanah untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan buku teks dan anies salah seorang yang akan memikul amanah ni. btw, bukan buku teks macam kat dalam gambar ni ye... so, lepas ni bermulalah episod 'tidur kat opis' untuk menyiapkan kerja2 ni. memang penat tapi bila dah siap, rasa sangat2 berbaloi dan bertuah. wish me all the best ya!

SABTU 4/10/14

hari ni, jemaah haji dah pun menyambut hari raya aidil adha. tapi kat sini... anies baru terhegeh2 nak balik kampung. alhamdulillah, perjalanan okey walaupun sedikit sesak. sampai je kat rumah... terus singsing lengan and buat kerja2 yang dah sedia menunggu. tahun ni, ubah sikit menu. yang ni, rendang ayam pencen. yang daun besar2 tu adalah daun nangka. tujuannya? nak lembutkan daging ayam. faham2 je laa... daging ayam pencen ni kan liat semacam kalau tak kena cara memasaknya. selain ayam, yu ols juga boleh gunakan untuk masak daging.

AHAD 5/10/14

Selamat Hari Raya Aidil Adha! tahun ni, agak sunyi sikit rumah anies ni sebab ramai yang tak balik. so, aktiviti sepanjang hari hanyalah makan tidur, makan tidur main games je... ^_^ sebelah petang, kami ke rumah saudara yang mengadakan kenduri arwah. bila dah sampai kat rumah saudara ni, jumpa yang lain2... terasa macam Raya Aidil Fitri la pulak!

ISNIN 6/10/14

hari ni, cuti ganti. lepas asar, kami sekeluarga ke sini untuk celebrate birthday someone yang juga jatuhnya pada hari ini. next entry anies share pasal ni, yek!

SELASA 7/10/14

anies cuti lagi hari ini kerana cuti ganti. so, boleh bermalas-malasan atas katil sampai pukul 12 tengah hari! eh... tak ada laa sampai cam tu... hari ni kena bersiap2 sebab kejap lagi dah kena balik KL. dalam pukul 3PM++, anies dah bertolak dan sampai KL lebih kurang 7.30PM. perut dah berdondang sayang minta diisi. mmm... nak makan apa ek? tekak rasa macam nak makan yong tau foo sup... so, anies terus drive ke JJ dan..... ngap!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

last but not least, anies nak tolong promote
3 giveaways yang dianjurkan oleh sahabat2
blogger kita ni. semuanya sedang berlangsung
dan hadiah2 yang disediakan sangat ohsem okey!!
so, kalau nak join, klik je banner2 kat bawah ni yek!




all the best ya!
sesi BW sedang berlangsung. tunggu kedatanganku ya... ;-)
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

33 Words of Lo♥e

  1. segalanya terangkul dalam satu cerita. salam kembali anis

    ReplyDelete
  2. makan makan n makan hihii jom join jom..

    ReplyDelete
  3. amboi byk btl rentetan peristiwa. blh dpt dkt 10 entry kalau buat satu2. hehhehe

    ReplyDelete
  4. lengkap aktiviti2 anis sepanjang mggu lepas yer...

    ReplyDelete
  5. Wah. Buat buku teks.. Menarik. Goodluck anies..

    ReplyDelete
  6. wee..mcm2 cerita ada..
    apa2 pon tahniah ye krn terpilih salah seorang y terlibat utk hasilkan buku teks tu.. bukan calang2 org anies ni

    ReplyDelete
  7. Selamat kembali bertugas yer Anies... Semoga dipermudahkan segala urusan Anies ^_^

    ReplyDelete
  8. menarik semua cerita anies..bab mkn tidur,mkn tidur tu..mmg lagi best...

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil Adha anies..samalah tahun ni pun buat rendang ayam pencen..

    ReplyDelete
  10. Wahh sekali harung yer..meriah gitu..

    Salam aidil adha buat anie sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  11. mata tgok makanan je ni...hehe

    ReplyDelete
  12. banyak cerita anies, tapi ceritakan sekali harong ye..
    kat mana celeberet besday someone tue..

    ReplyDelete
  13. wahh kak anies rangkumkan sekali eh entry..hihi... yong tau fu tu macam sedap je.. ehemm bfday sape tu??hikhik

    ReplyDelete
  14. timbul juga cik anies dari pertapaan.. hohoho.. salam aidiladha, saya tak pandai masak daging.. tahu makan jeeee.. hohohoho ;p

    ReplyDelete
  15. wah...marathon anies..

    tang buku teks, kalau boleh lukislah cikgu tu lawa2 sikit, pakai baju lawa, selendang bagai...hihi. bagi kesan tau kat murid2...heee

    kak guna pressure cooker je anies utk masak ayam pencen. daun nangka manalah ada kat sini...

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya untuk keluarga disana :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah Anis kerana berpeluang memikul tanggungjawab buat buku teks tu. Besar manfaatnya...
    Tengok makanan & kuih2 ptg2 ni jadi lapar pulak ehee.. :D

    ReplyDelete
  18. mmg banyak citer tu klu nak buat entry setiap hari ...

    ReplyDelete
  19. Sama dengan saya kak anies, waktu banyak tersita dengan urusan pekerjaan, namun tetep saya usahakan membagi waktu tuk singgah ke para rekan bloger semua :)

    Selamat hari idul adha ya :)

    ReplyDelete
  20. dalam takde apa2 tu penuh aktiviti ye

    ReplyDelete
  21. hihi, amekaw..cerita semua truih!
    ayam pencen eh..bgus sbb xde lemak..hik3..
    timm pun join jugk give away cik itah tu..hihi..
    selamt mnyiapkan buku teks! teringt zamn sek dlu..pling xcited nk dpt bku teks sbb nk tgk cover depan yg tantek..hehe..

    ReplyDelete
  22. byk betul cerita ni yer.. & gd luck

    ReplyDelete
  23. banyak nye cite.. rangkum semua sekali..

    ReplyDelete
  24. Tahniah.. anis.
    dulu amy selalu tengok nenek amy masukkan daun nangka ingatkan jadi sayur hihihi.

    ReplyDelete
  25. Sama la kita anies.. tahun nie besa2 jer.. malas btl nk kuar umh raya hari tue...tunggu jer tetamu dtg umh..hehehe

    ReplyDelete
  26. anies.. jgn mrh yea.. awat buat gambo pusing2 tu.. pening nengoknya.. heeee..

    ReplyDelete
  27. wah...masa untuk menternak lemak ni..hehhe

    ReplyDelete
  28. assalam dear..meriahnya aidiladha anies..mama pulak down sgt2.. :( lama mama tak makan rendang ayam pencen..sedapnya sambil telan air liur.. :)

    ReplyDelete
  29. wah! banyak cerita ceriti sekali harong yer...

    ReplyDelete
  30. Yong tau fu sup - ermmm..looks yummy.

    ReplyDelete
  31. banyak cerita dalam 1 entry.. seminggu gak la xbuka blog. all the best anies

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆