مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: المسجد الحرام
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
pada hari kedua @ Mekah, kami diberi rehat atau dalam kata lain, aktiviti bebas. kalau sesiapa nak buat umrah ke, tawaf sunat ke, iktikaf kat masjid dan lain-lain... just maklumkan je dalam group WA supaya ketua group dan mutawif alert keberadaan jemaah.
anies ambil kesempatan yang ada untuk buat tawaf sunat selain solat berjemaah @ masjid. nak merayau sangat, badan masih terasa 'lemau'. mungkin sebab jetleg 'tak surut' lagi kot?
entry hari ni sekadar 'memenuhi syarat Labels' yang anies sendiri tetapkan. maksudnya begini. kat blog ni kan ada Labels, right?
so untuk salah satu Labels yang anies sendiri telah tetapkan (iaitu Labels: rumah Allah - suatu hari nanti) mesti ada cerita / entry fasal Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
Alhamdulillah, 'impian' ni dah pun dipenuhi bila anies ke Mekah Oktober lepas.
sejujurnya... ni bukan entry show off. entry ni anies titipkan doa bersama... agar kalian yang membaca tulisan ni... suatu hari nanti dijemput menjadi tetamu-Nya sama ada menerusi umrah atau pun haji.
insya Allah... aminnnn...
وَإِذْ جَعَلْنَا ٱلْبَيْتَ مَثَابَةًۭ لِّلنَّاسِ وَأَمْنًۭا وَٱتَّخِذُوا۟ مِن مَّقَامِ إِبْرَٰهِـۧمَ مُصَلًّۭى ۖ
maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Kaabah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk ibadah haji) dan tempat yang aman; (al-Baqarah: 125). Kaabah & Masjidil Haram tak tak pernah sunyi... sentiasa dikunjungi ramai...
masa anies berada kat sini, kerja-kerja penambahbaikan masjid sedang dilakukan. jadi ada sesetengah kawasan ditutup kepada jemaah kecuali ketika nak tunaikan solat...
kawasan masjid yang paling banyak 'under construction' adalah di bahagian (utara) Bukit Marwah... anies rasa menjelang musim haji tahun depan, kerja-kerja ni mungkin dah siap...

Bukit Safa. masa pertama kali buat umrah dulu, Alhamdulillah anies berpeluang mendaki / duduk sekejap atas bukit ni sebaik selesai Sa'i. sekarang dah tutup. so hanya mampu tengok je laa dari jauh...
tak tahulah apa motif snap foto ni. yang pasti ni laluan nak ke Sa'i...
rak-rak al-Quran yang sentiasa tersusun rapi... siapa yang beriktikaf dalam masjid, pasti akan ambil dan baca al-Quran kat sini, kan?
👆👇binaan lama masjid yang masih dikekalkan...
kat sini, anies cuma duduk kat tingkat bawah dan tingkat 1 je. tak naik pun tingkat 2 & 3. kenapa? entah laa... terasa nak duduk dekat je dengan Kaabah... korang masa ada kat sini, ada tak perasaan macam tu?
bangunan Sa'i... kat kawasan / dataran ni pun tengah buat penambahbaikan...
masa lalu kat sini, ternampak jenazah-jenazah yang nak dibawa masuk ke masjid...
selalunya kat sinilah anies tunaikan solat fardu. lokasinya kat bawah (bangunan) Sa'i... area sini sejuk sikit. kalau bernasib baik tak kena halau dengan askar yang bertugas😁
masa ni baru selesai tawaf umrah kedua @ jam 3.00AM. di kesempatan ni anies nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat blogger mreneyoo yang hadiahkan telekung dan blogger fanny, yang hadiahkan tudung (dalam telekung)... Alhamdulillah... dua-dua sangat selesa dipakai... hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian...
well tu je laa perkongsian untuk hari ni...
selamat menyambut tahun baharu 2026...
p/s lambat BW🙏
thanks for reading..
daa
hari ini adalah hari terakhir untuk anda dapatkan hibah berganda khas untuk yang tersayang! klik je foto di atas untuk maklumat lanjut!














Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
15 Words of Lo♥e
alhamdulillah rezeki beribadah umrah salam tahun baru 2026
ReplyDeleteMasyaAllah, makasih atas entry post dan doanya :'D semoga dapat segera dipanggil kembali ke tanag suci, amin ya robbal alamin
ReplyDeletePasaba a desearte un feliz año para ti y tu familia. Te mando un beso.
ReplyDeleteSubahanallah..rindu sekali nak ke Mekah dan Masjid Nabawi..dekat makam nabi..
ReplyDeleteAllah jemput Aniez ke Tanah Mekah..jadi salah satu tetamuNta tu.
ReplyDeleteQuantas fotos incríveis, desejo um feliz 2026 bjs.
ReplyDeleteJangan risau tidak timbul ...show off kerana coretan begini bisa membangkit keinginan yang membara untuk ke sana.
ReplyDeletehappy new year. terasa kangen nak ke Tanah Suci. Doakan semoga sy mampu ke sana. BTW, tahniah kerana menjadi salah seorang pemenang pengomen tegar blog abe kie. Sila semak entri terkini utk maklumat lanjut deh. www.zukidin.com
ReplyDeleterindunya tengok gambar2 ni semua. saya lak lupa nak snap setiap sudut tmpt kat masjidil haram ni :')
ReplyDeleteharitu kak fanny bagi telekung, saya bawak gi sana gak! function sbb ringan
ReplyDeleteSaya kalau baca ttg umroh ini, memang teringiiiin lagi utk kembali kesana. Insyaallah, Pengan ajak anak2 juga. Tapi tuhlah, nak cari travel umroh yg baik, yg amanah, dan trusted. Trauma dengan travel yg duluu saya pakai. 😞. Buat saya banyak emosi selama ibadah Krn dia black campaign pemilihan presiden saat itu
ReplyDeleteMasjidil haram nih memang tak akan sepi yaaam jam 3am pun masih ramai yg ibadah 😍😍😍.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok la anies dapat naik bukit safa masa first time dulu.. saya first umrah 2017.. Masa tu dah kena tutup tak boleh naik..
ReplyDeleteBy the way Salam Tahun Baru juga . Panjang pahala yg bagi telekung dan tudung tu.. syukur alhamdulillah.. 👍🏻😉
ReplyDeleteHappy New Year to you, dear friend. I saw a sign in a photo in one of your other posts...Halal. Here in Montreal we can get Halal meat such as chicken or lamb, and it is very good.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆