Ikan Bakar Petai Banjir @ Sungai Ramal Dalam, Kajang

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tak plan pun nak makan kat sini pada mulanya sebab hari dah malam. lepas maghrib adik ajak makan. anies ingatkan nak makan simple simple je. rupanya dia nak belanja makan ikan bakar.

dah rezeki... takkan nak tolak, kan? then tiba je kat restoran, dia pun order makanan. sebelum tu awal-awal lagi dia dah tanya, "akak tak makan petai, kan?"

anies balas, kalau dia nak makan petai, order jelah. anies boleh pilih yang lain. sebab kat situ bukan ada ikan bakar je. masakan lain pun ada juga.

lepas order, kami duduk bersembang. lama jugalah nak dapat order sebab ikan perlu disiang dan lepas tu baru dibakar.

dalam pada tu anies sempat lagi merayau depan kedai dengan anak menakan sambil sambil meninjau suasana malam kat Sungai Ramal Dalam ni.
 

bahagian depan restoran. not a restaurant actually. lebih kepada food court. kawasannya luas untuk park kenderaan. kata adik, waktu siang ramai pelanggan kat sini. malam pun lebih kurang je...

selain restoran ni, ada beberapa restoran kecil kat sini yang menjual makanan masakan panas, western, dessert dan lain-lain.

korang pernah singgah makan kat sini?

blur laa pulakk

pelbagai sambal dan pencicah disediakan. boleh pilih dan ceduk sendiri yang mana berkenan. kami pilih air asam, kicap cili, sambal mangga dan sambal biasa. daripada keempat-empat pencicah ni, sambal mangga tu palingggg pedas. rasa nak terbakar lidah dibuatnya!😂 yang lain-lain tu anies boleh tahan lagi. perghhh nasib baik tak ceduk banyak dalam pinggan. then untuk minuman, kami pilih milo ais dengan sirap limau. 

ikan siakap bakar sambal. nak anies bagi rating ke untuk masakan ni?

short video - suasana dalam restoran

anak menakan anies tu peminat siput sedut masak lemak. tapi malam tu entah kenapa... dia tak habis makan. asyik dok kejar kucing je😂 sudahnya kamilah yang kena habiskan. untuk siput sedut masak lemak ni, anies bagi ⭐⭐⭐.

total harga? maaflah.. tak tahu... orang belanja kan... alhamdulillah... BTW thanks Yah sebab sudi belanja...

ni alamat restoran Ikan Bakar Petai Banjir:
Jalan Sungai Ramal Dalam, 
Sungai Ramai Dalam,
40300 Kajang, Selangor.
waktu operasi: setiap hari - 11AM - 10PM
Tel. no.: +6011-26092624

tu saja untuk hari ni.
thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

45 Words of Lo♥e

  1. Okay senang bawa di food court macam ni boleh pilih menu yang kita makan. Sg Ramal ni banyak food court dah sekarang. Dulu selalu juga di food court sungai ramal tak silap berdekatan kedai soto ke sate entah. Sekarang dah confused sebab tengok ada food valley lah. sungai ramal luar & dalam lah. hehe...
    Alhamdulillah..rezeki orang belanja. Semoga adik Anies dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sy pun kdg kompius sg ramal yg mana 1...

      katanya sini mmg port makan makan... sy iyakan je😀

      Delete
  2. tertelan-telan ayaqliur ni tengok siakap bakar,siput tu fav sy....perut tengah lapar nampak semua sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitageng siput sedut masak lemak ohyeaahhh

      Delete
  3. Interesting dishes, thanks for your sharing Anie

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap, ikan bakar. Lagi-lagi ada air asam. Lamanya tak pekena ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara judu terbaik utk ikan bakar selain kicap.cili😀

      Delete
  5. Sedapnyaaaa. biasa orang selalu terjah yg kt bulatan tu kan. Ana Ikan Bakar. Kadang kedai yg x viral pon lagi sedap dan memuaskan hati bila makan. So kena review mcm ni supaya orang tahu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah juga dengar nama ana ikan bakar tu. tak pe nanti sy sy ajak adik try yg tu pula

      Delete
  6. Alhamdullilah dapat rezeki..ga baik kalo d tolak😀,saya suka seafood di masak apapun, apalgi yg bakar dan bersambal...wuuiih bisa"nambah nasi ,apalagi ada lalapan pete😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... cuma malam tu sambalnya agak pedas... kalau tak saya tentu bertambah nasi hehehe

      Delete
  7. Ternyata orang Malaysia suka juga makan petai. He he ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramaiiiiii mbak peminat petai di sini kecuali saya hahaha

      Delete
  8. Kebayang betapa nikmatnya ini ikan bakarnya, hmmm....

    ReplyDelete
  9. Sekarang trend ikan bakar letak petai kan, sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... kemain byk petainya... sy je yg x mkn petai😀

      Delete
  10. Me dio hambre. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. wah, pasti enak itu... jadi lapar, pas jam makan siang nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bakarnya memang sedap. cuma sambal.mangga yang pedassss

      Delete
  12. Alhamdulillah.. Orang belanja, kita ikut je kan Anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari ;-)

      Delete
  13. Saya suka petai.
    Bagus ini ada pelbagai jenis sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh sapa yg geng dgn NA ni??? peminat petai sila munculkan diri😀

      Delete
  14. Rezeki kak anies ditraktir ehehe.
    Sambalnya menggoda, ikannya pun.
    Serasa mau nambah nasi kalau menunya seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...
      tapi mlm tu lps habis nasi kami cuma ratah ikan sahaja😀

      Delete
    2. Tidak bisa request nasi lagi?
      Kalau di bebrapa tempat makan di lampung, habis nasi boleh minta tambah tapi bayar pun tambah ehhe
      Jadi lebih baik makan ikannya saja ya ehehe

      Delete
    3. dah kenyang sebenarnya. beberapa jam sebelum tu kami dah makan nasi kenduri

      Delete
  15. Dah pernah pergi .. tips dia mkan nasi sket jer sbb nak ratah lauk yg banyak tu hahaha..

    ReplyDelete
  16. Langsung nak coba rasanyaaaa kaaak 🤣🤣. Apalagi denger kata petai, Favorit saya tuh 😄

    Ikan bakar memang sedaaap. Apalagi kalo ikannya fresh. Kalo utk sambal, saya suka yg pedas. Tapi combine dengan sambal lainpun suka juga 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo peminay petai rupanya fanny niii

      nanti boleh try makan kat sini try sambal mangganya yang berapi tu😁

      Delete
  17. ikan bakar suka tp petai xmakan

    ReplyDelete
  18. Aduhai.... sedapnya ikan bakar dengan pelbagai pencecah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... ada lbh 8 jenis pencicah kalau x silap. rambang nk plh kak😁

      Delete
  19. ya ke? waahhh untung arrr boleh g setiap hari ;-)

    ReplyDelete
  20. saya suka sambal petai, tetapi dia harus masak ya kak, bukan petai mentah sebab tak tahan dengan baunya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? tapi ada yang cakap.makan yang mentah lebih berkhasiat

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆