­
Ke bazar Ramadan Wangsa Maju, KL - Anies♥You

Ke bazar Ramadan Wangsa Maju, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau dalam entry INI anies ke bazar Ramadan sebab nak makan popia. tapi kali ni ke sini sebab nak makan kuih akok; antara kuih tradisi Kelantan yang digemari ramai.

rasa macam dah lama sangat tak makan kuih ni. sama ada kat area rumah or tempat kerja, memang tak ada orang jual kuih akok baik sarapan atau minum petang.

sebelum tu, lebih kurang 10 hari lepas ternampak video TT foodie, Hungry Sam. dia ada ke sini dan beli beberapa jenis makanan termasuklah kuih akok. anies terus komen, kat gerai mana Sam beli kuih akok tu?

Sam balas dan beritahu lokasi gerainya. bila dah sampai sini, sengaja anies ke hujung gerai (ke arah kawasan perumahan) dulu. bukan untuk cari kuih ni tapi sekadar nak tengok apa yang best boleh dibeli.

bila patah balik, ternampak gerai Vietnamese roll & kuih keria. singgah beli sekejap then sambung cari gerai yang Sam maklumkan. 

sebenarnya ada ramai yang jual kuih akok kat sini. dari segi harga pun berbeza. ada yang jual 4 keping = RM5. tu pun untuk akok pandan. bagi akok biasa, 4 keping = RM4. 

cari punya cari akhirnya jumpa juga. Sam cakap, kat gerai tu juga ada jual nasi tumpang. so tanpa berlengah anies terus singgah. kat sini cuma ada akok pandan je dan harganya... 5 keping = RM4!

lepas bayar, anies terus jalan sampailah ke gerai hujung (depan AEON). oh ya, ramai cakap ni bazar Ramadan terpanjang @ KL.  tapi kalau korang nak experience bazar Ramadan terpanjang kat Malaysia, try laa singgah bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani. kat sana, kalau korang masuk situ on 1st Ramadan. sampai gerai hujung dah boleh dengar takbir raya😂😂


sengaja datang awal sikit dalam pukul 4++PM sebab tak nak bersesak macam kat TTDI tempoh hari...

ada gerai yang masih tengah set up lagi tapi pelanggan dah tunggu...

rasanya semua bangsa datang sini... pelancong pun ada juga...

korang nak tahu tak? dalam banyak-banyak gerai kat sini, seorang pun tak jual yong tau foo.... hmm...

laluan menghala ke AEON Wangsa Maju...

ayam goreng untuk nasi ayam...

kebab / roti pita...

kuih raya dan rendang... sebenarnya ada sekali lemang kat situ..

aneka agar-agar...

buah-buahan. tak silap anies penjual tu cakap, mangga 5KG = RM20...

aneka kuih-muih...

nasi khomok dan nasi lemak....

roti lava ketam cili... macam mana rasanya ya?

air kelapa laut...

aneka buko...

kuih akok pandan. kat gerai ni laa anies beli...

air yogurt... mahal juga ya secawan = RM8...

ayam geprek...

nasi kerabu...

aneka minuman sejuk...

chicken wing bakar...

aneka Vietnamese roll... anies beli kat sini...

jus tembikai... dengarnya harga tembikai dalam bulan Ramadan ni, 1KG = RM0.99 je...

kebab Melawati... antara kebab famous yang ada kat sini...

aneka kerabu megi & somtam...

ada yang panggil 'cucuk-cucuk'...

hasil 'menjala' di bazar😂 Vietnamese roll 3 gulung = RM10. anies pilih udang, ayam korea & daging harimau menangis. semuanya sedap dan besar. kedua-dua sos tu pun sedap. dah makan baru rasa menyesal sebab beli 3 gulung je😂 then, akok pandan tu... sedap, okey! thanks Sam! tak sia-sia datang dari jauh untuk beli kuih ni. kuih ni tak manis dan terasa telur itik tu. plus tak hanyir. 5 keping = RM4. boleh repeat beli nanti. last, kuih keria 2 ketul = RM2. just nice. tak manis. gula pun fully coated tapi untuk beli lagi, tak kot sebab kecik nau saiznya. sekali telan habis dah😂😂


well...tu je laa perkongsian untuk hari ni. esok KL cuti sempena Nuzul Quran merangkap my Hijrah birthday.... gituuu😂 

Salam Nuzul Quran & thanks for reading...
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆