Aranyaprathet, Thailand: Ban Khlong Luek Border Market

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai solat jamak, bas terus bawa kami ke sini. jarak antara masjid dengan pasar ni lebih kurang 1.9KM je. sebelum tu tour agency (TA) dah beritahu kami serba sedikit tentang pasar ni. apa yang dijual, apa yang murah, apa yang pelanggan hunting dan lain-lain.

bagi peminat barangan bundle, ni lah 'syurganya'! ia bukan macam kedai bundle biasa ya! ia lebih daripada tu.


main entrance BKLBM.... bas kami elok je parking kat situ...


Ban Khlong Luek Border Market (BKLBM) juga dipanggil Rong Kluea Market. ia dikatakan pasar bundle terbesar di dunia dan para bundle hunters esp dari ASEAN akan ke sini untuk dapatkan item yang dikehendaki.

FYI, BKLBM ni pernah jadi kem pelarian ketika zaman Pol Pot. kiranya tempat ni boleh dianggap sebagai kawasan bersejarah laa... tapi hari ni BKLBM menjadi tumpuan ramai untuk membeli belah.




laluan keluar👆👇sama je sebenarnya dengan laluan masuk. lokasi BKLMB ni bersebelahan jalan utama menuju ke sempadan Thailand.




kata TA lagi, kalau nak cari barangan branded second hand, ada certain kedai je yang menjual. since kawasan BKLBM ni teramatlah besar dan luas, jadinya misi nak cari barang branded tu... anies lupakan jelah...

selain barangan bundle, barang-barang seperti langsir, baju kanak-kanak, jajan, perhiasan wanita dan lain-lain turut dijual di sini.

FYI, BKLBM terbahagi kepada old market dan new market. kedua-dua kawasan pasar ni hampir sama je baik dari segi barang jualan mahu pun keluasan tempat. kedua-duanya mempunyai ruang niaga berbumbung dan tepi bangunan / jalan.




bahagian old market👆👇



kalau masuk jalan (kanan - foto)👆 kat belakang tu ada beribu kedai untuk diterokai. kata TA, kedai-kedai barangan branded second hand ada kat situ. hmm... memang tak laa kami nak merayau sampai ke sana. yang ada ni pun semput nak tawaf😂

bahagian new market.


anies dan 2 ahli rombongan lain cuma merayau dalam area new market yang berbumbung je. kami sekadar nak tengok-tengok je selain berteduh daripada terik matahari.

nak beli souvenir pun, tak ada yang menarik. lebih kurang sama je dengan souvenir yang kami jumpa kat pasar terapung. so, sampai ke sudah kami sekadar window shopping.


kat sini ada disediakan perkhidmatan sewa motosikal dan buggy car untuk 'tawaf' seluruh BKLBM. harga per person untuk sejam: 500 Bath (motosikal) dan 1000 Bath (buggy car) yang boleh memuatkan 4-5 orang. motosikal tu kita boleh pilih sama ada nak drive sendiri atau dibawa oleh owner. manakala buggy car pula, owner sendiri yang drive.

bahagian new market (berbumbung)






antara ahli rombongan yang sempat memborong langsir. awal lagi dah plan nak sambut raya😂

just beritahu kat driver buggy car, kedai / area mana korang nak pergi. kalau tak ada, nanti dia bawa pusing-pusing 1 BKLBM. andai ada barang yang berkenan, suruh je dia stop then turun. lepas tu sambung naik sampailah genap sejam 'membonceng buggy'...

posing je lebeyyy... membelinya tidakkk😂😂


bahagian berbumbung ni ada banyak lorong. dan setiap lorong ada kedai-kedai macam dalam foto di atas. 

ya... hampir semua kedai dibuka walaupun suasananya sunyi / tak ada pelanggan. tapi para peniaga tak henti-henti menyapa kami untuk singgah.

dari segi harga, anies perhatikan tak jauh beza pun dengan harga yang ada di luar / Malaysia. contohnya, selipar biasa. harganya antara 500 - 1500 Bath sepasang.

new market bahagian luar / tepi jalan





kat bahagian luar ni, selain ruang berniaga ada juga yang menawarkan servis menjahit barangan kulit, membaiki beg, kasut, baju dan lain-lain.

kat tepi-tepi jalan ada peniaga bermotosikal / berbasikal menjual buah-buahan, minuman, jajan dan sebagainya.


buah asam jawa muda.


wallaweiii... 😂😂 entah siapalah yang 'candid camera' ni. masa turun bas tak bawa payung. nasib baik ada tuala untuk lindung panas😂


dah penat berjalan dalam kawasan BKLBM, kami keluar ke tepi jalan raya utama. kami duduk / merayau kat sini sambil tunggu driver buka pintu bas.


tukar selipar dan jalan-jalan sekejap tepi jalan raya utama. masa ni tengah terik gila! suasana sedikit sibuk dengan manusia dan kenderaan. pada pandangan anies, kalau Aranyaprathet ni dimajukan macam Dannok dan Hatyai, pasti akan lebih crowded dan berdaya saing. oh ya. andai kata korang ada plan nak datang ke sini, bolehlah naik train atau bas dari Bangkok. tempoh perjalanan lebih kurang 4-5 jam. kalau naik train tu mungkin lama sikit kot? acu tanya blogger fanny.


well... tu je laa cerita kami kat sempadan Thailand ni. insya Allah ada masa nanti anies sambung cerita kami kat negara lain pula.

thanks for reading.
selamat berpuasa.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

2 Words of Lo♥e

  1. banyak betul jualannya pilih n borong anies

    ReplyDelete
  2. Bagus akak boleh tahan tak shopping dekat situ... hahaha kuat semangat!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆