Yamanashi, Jepun: Fujikyu Railway Local Train, Stesen Kawaguchiko dan Kawaguchiko Sightseeing Bus
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
(awas, entry panjang!😲)
disebabkan keadaan kat stesen Ōtsuki agak sesak dengan orang ramai, jadinya kami ambil keputusan untuk berdiri tepi (laluan tren) platform 'bersama' harapan menggunung... bila tren sampai nanti, kami akan dapat tempat duduk.
ya, kami 'mesti' duduk sebab perjalanan ke stesen Kawaguchiko mengambil masa lebih kurang 55 minit!
tak sanggup weiii nak berdiri lama. ni kerana lepas tu kami confirm akan berjalan banyak. ada yang tercabut kaki kanggg😂😂 tak fasal fasal masuk hospital!
FUJIKYU RAILWAY LOCAL TRAIN (FRLT)
Alhamdulillah... anies, nora dan farah dapat tempat duduk masing-masing walaupun terpisah. tak kisah laa... janji kami sampai.
FYI, FRLT adalah satu daripada 5 kereta api di bawah pengurusan Fuji Kyuko. tapi daripada 5 tren ni, hanya Fuji Tozan Densha je yang tak beroperasi lagi. untuk info lanjut, korang boleh baca kat SINI dan SINI ya.
sepanjang perjalanan, FRLT akan berhenti di 17 stesen. ya, betul! 17 stesen kecil ya...
walaupun tampak leceh tapi bagi anies secara peribadi, (cara ni) kita akan dapat lihat suasana kat area stesen tersebut yang dikelilingi rumah-rumah penduduk atau pun bandar / pekan kecil.
OTW ke stesen Kawaguchiko, anies tak dapat nak hayati suasana tu (kerusi membelakangi tingkap + penumpang penuh). tapi, OTW balik ke stesen Ōtsuki, memang puas laa dapat tengok kampung-kampung kat Jepun ni. selain bersih dan cantik, suasana tenang tu buat hati meronta-ronta nak singgah😁😁
anies... selain FRLT ni, ada tak pengangkutan lain untuk ke Gunung Fuji? of coz ada.
korang boleh naik Shinkansen (turun kat stesen Kozu di Kanagawa. kemudian sambung naik tren Local Numazu dan berhenti di stesen Gotemba. then naik bas untuk ke Gunung Fuji) or naik direct bus dari stesen Shinjuku or, kalau duit banyak boleh naik teksi. nak lebih adventure, drive sendiri!
tiket sehala FRLT. harga ¥1170. cinonet sangat tiket ni. kalau hilang... haihh... seriau!
ooo yeahh... FRLT dah sampai! jom naik!
tak ingat... masa ni dah sampai kat mana. tapi dalam tren berubah menjadi hingar-bingar sebab masing-masing teruja nampak Gunung Fuji dengan jelas.
foto-foto di bawah diambil dari dalam FRLT sewaktu perjalanan pulang ke stesen Ōtsuki.
suasana dalam FRLT - perjalanan pulang ke stesen Ōtsuki...
short video - OTW ke stesen Kawaguchiko.
STESEN KAWAGUCHIKO
yang bumbung oren tu stesen Kawaguchiko. kami tak sempat nak snap foto or shoot video kat sini sebab agak kelam-kabut masa tu.
Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami kat sini. fuhh ramainyaaa umat manusia! almaklum laa hari Sabtu.
queue yang nak naik bas dah 'tersedia' panjang. yang beratur untuk beli tiket bas pun... panjang juga. fuhhh...
sebelum proceed naik bas, plan asal kami nak bersiar-siar dengan basikal. jadi sebaik tiba, kami terus ke kedai sewa basikal. tapi... apakan daya. tak ada rezeki kami untuk mengayuh basikal kat sini seban semua dah sold out.
antara kedai sewa basikal yang ada...
dari kedai basikal, kami ke kedai sewa kimono berdekatan stesen Kawaguchiko. tapi bila sampai depan kedai, farah tukar fikiran... tak jadi nak pakai kimono kat situ. takut tak cukup masa...
then kami kembali semula ke stesen Kawaguchiko. beli tiket, beratur dan tunggu turn untuk naik bas.
selain bas dan basikal, korang juga boleh sewa kereta kat sini. paling berbaloi (nak sewa kereta) kalau duduk lama laa... kalau datang sekejap, better naik bas je...
ada cerita tak best berlaku kat sini. tapi... tak apa laa... kami simpan je laa dalam hati...✌️
KAWAGUCHIKO SIGHTSEEING BUS (KSB)
ini cara paling murah (tak murah pun sebenarnya😂) untuk explore kawasan-kawasan menarik sekitar Gunung Fuji.
kalau ada sewa kereta, lagi best sebab boleh singgah banyak tempat.
ni tiketnya. harga ¥1700 per person. boleh naik bas ni sampai muntah sepanjang 2 hari kat sini.
foto KSB tak ada. so anies snap pamplet ni untuk rujukan korang kalau ada plan nak ke sini nanti. KSB ni ada 3 warna. pilih kawasan mana yang korang nak pergi then naik KSB mengikut warna.
dalam pamplet sama ada jadual perjalanan untuk mudahkan korang bersiar-siar kat sini.
peta dan route bas. nampak tak line hijau dan biru tu? andai kata korang nak tengok Gunung Fuji lebih dekat, naiklah KSB warna biru. kalau nak pergi Tasik Oishi, naik KSB warna merah etc.
suasana dalam KSB👆👇
short video - inside the KSB.
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. korang ada soalan nak tanya fasal transport kat area Gunung Fuji ni? drop je kat ruangan komen di bawah ya! anies akan cuba jawab setakat yang mampu.
that's all.
thanks for reading.
daaa
43 Words of Lo♥e
bestnya Anies jalan2...
ReplyDeletepuas hati dpt tgok gunung fuji tu
x puas sbnr nya. kalau boleh nk daki trs gunung ni😁
DeleteAnies dah boleh tulis buku travelogue tau!
ReplyDeletebelum layak kak
Deletetp kalau tulis iti
no prob😁
Nak bagitau dh singgah tapi tak sempat nk baca.. nk gi solat jumaat dulu hahaha.. nanti ptg2 sket kita baca yer.. :D
ReplyDeleteboleh2 no prob
DeleteWah sudah ada pamflet nya ...mana tau suatu saat saya pergi ke gunung fuji naik ksb 😁
ReplyDeleteya boleh ambil pamplet tu depan kaunter or masa beli tiket, customer akan dapat pamplet ni bersama tiket
DeleteAna penah kena berdiri start naik tren dari Bukit Mertajam - Alor Setar (lebih kurang 50 minit).. terpaksa kena berdiri sbb seat semua penuh! bila nak turung tangga je terus lutut jadi krem sekejap, terpaksa jln tejengkot-jengkot hehehe
ReplyDeletekannn
Deletedia punya skt tuuu
nk berjln pun x sanggup
Syok nyer... Nak ikut trip 🤓🤓
ReplyDeletejom jom
Deletetp lmbt lg😀
Syok nyer... Nak ikut trip 🤓🤓
ReplyDeletejom.laa tp bkn thn ni. thn 2026 nnt😀
DeleteJenuh tu kalau berlama dalam tempoh yang lama. Dapat duduk berasingan pun jadi lah. Seriau betul kalau tiket cenonet tu hilang. Gelabah for sure. Alahaii tak ada rezeki nak naik beskal. Nampaknya Jepun ramai orang betul ye masa ni.
ReplyDeleteya fiza. bleh tercabut lutut nk berjln lps berdiri lama...
Deletesbb tu dpt je tiket kami cpt2 simpan... seriauuu kalau hlg sbb kena bli yg baru. bkn nya murahhhhh
Tahu takpe! Dahlah sana serba serbi mahal kan.
Deleteyaaa
Deletetang mahal tu gigil tgn seluk poket nk keluarkan duit hahaha
Alah! comelnya FRLT ! Macam mainan!
ReplyDeletejepun dgn kawaii nya mmg x leh dipisahkan
DeleteSyukurlah dapat tempat duduk. Berdiri hampir satu jam bisa pegal-pegal itu :D Aku menikmati sekali foto-fotonya, jadi serasa diajak liburan, hihi.
ReplyDeleteitulah...
Deletekalau tak dapat duduk pasti kaki akan sakit. lepas tu nak berjalan2 lagi...kalu OTW balik tak apa sebab sudah selesai semuanya😀
Seandainya transportasi publik di Indonesia juga bisa sama bersihnya seperti di negara Jepang.
ReplyDeleteBoa tarde de sexta-feira e bom final de semana minha querida amiga. Feliz Dia Internacional da Mulher.
ReplyDeleteLos paisajes son geniales a pesar que es un ruta larga. Te mando un beso y te deseo un lindo día.
ReplyDeleteGunung Fuji boleh naik tak ? terasa ingin nak tahu itu tinggi
ReplyDeleteboleh daki
Deletesetiap thn ada marathon
daki gunung ni
x silap bln 7 ms summer
Alhamdulillah dapat tempat duduk... kalau xdapat tempat duduk, duduk jugak boleh ke? :D..
ReplyDeletekalau lady pun mesti teruja kalau dapat tengok gunung fuji tu...
boleh duduk tp tu laa org ramai. so mmg xde ruang utk ddk.atas lantai😀
Deletesy pun sm... jakun jap dpt tgk dpn mata. sblm ni tgk dlm tv je
Cantiknyaaaa view. Thanks for sharing semua. Tak sabar nak pergi Jepun.
ReplyDeletewahhh dah plan ya nak ke sana..
DeleteWah, sudah lama saya tidak naik kereta api. Bagaimana rasanya ya naik kereta api di Jepang yg terkenal dgn kereta cepatnya.
ReplyDeleteso amazing trip:)
ReplyDeleteHello Anies :)
ReplyDeleteThank you for sharing the details of your journey with us. I hope you have a happy week.
Looks great.
ReplyDeletewishlist aku nih ke Kawaguchiko, cakep banget viewnya disana
ReplyDeletemenggunakan transportasi umum di jepang sangat aman ya,dan armadanya juga bersih
by the way kak anies, bulan januari lalu aku mau email kak anies untuk aku ajakin meet up waktu aku ke Kuala Lumpur, tapiii malahan tidak jadi aku infoin, takut ketinggalan pesawat, ternyata malah pesawatnya delay, tahu gitu aku main ke Kuala Lumpur
Waktu ke jepang dulu saya ke area Fuji, tapi nak main di fujiQ themepark. Dari sana gunung Fuji kliatan dari jauh sambil main rollercoaster 🤣🤣. Kalo datang langsung ke Fuji tak pernah. Tapi boleh juga kalo nanti ke jepang lagi, Krn saya memang dah planning DTG ke fujiQ lagi, bolehlah mampir kesana juga kan.
ReplyDeleteTiketnya kecil2 sangat sekarang yaaa 🤣🤣. Takut hilang juga saya
Syok laaa... Orang tue asyik pi overseas jew....
ReplyDeletenmpk mcm selalu
Deletepd hal sethn sekali je
Syok laaa... Orang tue asyik pi overseas jew....
ReplyDeletesementara kaki kuat cik tim
Deletedah skt nnt x g mn2 daa
Alhamdulillah dapat duduk.. Tak adalah penat..
ReplyDeleteXde rezeki nak naik basikal ye Anies..
Cantik betul design pada badan keretapi tu..
mama suka kalau part sighseeing ni. eronok tgk especially kawasan yg pemandangan cantik mcm ni
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆