­
Ke bazar Ramadan Taman Melawati, KL - Anies♥You

Ke bazar Ramadan Taman Melawati, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tempat jatuh lagi dikenang, ni kan pula tempat jatuh cinta... eeuuwww...😂😂

setelah sekian lama tak ke sini, akhirnya... i'm back! haha... bunyi macam gempak je... pada hal datang sebab nak beli roti John je.

dalam pukul 3.30PM anies dah sampai sini. tapi disebabkan cuaca panas, anies 'lari' sekejap masuk Melawati Mall. sambil-sambil tu bolehlah tinjau-tinjau baju raya yang dijual.

agak sesak juga dalam Melawati Mall ni. almaklumlah... hari cuti. dan pastinya ramai yang ambil kesempatan ni untuk membeli-belah sempena Aidilfitri nanti.

kononnya nak masuk sekejap je. tahu tahu dah sejam dalam mall tu. so, anies keluar semula dan terus cari gerai roti John. 

kat bazar ni ada 2 gerai roti John yang famous. satu, Aroma dan kedua, John Java. yang John Java ni laa si Jason buat review dan bagi rating agak tinggi. so, faham-faham je laa... once dah direviu, Q kat John Java ni auto panjang gila!

anies beli kat gerai Aroma since Q pun tak panjang. dalam masa 10 minit je dah dapat roti John. yang John Java tu, nanti-nantilah... lepas raya pun boleh datang juga sebab dia ada kedai sendiri kat Ampang, kalau tak silap laa...

lepas beli roti John, cari jugalah apa-apa yang berkenan. rasa macam tak ada je... sebab, menu pun lebih kurang sama je. plus, bazar ni tak sebesar bazar lain yang pernah anies singgah. so, tepat 5.00PM anies pun balik...


memang terik betul masa ni. dalam hati dah mengagak, panas panas macam ni, kejap lagi hujanlah tu. memang betul pun! tak lama lepas tu hujan pun turun...

aneka lauk-pauk...

aneka air balang...

ayam goreng. kat sini dia jual seekor ayam goreng...


nasi ayam berempah

dah mula dibanjiri pengunjung...

gerai sup...

tergugat bila tengok teh tarik ni... fuhhh

aneka sate dan otak-otak...

bomboloni...



@ gerai roti John Aroma👆👇



ni laa roti John nya... harga: RM13. anies pilih roti John daging. well... my honest review... sos sedap, isi banyak, ada sayur dan overall rasa, anies bagi ⭐⭐⭐cuma... part daging tu memang tak expect langsung! sebab sebelum ni anies makan roti John, mostly guna daging kisar. tapi kat gerai Aroma ni, dia bagi daging sekeping sekeping ya! unfortunately, dagingnya pada hari tu agak liat dan potongannya agak tebal. rasa nak tercekik jugalah bila telan tu. end up anies terpaksa makan dulu roti John tu, baru ratah daging...


so, tu jelah cerita untuk hari ni... hmm... lepas ni nak pergi bazar mana pula, ya? rasanya tak kot sebab hujung minggu ni nak balik kampung daa... takkan nak beraya kat KL kottt... cukup-cukuplah 2 kali beraya @ KL time Covid dulu...

that's all...
thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

18 Words of Lo♥e

  1. daging seketul-seketul tu dah mantap tp bila liat tu yg jd spoilt sikit hehehe

    ReplyDelete
  2. pernah rasa nk singgah tp tula sllaunya terik btul panas..1st time tgk org jual roti john daging seketul2 gitu

    ReplyDelete
  3. itulah...tak berkenan pula roti john baru nie...ada daging seketui...ayam pun seketui gitu...suka yang style lama je

    ReplyDelete
  4. Alaaaa... uncle beraya team KL... Acaner?

    ReplyDelete
  5. 23 Ramadan dah Cie tak jejak bazar lagi. Hihi

    ReplyDelete
  6. First time tengok roti john daging nya ketul2 macam tu.

    ReplyDelete
  7. Boa tarde e uma excelente segunda-feira minha querida amiga.

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan rege dia ya...RM13.

    Macam tak syok makan kalau bukan guna daging kisar. Jadi nama lain pulak, bukan Roti John.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆