Paris | Notre Dame de Paris

10:25 am

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

sengaja anies up satu entry 'khas' untuk salah satu bangunan ikonik Paris ni, sebab apa?

sebab... masa pergi Vietnam tahun lepas, kami sempat juga laa melawat (tengok2) salah satu bangunan famous kat Ho Chih Minh tu... Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon (boleh skodeng kat SINI)

masa tengok2 bangunan ni, dalam kepala anies dah pasang angan2 yang satu hari nanti, anies mesti jejak 'Notre Dame' yang 'asal', iaitu di Paris.

macam yang yu ols tau, Vietnam ni kan pernah dijajah oleh Perancis. so segala saki baki daki Perancis pasti ada yang tertinggal kat Vietnam tu kan... dan salah satunya (bukan peninggalan tapi lebih kepada bangunan bercirikan Perancis) adalah Notre Dame.

dan daripada angan2 tu, akhirnya terkabul jua lah bila dapat jejakkan kaki di Paris ni... dan dapat tengok sendiri macam mana Notre Dame 'yang ori'.

sebenarnya tak de apa yang menarik sangat pasal Notre Dame ni. pada pandangan anies, ia tak lebih dari sebuah cathedral yang dipenuhi pelbagai ukiran, patung2 dan yang paling ketara adalah, seni bina Perancis itu sendiri... nak masuk pun, tak de laa beria sangat. dapat tengok dari luar dan posing sekeping dua tu pun dah cukup...

okey laa... layankan je laa gambar2 yang ada ni. sorry laa ye... banyak gambar swafoto je... almaklum laa hati tengah happy 😁😁😁

masa bas lalu kat sini, hati dah berdebar2... "bas ni berhenti ke tak ni?" bimbang juga laa... takut2 dia tak berhenti macam kat depan The Louvre tu...

masa ni pun cuak juga laa... bas masih tak berhenti juga... tapi tangan tetap nak snap pic Notre Dame ni... masa ni baru tau yang Notre Dame ni cuma bersebelahan je dengan Sungai Seine ni

dan akhirnya... bas berhenti juga... yahooo... cepat2 kami turun... tengok laa tu... sampai minah saleh tu gelakkan kami sebab tak menyempat2 nak turun (tipu je ni...)


kasi swafoto sat... yeahhh... akhirnya sampai juga 'angan2' mat jenin mem besar... so, sesapa yang nak pergi Ho Chih Minh nanti, boleh laa start pasang angan2 bila dah sampai depan Notre Dame of Saigon tu nanti. mana tau... rezeki yu ols akan sampai juga kat 'Paghis' ni 😄😄😄

swafoto lagik! tak dapat turun ke bawah, atas jambatan Sungai Seine ni pun jadi laa... kalau nampak muka ketat semacam tu, bukannya tengah moody tapi tengah tahan sejukkkkkk....⛄⛄⛄

ni pic paling dekat... kalau dekat sangat tak nampak mercunya... dalam sejuk2 tu, umat manusia memang ramai kat depan Notre Dame ni... yang ni, kalau tak silap tengah beratur nak masuk ke dalam...

kat halaman Notre Dame... pun sama juga...penuh dengan umat manusia... anies dah tak larat nak jalan2... sejukkkkk...⛄⛄⛄

kat sini memang banyak merpati. jinak2 belaka. ada orang tengah bagi makan tu. kalau yu ols datang dekat2 nanti merpati tu akan hinggap kat yu ols... jangan risau, dia tak patuk pun. nak berselfie pun, merpati tu rileks je... dia dah biasa daa bila orang ramai nak selfie dengan dia... 😁😁😁

patung apa ntah... depan Notre Dame... anies main snap je ni... 

kalau compared dengan yang kat Ho Chih Minh tu, of coz yang ni lagi besar... mmm tak kisah laa yang mana lagi besar... nanti ada rezeki kita sampai kat Notre Dame Indiana kat USA pulak ya... eh, ehh... 😎😎😎

last but not least... kasi kepala korang teleng sekejap😉😉😊


okey... tu je... ke mana anies pergi lepas ni?

to be continued...

daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

38 Words of Lo♥e

  1. Bestnyaaa merpati jinak2. Angan2 saya jugak nak terbang ke sana, tp tak tercapai lagi. Seronoknyaa kak tengok negara orang! <3

    ReplyDelete
  2. first time tgk muka cik blog dari jarak dekat..kihkih

    ReplyDelete
  3. Sampai parigh dah adik ku ini. Ky nak updet gi faris dri sari ke sarii..tergendala je..idea dlm kepala bla nk tulis..jfi blurr..hihi

    ReplyDelete
  4. wahh tertancap mata wak pd tahi lalat mkcik dibawah dagu tuuuh., hehe2

    ReplyDelete
  5. dengan membaca entri ini saya dengan ini telah memasang angan-angan dan berdoa semoga saya akan sampai ke Perancis dan sekutu sakatnya semua bangunan cantik yang menjadi impian untuk sampai itu.

    aameen...

    Insya Allah.

    hihihi

    ReplyDelete
  6. untungnya ko nis...hat vietnam dah pi...hat paghis pun ang dah pi...
    berapa degree suhu sana beb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..

      suhu ms tiba paris katanya dlm -3 darjah celcius

      Delete
  7. Sukanya tengok aies happy ronda2 paghis

    ReplyDelete
  8. Wahh menarik... nampak kesejukannya tu tp meriah suasana :) :)

    ReplyDelete
  9. Dalam dia ada apa anies? barang-barang peninggalan masa jajahan dulu ke atau macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau ler ada yg ada kat dlm tu. kami cuma tgk kt luar je...

      Delete
  10. bestnye....sejuk btul nmpak suasana tu...kt cni sdg panas...

    ReplyDelete
  11. Bestnya Anis...
    Akak suka seni bina bangunan diorang tu.

    ReplyDelete
  12. mane tahu one day e'in sampai paghis, boleh rujuk kat blog anies laa.. nanti boleh tahu mane tempat yang best-best..

    ReplyDelete
  13. Sekali tengok Notre Dame dengan ranting-ranting jer kat gambar Anies tu macam dalam filem seram pun ada hehehehe...

    Unik sangat Notre Dame ni kan...

    Ialah mula-mula verangan pastu jadikanlah kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. da musim sejuk...mmg nmpk seram tp bla da byk2 cantik bla mlm ada lampu2

      Delete
  14. Hurmmm... apa yang lain ni ek!?
    Oh! template wajah barulah.
    I likes this one more than before ;-)

    ReplyDelete
  15. memang bayk.gambar mem..hhehe

    ReplyDelete
  16. wahhhh seronoknyaaa kak anisss :D

    ReplyDelete
  17. harap ada lebih rezeki. sbb nak pi. :)

    ReplyDelete
  18. gmbr last yg teleng tu smart �� lagi smart kalau nmpk semua gmbr bangunan. perghhh, mmg smart ��

    ReplyDelete
  19. kau mesti feeling amy mastura kat burung-burung merpati tu kan...haha

    ReplyDelete
  20. rasa pernah komen kat entri ni.

    hurrrmmm id n blog sy buat hal lagi ke - ntah lah

    ReplyDelete
  21. btw ... gambar yang last tu dah macam retis okay...

    hihihi

    ReplyDelete
  22. Cantik gambar !
    Secara x lgsung..dpt juga tahu serba sedikit sejarah ttg perancis ni..

    Dulu abg lya study kat indiana, USA.. Mudahan ada rezeki anies smpai sana jgk ye

    ReplyDelete
  23. macam bangunan bersejarah je la..yer.anies...seperti dataran merdeka tu..

    ReplyDelete
  24. Anies masuk Notre Dame tu? Apa yang ada dalam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmsk sbb xckp ms... xtau laa apa yg ada tgk ramai je yg beratur

      Delete
  25. yg ni lg besaq di HCM la nis! nk pi jugak nanti.. bawakan hehe

    burung merpati sana tak mcm kt royal palace. sua tangan pun xnak dtg. cis

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆