Jenis-jenis wau di Malaysia
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Masa nak dekat raya tempoh hari, anies ada singgah 1Utama. OTW ke AEON, ternampak 'pameran mini' ni (sebenarnya bukan pameran. ia lebih kepada perkongsian ringkas yang dibuat pihak 1Utama sempena tema Hari Raya tahun ni).
'perkongsian' tentang wau ni sangat menarik. sebelum ni kita cuma kenal wau bulan je, kan? bila dah baca info yang ada, barulah tahu yang kat Malaysia ni ada macam-macam jenis wau.
wau dan layang-layang secara zahirnya kelihatan sama tapi sebenarnya ia ada banyak perbezaan. selain nama, material yang digunakan juga unik dan lebih menarik berbanding layang-layang.
jom baca! teks yang dipaparkan ni anies dah edit sikit untuk mudahkan pemahaman korang. mari kenali wau kita!
Wau Bulan merupakan wau rasmi Malaysia dan sangat popular di Kelantan. wau ini berbentuk seakan-akan bulat manakala ekornya pula berbentuk sabit. jika diperhatikan, terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di pinggang wau.
Wau Bulan dikatakan telah mula dimainkan sejak zaman Srivijaya. menurut legenda ia mula digunakan putera Dewa Muda. corak bunga dan daun pada wau milik Dewa Muda dikatakan merujuk kepada peta daerah yang dikuasainya.
ini merupakan satu daripada tiga wau rasmi negara. wau ini bukanlah asing buat rakyat Malaysia kerana ia sering terpampang pada badan kapal terbang milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan menjadi lambang (logo) buat korporat syarikat ini.
Wau Kucing berasal dari Kelantan. ia 'ditemui' pada tahun 1967 di mana pada waktu itu pemain wau tidak mengenali apatah lagi membuat wau ini kecuali pemain wau yang berasal dari Kelantan sahaja yang mahir (dalam pembuatan Wau Kucing).
sama seperti wau lain, Wau Kucing mendapat namanya daripada rekabentuk ekornya yang menyerupai muka kucing apabila ia terbalikkan ke atas.
Wau Merak ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Bugis terutama di Johor. nama lainnya adalah Layang-Layang Kipas. antara ciri-ciri keistimewaan wau ini adalah ia tidak terikat dengan saiz tertentu.
walaupun memiliki ekor yang panjang namun Wau Merak tidak sama seperti Wau Dodo Helang. seperti biasa, degung atau busur akan dipasang pada atas wau bagi menghasilkan bunyi berdengung tatkala angin melalui tali busur yang direntangkan.
ketika diterbangkan, wau ini akan mengeluarkan bunyi nyaring seperti merak. selain itu, bunyi-bunyian yang terhasil daripada busur wau ini dikatakan mampu memainkan tujuh jenis irama / bunyi-bunyian.
Wau Jala Budi sangat popular di Kedah dan dimainkan sejak dahulu kala. wau ini mendapat nama daripada bentuk daun Budi manakala perkataan Jala datang daripada kerangka ekor. wau ini akan dipasang degung atau busur di atasnya; yang bertujuan untuk menghasilkan bunyi berdengung separa garau ketika angin melewati tali busur yang direntang.
sejenis wau tradisional yang popular di Kelantan dan telah dimainkan sejak turun temurun. ia juga diktiraf sebagai wau rasmi bagi negeri Cik Siti Wan Kembang.
Wau Puyuh menyerupai bentuk wau bulan tetapi corak ekornya lebih melengkung. ia juga memiliki busur bagi menghasilkan bunyi berdengung ketika dimainkan.
Wau Seri Bulan sangat popular di negeri Perak dan telah dimainkan sejak turun-temurun selain diktiraf sebagai wau rasmi negeri itu. tidak dinafikan wau ini mempunyai sedikit persamaan dengan Wau Bulan.
Wau Kapal sangat popular di Selangor dan sama seperti wau lain, ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan sejak turun-temurun. wau ini diangkat sebagai wau rasmi bagi negeri 'merah kuning'.
Wau Kapal menyerupai Wau Bulan tetapi berbeza pada corak / reka bentuk yang menyerupai kapal.
Wau Seri Negeri sangat popular di Negri Sembilan dan menjadi wau rasmi bagi negeri ini. degung atau busur turut dipasang di atasnya berfungsi untuk menghasilkan bunyi berdengung. sama seperti wau-wau lain, bunyi tersebut terbit daripada angin yang melewati tali busur yang direntang. akan tetapi Wau Seri Negeri menghasilkan bunyi nyaring ketika diterbangkan.
motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir sering dijadikan hiasan pada Wau Seri Negeri.
di Pahang, Wau Pungguk sangat popular dan telah dimainkan sejak dahulu lagi. oleh yang demikian, ia diangkat sebagai wau rasmi bagi negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini.
satu fakta menarik tentang Wau Pungguk ini adalah, ia mempunyai dua 'jantina'. jantan dan betina. untuk mengenali Wau Pungguk jantan, di ekornya mempunyai bentuk menyerupai sebutir telur manakala Wau Pungguk betina pula memiliki dua butir telur pada ekornya!
Wau Dodo Helang sangat popular di Terengganu dan tergolong dalam 'kategori wau burung'. ia menyerupai Wau Merak namun berbeza pada rekabentuk dan hiasan yang terdapat di dada wau.
kebiasaannya Wau Dodo Helang akan dipasang dengan degung atau busur di kepalanya. ini bertujuan untuk hasilkan bunyi berdengung tatkala angin melewati tali busur yang direntang. motif hiasan pada wau ini terdiri daripada bunga-bungaan dan kelarai yang menggunakan tektik sobek.
adakah ini 'wau terbesar' di Malaysia? korang boleh teka tak... apa nama wau ini? lokasinya bersebelahan Pasar Seni, Kuala Lumpur.
how to play the wau? credit
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. kalau ada yang tertanya-tanya kenapa teks dalam foto tak sama dengan teks yang anies taip kat sini, ia disebabkan banyak kesalahan tatabahasa dan penggunaan ayat yang 'sangat menyedihkan' selain ada kesilapan info. anies harap korang dapat sedikit ilmu daripada perkongsian ini.
thanks for reading.
daaa
28 Words of Lo♥e
Thanks kongsi info ni anies. Baru tau ada byk jenis wau di Malaysia. Yang paling familiar mestilah yg terpampang di logo MAS, wau bulan. Yg kat Pasar Seni tu wau bulan kan?
ReplyDeletetu laa sy pn baru tu adacm2 jenis wau kt malaysia ni
Deleteyap tu wau bulan😁
Memang sejenis layangan ya..tapi beda bentuk dan bahannya mungkin lebih kokoh,soalnya terlihat berat , memainkannya pun sepertinya gak mudah, butuh keahlian karena berat dan besar
ReplyDeleteyaaa..
Deleteada yg berat ada yang ringan. bergantung pada material yang digunakan...
Wau Bulan paling glamer sebab siap ada lagu lagi. Perkongsian yang menarik Anies sebab tak tau pun bentuk wau yang lain2 tu.
ReplyDeletesbb dlm bulu teks sekolah wau bulan je yg byk kali disebut
DeleteBest dapat pergi ke pameran macam ni. Menarik sangat. Gigih diorang buat macam ni untuk educate dan perkenalkan pengunjung pasal mainan tradisi.
ReplyDeletebetul tu. sy suka idea macam ni. byk lg seni budaya kita yg boleh diketengahkan
DeleteSon muy lindos. Me gusto el video. Te mando un beso.
ReplyDeletegracias 😀✌️
Deleteskrg baru abe kie tahu byknya jenis wau di malaysia. bersyukur wau bulan ada di atas kapal terbang Malaysian Airlines sejak dulu2 lagi...
ReplyDeletekan... logo tu mainkan peranan secara x lgsg
Deletetq anies rupanya wa ada mcm jenis, indah seni org melayu
ReplyDeletekannn... bangga kejap dgn seni tempatan
DeleteWah, seronoknya baca! Nampak sangat selama ni saya ke OU untuk isi perut je. Tak perasan pun benda2 ni.
ReplyDeletekebetulan farrah ms tu g OU ternampak pameran ni...
Deleteteringat saya ketika melawat Kelantan...di situ ada tempat menghasilkan wau bulan...sangat cantik dan ikonik sekali
ReplyDeleteooo ye ke? area mana tu? pasir mas?
DeleteBaru tahu namanya wau, dan ternyata banyak jenisnya, setiap jenis memiliki art tersendiri.
ReplyDeleteLagu wau bulan di video juga terdengar merdu
ya sy pun sangka macam tu. rupanya ada mcm2 jenis wau di malaysia ni
DeleteOh wau ini layang2 yaaa.. pantas saja saat melihat wau kucing saya macam pernah lihat, seperti familier..setelah kakak sebut logo MAS, baru sadar, yaaa mirip logo MAS memang.
ReplyDeleteYg di gate pasar seni itu wau bulan kan?
ya mcm.layang2 tp ada sedikit perbezaan...
Deletebetul. tu wau bulan...👍
TQ Anies.. baru tahu setiap negeri ada bentuk wau tersendiri.. Cantik betul semua design waunya..
ReplyDeletetu laa... setiap negeri design berbeza dan menarik!
Deletesaya suka wau burung. design wau yang agak popular kat kampung saya..
ReplyDeleteooo ye ke? nnt sy google nk tgk design nya
DeleteKita. Tau buat layang layang jew... Zaman sekolah dulu ade jugak. Kena. Buat wau....
ReplyDeletelps tu xde buat lg daa
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆