✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tak plan pun nak makan kat sini pada mulanya sebab hari dah malam. lepas maghrib adik ajak makan. anies ingatkan nak makan simple simple je. rupanya dia nak belanja makan ikan bakar.
dah rezeki... takkan nak tolak, kan? then tiba je kat restoran, dia pun order makanan. sebelum tu awal-awal lagi dia dah tanya, "akak tak makan petai, kan?"
anies balas, kalau dia nak makan petai, order jelah. anies boleh pilih yang lain. sebab kat situ bukan ada ikan bakar je. masakan lain pun ada juga.
lepas order, kami duduk bersembang. lama jugalah nak dapat order sebab ikan perlu disiang dan lepas tu baru dibakar.
dalam pada tu anies sempat lagi merayau depan kedai dengan anak menakan sambil sambil meninjau suasana malam kat Sungai Ramal Dalam ni.
bahagian depan restoran. not a restaurant actually. lebih kepada food court. kawasannya luas untuk park kenderaan. kata adik, waktu siang ramai pelanggan kat sini. malam pun lebih kurang je...
selain restoran ni, ada beberapa restoran kecil kat sini yang menjual makanan masakan panas, western, dessert dan lain-lain.
korang pernah singgah makan kat sini?
pelbagai sambal dan pencicah disediakan. boleh pilih dan ceduk sendiri yang mana berkenan. kami pilih air asam, kicap cili, sambal mangga dan sambal biasa. daripada keempat-empat pencicah ni, sambal mangga tu palingggg pedas. rasa nak terbakar lidah dibuatnya!😂 yang lain-lain tu anies boleh tahan lagi. perghhh nasib baik tak ceduk banyak dalam pinggan. then untuk minuman, kami pilih milo ais dengan sirap limau.
ikan siakap bakar sambal. nak anies bagi rating ke untuk masakan ni?
short video - suasana dalam restoran
anak menakan anies tu peminat siput sedut masak lemak. tapi malam tu entah kenapa... dia tak habis makan. asyik dok kejar kucing je😂 sudahnya kamilah yang kena habiskan. untuk siput sedut masak lemak ni, anies bagi ⭐⭐⭐.
total harga? maaflah.. tak tahu... orang belanja kan... alhamdulillah... BTW thanks Yah sebab sudi belanja...
ni alamat restoran Ikan Bakar Petai Banjir:
Jalan Sungai Ramal Dalam,
Sungai Ramai Dalam,
40300 Kajang, Selangor.
waktu operasi: setiap hari - 11AM - 10PM
Tel. no.: +6011-26092624
tu saja untuk hari ni.
thanks for reading.
daaa
Okay senang bawa di food court macam ni boleh pilih menu yang kita makan. Sg Ramal ni banyak food court dah sekarang. Dulu selalu juga di food court sungai ramal tak silap berdekatan kedai soto ke sate entah. Sekarang dah confused sebab tengok ada food valley lah. sungai ramal luar & dalam lah. hehe...
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki orang belanja. Semoga adik Anies dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aamiin...
tu laa sy pun kdg kompius sg ramal yg mana 1...
Deletekatanya sini mmg port makan makan... sy iyakan je😀
wahh...dapnye ikan bakar.
ReplyDeleteya betul alhamdulillah ;-)
Deletetertelan-telan ayaqliur ni tengok siakap bakar,siput tu fav sy....perut tengah lapar nampak semua sedap..
ReplyDeletekitageng siput sedut masak lemak ohyeaahhh
DeleteInteresting dishes, thanks for your sharing Anie
ReplyDeleteone of malaysian's favourite dish ;-)
DeleteNampak sedap, ikan bakar. Lagi-lagi ada air asam. Lamanya tak pekena ikan bakar.
ReplyDeleteantara judu terbaik utk ikan bakar selain kicap.cili😀
DeleteSedapnyaaaa. biasa orang selalu terjah yg kt bulatan tu kan. Ana Ikan Bakar. Kadang kedai yg x viral pon lagi sedap dan memuaskan hati bila makan. So kena review mcm ni supaya orang tahu. hehe.
ReplyDeletepenah juga dengar nama ana ikan bakar tu. tak pe nanti sy sy ajak adik try yg tu pula
DeleteAlhamdullilah dapat rezeki..ga baik kalo d tolak😀,saya suka seafood di masak apapun, apalgi yg bakar dan bersambal...wuuiih bisa"nambah nasi ,apalagi ada lalapan pete😁
ReplyDeletebetul tu... cuma malam tu sambalnya agak pedas... kalau tak saya tentu bertambah nasi hehehe
DeleteTernyata orang Malaysia suka juga makan petai. He he ....
ReplyDeleteramaiiiiii mbak peminat petai di sini kecuali saya hahaha
DeleteKebayang betapa nikmatnya ini ikan bakarnya, hmmm....
ReplyDeleteya betul esp ikan fresh ;-)
Deleteso jummy food:)
ReplyDeletethat's right!
DeleteSekarang trend ikan bakar letak petai kan, sedap jugak.
ReplyDeletetu laa... kemain byk petainya... sy je yg x mkn petai😀
DeleteMe dio hambre. Te mando un beso.
ReplyDelete😁😁
Deletewah, pasti enak itu... jadi lapar, pas jam makan siang nih...
ReplyDeleteikan bakarnya memang sedap. cuma sambal.mangga yang pedassss
DeleteAlhamdulillah.. Orang belanja, kita ikut je kan Anies..
ReplyDeletekannnn rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari ;-)
DeleteSaya suka petai.
ReplyDeleteBagus ini ada pelbagai jenis sambal.
wahhh sapa yg geng dgn NA ni??? peminat petai sila munculkan diri😀
DeleteRezeki kak anies ditraktir ehehe.
ReplyDeleteSambalnya menggoda, ikannya pun.
Serasa mau nambah nasi kalau menunya seperti itu
alhamdulillah...
Deletetapi mlm tu lps habis nasi kami cuma ratah ikan sahaja😀
Tidak bisa request nasi lagi?
DeleteKalau di bebrapa tempat makan di lampung, habis nasi boleh minta tambah tapi bayar pun tambah ehhe
Jadi lebih baik makan ikannya saja ya ehehe
dah kenyang sebenarnya. beberapa jam sebelum tu kami dah makan nasi kenduri
DeleteDah pernah pergi .. tips dia mkan nasi sket jer sbb nak ratah lauk yg banyak tu hahaha..
ReplyDeletenasi buat syarat je kan😁
DeleteLangsung nak coba rasanyaaaa kaaak 🤣🤣. Apalagi denger kata petai, Favorit saya tuh 😄
ReplyDeleteIkan bakar memang sedaaap. Apalagi kalo ikannya fresh. Kalo utk sambal, saya suka yg pedas. Tapi combine dengan sambal lainpun suka juga 😄
ooo peminay petai rupanya fanny niii
Deletenanti boleh try makan kat sini try sambal mangganya yang berapi tu😁
ikan bakar suka tp petai xmakan
ReplyDeleteok. ada geng x mkn petai👍
DeleteAduhai.... sedapnya ikan bakar dengan pelbagai pencecah!
ReplyDeletetu laa... ada lbh 8 jenis pencicah kalau x silap. rambang nk plh kak😁
Deleteya ke? waahhh untung arrr boleh g setiap hari ;-)
ReplyDeletesaya suka sambal petai, tetapi dia harus masak ya kak, bukan petai mentah sebab tak tahan dengan baunya.. hehehe
ReplyDeleteooo ye ke? tapi ada yang cakap.makan yang mentah lebih berkhasiat
Delete