Pages

Friday, 14 April 2023

Sinai Utara, Mesir: Bar Lev Line (part 1)

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jujur cakap, entry berkaitan Bar Lev Line (BLL) ni antara entry paling teruja untuk anies tulis / kongsi. tapi tu laa... konon nak share pada Jumaat lepas. tapi tak sempat nak transfer gambar. hmm #mybad

well... kenapa anies excited nak share fasal BLL ni? masa kan tidak... ia suatu tempat yang boleh dikatakan 'rare' dan tak semua orang berpeluang ke sini. 

kenapa? pertama, lokasi BLL ni di Semenanjung Sinai yang mana hanya beberapa ratus KM sahaja daripada sempadan Palestin (Israel). so faham faham je laa kan...

kedua, BLL ni ada kaitan dengan Perang Enam Hari (1967). ingat lagi tak fasal perang ni? kalau tak ingat, pergi buka balik buku teks Sejarah!

ketiga, BLL ni merupakan kubu milik tentera Israel. namun selepas Semenanjung Sinai jatuh ke tangan tentera Mesir, tentera Israel berundur dan meninggalkan kubu dalam keadaan yang dapat kita lihat pada hari ni.


sumber: dbpedia.com


BLL sekarang di bawah selia tentera Mesir. sebab tu bila kami sampai, kami jumpa anggota tentera. bukannya pekerja muzium.

back to the title. sebenarnya kami tak plan pun nak ke sini. tengah syok syok layan view padang pasir, tiba-tiba tramco buat pusingan U. kami sangka ada yang nak ke tandas. rupanya kami dibawa masuk ke BLL.


anies sempat snap foto ni sebelum tramco buat U-turn. korang tahu kan apa maksud binaan tu? kalau tak tahu, tak apa. nama binaan (logo / simbol) ni adalah Square and Compasses. senang cakap, ia related dengan Freemason / Freemasonary. 

tugu Square and Compasses - di snap ketika kami mula memasuki jalan ke BLL.

replika topi tentera gergasi dan replika meriam ni akan dijumpai tak jauh dari tugu Square and Compasses...


Alhamdulillah... dah sampai. bangunan dalam foto ni terdiri daripada pejabat pentadbiran, surau, tempat rehat, dapur dan juga tandas. nampak tak pokok kurma tu? sebelum balik, kami sempat minta kurma daripada tentera kat situ😂 jangan tak percaya. dia siap ambil galah tolong jolokkan kurma. kami dok tadah kat bawah😂


sebaik kami sampai, keadaan di sini sangat lengang. cuma beberapa anggota tentera sahaja yang ada. tanpa berlengah ustaz (our tour guide) terus serahkan passport kami kepada tentera bertugas. 

untuk masuk ke BLL ni, kami perlu bayar. tapi anies tak tahu berapa harga tiket masuk sebab semua ustaz yang uruskan. kata kak ngah, disebabkan kita pelancong dari Malaysia, jadi pihak tentera benarkan kami masuk. TAPI!!! dengan satu syarat: tak boleh snap gambar tentera yang ada kat BLL ni.


BLL ni terletak di kawasan berpasir. kata tentera yang bertugas, semasa perang tiada sebarang binaan di situ sebab tentera Israel buat kubu dalam tanah. untuk menyerang lawan, tentera Mesir guna 'senjata' air untuk musnahkan kubu. bila tanah (kering) terkena air... haa faham-faham jelah apa jadi seterusnya.

view BLL dari parking lot. kami kena 'menapak' untuk sampai di kubu pertama. nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je...
ni laluan masuk ke BLL dari jalan utama... laluan ke kiri untuk park kenderaan manakala laluan yang anies sedang berdiri ni adalah laluan ke kubu. ya, tiada jalan berturap. nama pun kubu...

foto ni di snap selepas kami bertolak pulang...


oh ya, untuk cerita kat BLL ni anies bahagikan kepada 2 bahagian. mungkin akan jadi 3 bahagian. ni kerana, foto sangat banyak. yang kedua, kawasan BLL ni sangat luas. so banyak benda nak share😂

so untuk part 1 ni, anies akan share 'intro' dulu laa yaa... ni pun dah rasa macam panjanggg je...😂


ni kubu pertama yang kami masuk. insya Allah next entry anies share apa yang ada di dalamnya, okey!

thanks for reading...
daaa

36 comments:

  1. Baik Encik Tentera, tolong jolokkan kurma.

    ReplyDelete
  2. Sepanjang jalan dan mata memandang hanya hamparan pasir,
    Saya lihat foto di bawah sepeti bangunan dari tumpukan batu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. semenanjung Sinai ini hampir 80% muka buminya adalah padang pasir dan gunung/bukit batu. thats why kubu dibina di bawah tanah

      Delete
  3. Ada lambang Freemason di situ.
    Selamba minta kurma, nasib baik tentera itu bagi.
    Jarang orang singgah sini. Untung Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul
      ,😂😂😂asalnya kitorg just ckp2 sambil tunjuk kurma. pastu dia trs amik galah jolokkan. kitorg tadah jelah😂

      Delete
  4. What a ınteresting places, thanks for your sharing Anies ...

    ReplyDelete
  5. Menariknya!
    Saya tunggu entri seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Sukaa sangat tempat bersejarah macam nih kak. Terkadang jadi tau sejarah suatu tempat, Krn melihat bangunan peninggalan nya sperti BLL ini. Semoga aja THN depan bisa kesini.

    Tak sabar nak baca cerita lanjutanya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn mudah2an fanny akan snpi ke sini 1 hari nnt

      insya allah jumaat sy share

      Delete
  7. Boa tarde e bom final de semana com muita saúde e paz.

    Luiz Gomes

    ReplyDelete
  8. KIsah yang amat menarik dan tak semua berpeuang untuk ke BLL ini...kira pengalaman yang sangat mahal...tengok langit macam tiada awan...pasti panas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tu laa... dah msk tengah hari baru terasa panas sbb x de angin. bahang je

      Delete
  9. lanjutkan kak.. saya senang bila kak Anies post entry travel macam nih, serasa saya ikut melihatnya langsung.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Es un lugar que me encantaría conocer. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Hello Anies,
    How are you? I hope you are well. I wish you a good weekend :)

    ReplyDelete
  12. waahh sbb dari Malaysia tentera diorang benarkan masuk eh? bertuahnyaaaa dpt jejak ke lokasi yg bukan semua org dpt pegi kan sis anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. diorg pun pilih pelancong jg. bkn sembarangan. isu keselamatan selalunya jd penghalang

      Delete
  13. wahhh..rare betul ni. bukan senang dapat masuk zon perang

    ReplyDelete
  14. hmm padang pasir gerrsang kurma hidup segar pengalaman jejak area perang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg subur kak nk dgn tak je nak tanam tu

      Delete
  15. Keren nih Mbak bisa jalan-jalan ke BLL. Jadi ini bekas benteng Israel ya namun akhirnya kini dibwah pengawasan Mesir.
    Saya menikmati pemandangan melalui foto-foto yang Mbak lampirkan disini.
    Ah iya ada lambang freemason....
    Dinanti part selanjutnya, Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. selepas semenanjung sinai jatuh ke tangan mesir, kubu ni terus ditinggalkan israel

      Delete
  16. Masyaallah mba. Aku kemarin berencana utk ziarah ke Aqsa dan Palestina, tp hanya sempat mampir ke Mesir karena waktu yang tidak pas. Tp Alhamdulillah masih diberikesempatan. Sangat penasaran aku utk datang ke lokasi-lokasi yang memungkinkan utk dikaitkan dg Pegunungan Sinai.

    ReplyDelete
  17. bestnya... x sabar nk tgk apa yg ada kt dalam kubu tu

    ReplyDelete
  18. Wow.. Menariknya.. Tak sabar nak baca entry seterusnya..

    ReplyDelete
  19. Selalu takjub setiap lihat postingan di blog orang-orang yang mengunjungi Mesir. Semoga suatu saat bisa kesana juga, Amin.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆