Pages

Friday, 28 February 2025

Aranyaprathet, Thailand: Masjid Istiqbal

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

bila semua dah selesai makan, kami naik bas dan terus tuju ke masjid. jarak antara kedai makan dengan masjid ni lebih kurang 900M je. memang tak jauh. tapi disebabkan cuaca panas dan kebanyakan ahli rombongan ni bukanlah 'kuat kakinya', maka better laa naik bas...


sebaik kami tiba, para jemaah baru je keluar masjid. hari tu, hari Jumaat. jadi kami kena tunggu semua dah clear... baru kami masuk. jemaah tadi guna ruang solat wanita. jadi, pihak masjid minta tunggu sekejap untuk beri laluan kepada orang ramai beredar dulu.

sekali tengok, macam bangunan baru, kan? ya... masjid ni baru selesai pembinaan fasa 1. fasa 2 akan menyusul bila sumbangan daripada orang ramai dah mencukupi kelak. FYI masjid ni dibina atas ihsan ramai dan dikendalikan komuniti Muslim kat situ. 'asas' masjid pula dibuka oleh warga Pakistan yang bekerja dan menetap @ Aranyaprathet kira-kira 30-40 tahun yang lalu.

ruang solat lelaki...

ruang solat wanita di belakang tabir tu....

laluan ke toilet dan pintu masuk ke ruang solat wanita (pintu kayu). bersebelahan toilet, ada ruang memasak / dapur. anies nampak mereka (ahli kariah masjid) tengah berehat selepas selesai menjamu makanan untuk para jemaah yang menunaikan solat Jumaat pada hari tu...

short video @ perkarangan luar masjid...


kalau korang berkesempatan ke Aranyaprathet kelak, bolehlah singgah solat kat masjid ni, ya! kalau bukan kita yang nak imarahkan masjid ni, siapa lagi?

that's all for today.
salam Ramadan & selamat berpuasa untuk korang! 
daa...

22 comments:

  1. Jauh juga jarak tempuh dengan berjalan kaki dari kedai makan ke mesjid, memang lebih baik naik bas.
    Selamat menyambut Ramadan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada short cut untuk ke masjid, kata tour guide. tapi rombongan kami ramai orang tua jadi naiklah bas...plus cuaca sgt panas masa tu

      Delete
  2. Bagusnya warga Pakistan asaskan masjid di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mulanya tak percaya yg warga pakistan yg asaskan...sbb kita tahu thai pun ramai muslim..

      Delete
  3. betul tu kalau bukan kita, siapa lagi kan. selamat berpuasa juga utk sis anies! :)

    ReplyDelete
  4. Tomorrow is Ramadan first day, sending from pray and wishing all the best

    ReplyDelete
  5. cantik masjid itu hasil sumbangan komuniti setempat. jika ada duit n masa nak je ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah singgah nanti... mana laa tahu dpt solat jumaat sekali then boleh jamu selera dan ahli kariah masjid ;-)

      Delete
  6. beautiful post thank you very much

    ReplyDelete
  7. Me alegro que te haya ido bien. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Ania, turn on the translator on your blog because I would like to read it, but I can't find it. Have a nice March!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i've resolved the issue with my google translate

      Delete
  9. Nampak panas waktu tu. Tapi best lepas isi perut, lawat kawasan.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆