Pages

Friday, 8 March 2024

Yamanashi, Jepun: Fujikyu Railway Local Train, Stesen Kawaguchiko dan Kawaguchiko Sightseeing Bus

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

(awas, entry panjang!😲)

disebabkan keadaan kat stesen Ōtsuki agak sesak dengan orang ramai, jadinya kami ambil keputusan untuk berdiri tepi (laluan tren) platform 'bersama' harapan menggunung... bila tren sampai nanti, kami akan dapat tempat duduk.

ya, kami 'mesti' duduk sebab perjalanan ke stesen Kawaguchiko mengambil masa lebih kurang 55 minit!

tak sanggup weiii nak berdiri lama. ni kerana lepas tu kami confirm akan berjalan banyak. ada yang tercabut kaki kanggg😂😂 tak fasal fasal masuk hospital!


FUJIKYU RAILWAY LOCAL TRAIN (FRLT)

Alhamdulillah... anies, nora dan farah dapat tempat duduk masing-masing walaupun terpisah. tak kisah laa... janji kami sampai.

FYI, FRLT adalah satu daripada 5 kereta api di bawah pengurusan Fuji Kyuko. tapi daripada 5 tren ni, hanya Fuji Tozan Densha je yang tak beroperasi lagi. untuk info lanjut, korang boleh baca kat SINI dan SINI ya.

sepanjang perjalanan, FRLT akan berhenti di 17 stesen. ya, betul! 17 stesen kecil ya...

walaupun tampak leceh tapi bagi anies secara peribadi, (cara ni) kita akan dapat lihat suasana kat area stesen tersebut yang dikelilingi rumah-rumah penduduk atau pun bandar / pekan kecil.

OTW ke stesen Kawaguchiko, anies tak dapat nak hayati suasana tu (kerusi membelakangi tingkap + penumpang penuh). tapi, OTW balik ke stesen Ōtsuki, memang puas laa dapat tengok kampung-kampung kat Jepun ni. selain bersih dan cantik, suasana tenang tu buat hati meronta-ronta nak singgah😁😁

anies... selain FRLT ni, ada tak pengangkutan lain untuk ke Gunung Fuji? of coz ada.

korang boleh naik Shinkansen (turun kat stesen Kozu di Kanagawa. kemudian sambung naik tren Local Numazu dan berhenti di stesen Gotemba. then naik bas untuk ke Gunung Fuji) or naik direct bus dari stesen Shinjuku or, kalau duit banyak boleh naik teksi. nak lebih adventure, drive sendiri!


tiket sehala FRLT. harga ¥1170. cinonet sangat tiket ni. kalau hilang... haihh... seriau!

ooo yeahh... FRLT dah sampai! jom naik!

tak ingat... masa ni dah sampai kat mana. tapi dalam tren berubah menjadi hingar-bingar sebab masing-masing teruja nampak Gunung Fuji dengan jelas. 



foto-foto di bawah diambil dari dalam FRLT sewaktu perjalanan pulang ke stesen Ōtsuki.






suasana dalam FRLT - perjalanan pulang ke stesen Ōtsuki...

short video - OTW ke stesen Kawaguchiko.


STESEN KAWAGUCHIKO

yang bumbung oren tu stesen Kawaguchiko. kami tak sempat nak snap foto or shoot video kat sini sebab agak kelam-kabut masa tu.


Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami kat sini. fuhh ramainyaaa umat manusia! almaklum laa hari Sabtu. 

queue yang nak naik bas dah 'tersedia' panjang. yang beratur untuk beli tiket bas pun... panjang juga. fuhhh...

sebelum proceed naik bas, plan asal kami nak bersiar-siar dengan basikal. jadi sebaik tiba, kami terus ke kedai sewa basikal. tapi... apakan daya. tak ada rezeki kami untuk mengayuh basikal kat sini seban semua dah sold out.


antara kedai sewa basikal yang ada...


dari kedai basikal, kami ke kedai sewa kimono berdekatan stesen Kawaguchiko. tapi bila sampai depan kedai, farah tukar fikiran... tak jadi nak pakai kimono kat situ. takut tak cukup masa...

then kami kembali semula ke stesen Kawaguchiko. beli tiket, beratur dan tunggu turn untuk naik bas.

selain bas dan basikal, korang juga boleh sewa kereta kat sini. paling berbaloi (nak sewa kereta) kalau duduk lama laa... kalau datang sekejap, better naik bas je...

ada cerita tak best berlaku kat sini. tapi... tak apa laa... kami simpan je laa dalam hati...✌️


KAWAGUCHIKO SIGHTSEEING BUS (KSB)

ini cara paling murah (tak murah pun sebenarnya😂) untuk explore kawasan-kawasan menarik sekitar Gunung Fuji.

kalau ada sewa kereta, lagi best sebab boleh singgah banyak tempat. 


ni tiketnya. harga ¥1700 per person. boleh naik bas ni sampai muntah sepanjang 2 hari kat sini.

foto KSB tak ada. so anies snap pamplet ni untuk rujukan korang kalau ada plan nak ke sini nanti. KSB ni ada 3 warna. pilih kawasan mana yang korang nak pergi then naik KSB mengikut warna.

dalam pamplet sama ada jadual perjalanan untuk mudahkan korang bersiar-siar kat sini.

peta dan route bas. nampak tak line hijau dan biru tu? andai kata korang nak tengok Gunung Fuji lebih dekat, naiklah KSB warna biru. kalau nak pergi Tasik Oishi, naik KSB warna merah etc.



suasana dalam KSB👆👇



short video - inside the KSB.


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. korang ada soalan nak tanya fasal transport kat area Gunung Fuji ni? drop je kat ruangan komen di bawah ya! anies akan cuba jawab setakat yang mampu.


that's all.
thanks for reading.
daaa

43 comments:

  1. bestnya Anies jalan2...
    puas hati dpt tgok gunung fuji tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x puas sbnr nya. kalau boleh nk daki trs gunung ni😁

      Delete
  2. Anies dah boleh tulis buku travelogue tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum layak kak
      tp kalau tulis iti
      no prob😁

      Delete
  3. Nak bagitau dh singgah tapi tak sempat nk baca.. nk gi solat jumaat dulu hahaha.. nanti ptg2 sket kita baca yer.. :D

    ReplyDelete
  4. Wah sudah ada pamflet nya ...mana tau suatu saat saya pergi ke gunung fuji naik ksb 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh ambil pamplet tu depan kaunter or masa beli tiket, customer akan dapat pamplet ni bersama tiket

      Delete
  5. Ana penah kena berdiri start naik tren dari Bukit Mertajam - Alor Setar (lebih kurang 50 minit).. terpaksa kena berdiri sbb seat semua penuh! bila nak turung tangga je terus lutut jadi krem sekejap, terpaksa jln tejengkot-jengkot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn
      dia punya skt tuuu
      nk berjln pun x sanggup

      Delete
  6. Syok nyer... Nak ikut trip 🤓🤓

    ReplyDelete
  7. Syok nyer... Nak ikut trip 🤓🤓

    ReplyDelete
  8. Jenuh tu kalau berlama dalam tempoh yang lama. Dapat duduk berasingan pun jadi lah. Seriau betul kalau tiket cenonet tu hilang. Gelabah for sure. Alahaii tak ada rezeki nak naik beskal. Nampaknya Jepun ramai orang betul ye masa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fiza. bleh tercabut lutut nk berjln lps berdiri lama...
      sbb tu dpt je tiket kami cpt2 simpan... seriauuu kalau hlg sbb kena bli yg baru. bkn nya murahhhhh

      Delete
    2. Tahu takpe! Dahlah sana serba serbi mahal kan.

      Delete
    3. yaaa
      tang mahal tu gigil tgn seluk poket nk keluarkan duit hahaha

      Delete
  9. Alah! comelnya FRLT ! Macam mainan!

    ReplyDelete
  10. Syukurlah dapat tempat duduk. Berdiri hampir satu jam bisa pegal-pegal itu :D Aku menikmati sekali foto-fotonya, jadi serasa diajak liburan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...
      kalau tak dapat duduk pasti kaki akan sakit. lepas tu nak berjalan2 lagi...kalu OTW balik tak apa sebab sudah selesai semuanya😀

      Delete
  11. Seandainya transportasi publik di Indonesia juga bisa sama bersihnya seperti di negara Jepang.

    ReplyDelete
  12. Boa tarde de sexta-feira e bom final de semana minha querida amiga. Feliz Dia Internacional da Mulher.

    ReplyDelete
  13. Los paisajes son geniales a pesar que es un ruta larga. Te mando un beso y te deseo un lindo día.

    ReplyDelete
  14. Gunung Fuji boleh naik tak ? terasa ingin nak tahu itu tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh daki
      setiap thn ada marathon
      daki gunung ni
      x silap bln 7 ms summer

      Delete
  15. Alhamdulillah dapat tempat duduk... kalau xdapat tempat duduk, duduk jugak boleh ke? :D..

    kalau lady pun mesti teruja kalau dapat tengok gunung fuji tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh duduk tp tu laa org ramai. so mmg xde ruang utk ddk.atas lantai😀
      sy pun sm... jakun jap dpt tgk dpn mata. sblm ni tgk dlm tv je

      Delete
  16. Cantiknyaaaa view. Thanks for sharing semua. Tak sabar nak pergi Jepun.

    ReplyDelete
  17. Wah, sudah lama saya tidak naik kereta api. Bagaimana rasanya ya naik kereta api di Jepang yg terkenal dgn kereta cepatnya.

    ReplyDelete
  18. Hello Anies :)
    Thank you for sharing the details of your journey with us. I hope you have a happy week.

    ReplyDelete
  19. wishlist aku nih ke Kawaguchiko, cakep banget viewnya disana
    menggunakan transportasi umum di jepang sangat aman ya,dan armadanya juga bersih

    by the way kak anies, bulan januari lalu aku mau email kak anies untuk aku ajakin meet up waktu aku ke Kuala Lumpur, tapiii malahan tidak jadi aku infoin, takut ketinggalan pesawat, ternyata malah pesawatnya delay, tahu gitu aku main ke Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  20. Waktu ke jepang dulu saya ke area Fuji, tapi nak main di fujiQ themepark. Dari sana gunung Fuji kliatan dari jauh sambil main rollercoaster 🤣🤣. Kalo datang langsung ke Fuji tak pernah. Tapi boleh juga kalo nanti ke jepang lagi, Krn saya memang dah planning DTG ke fujiQ lagi, bolehlah mampir kesana juga kan.

    Tiketnya kecil2 sangat sekarang yaaa 🤣🤣. Takut hilang juga saya

    ReplyDelete
  21. Syok laaa... Orang tue asyik pi overseas jew....

    ReplyDelete
  22. Syok laaa... Orang tue asyik pi overseas jew....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara kaki kuat cik tim
      dah skt nnt x g mn2 daa

      Delete
  23. Alhamdulillah dapat duduk.. Tak adalah penat..
    Xde rezeki nak naik basikal ye Anies..
    Cantik betul design pada badan keretapi tu..

    ReplyDelete
  24. mama suka kalau part sighseeing ni. eronok tgk especially kawasan yg pemandangan cantik mcm ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆