Off to 'Temasek'

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ 

Blog ni, kalau share 'cerita basi' bukanlah blog aniesandyou.blogsopt.my namanya. so, kalau nak baca, silakan. kalau tak, skip je ke ruangan komen.😁

since ini 'kisah silam' untuk masa depan, jadi mukadimahnya agak panjang. bertabah ya, sedara...😉

kejadian alam ni berlaku bulan Mei lepas. anies ada buat draf tapi tu laa... tak complete (ter publish 💆). kena pula blog tak ber update lepas tu. maka makin 'terabailah kisah' jalan-jalan ke Temasek atau nama glamour nya, Singapura dilanggar todak / Singapore.

walaupun masa tu kerajaan dah benarkan rakyat melancong ke luar negara, but personally anies tak berapa yakin & waswas. meski Singapura ni jiran Malaysia, tapi disebabkan pandemik, banyak perkara harus dipertimbangkan. salah satunya adalah kesihatan diri.

kes Covid-19 di Singapore agak terkawal (masa tu), tapi itu bukan tiket untuk kita berjimba sakan. so, fikir punya fikir sambil menahan gelodak dalam hati yang teringiiiiin sangat nak pergi jalan-jalan, jadi anies decide untuk ikut agensi pelancongan.

anies ada kenal seorang agent pelancongan, jadi segalanya jadi mudah. murah pun ya. RM135 per pax sahaja untuk a day trip termasuk sarapan. kalau nak masuk ke tempat-tempat menarik, kenalah bayar sendiri sebab ni optional.


pada hari kejadian, semua peserta rombongan berkumpul di parkir sebelah KL Sentral. ada 7 buah bas yang akan bergerak serentak ke Singapura. setiap bas ada seorang tour leader. gambar kredit: Syu FB



tepat jam 10.30 malam, bas mula bertolak. tak silap anies, bas berhenti di tiga R&R untuk ambil penumpang. anies pun mamai-mamai sebab mengantuk sangat masa tu.



know know dah sampai R&R Gelang Patah. tengok jam baru pukul 2.30 pagi. kawasan R&R ni penuh dengan peserta rombongan semata. so faham-faham jelah macam mana sesaknya tandas dan surau bila mereka 'bergabung' meletop!


anies malas nak bersesak-sesak. so tunggulah sekejap dalam bas sampai pukul 4.00 pagi. lepas tu baru mandi & salin baju. selesai bersiap, standby kat luar surau. konon nak solat tahajud sekejap tapi nan hado sebab diorang tidur bersepah sampaikan tak ada ruang langsung. so, nak tak nak melangutlah kat situ sampai azan subuh berkumandang.

lepas solat, cepat-cepat ambil sarapan. nak makan dalam bas memang tak sempat sebab jarak antara R&R Gelang Patah dan kompleks imigresen amat dekat. 


tepat 6.30 pagi, bas pun bertolak. tour leader pesan macam-macam termasuklah fasal aplikasi MyICA Mobile. aplikasi ni wajib dimuat turun oleh non-Singaporean. ia sangat penting selain passport dan akan jadi masalah ketika 'disoal siasat' pegawai imigresen Singapura sekiranya korang abaikan.



macam anies beritahu tadi, ada tujuh buah bas dari KL. jadi korang boleh bayangkan betapa panjangnya barisan yang menunggu untuk melepasi kaunter imigresen. syukurlah hari tu hari Sabtu dan tak bercampur dengan pekerja-pekerja dari Malaysia.

dan.... perkara yang paling nak elak, berlaku juga akhirnya.😡😡

ada peserta yang tak update aplikasi MyICA Mobile dia. adoiiii.... dahlah dua kaunter je yang buka. dia pula orang keempat (beratur dalam barisan). disebabkan ini, maka lagi lamalah kami kena beratur. pegawai imigresen memang tegas bab-bab ni. melihatkan perkara ni secara tak langsung buat kami cuak. macam-macam doa kami baca supaya dipermudahkan segalanya.

Alhamdulillah, setelah hampir sejam beratur, anies dan ahli rombongan lain berjaya melepasi urusan imigresen. dalam hati, geram jugalah sebab dah penat-penat update MyICA Mobile, tapi pegawai cuma tengok passport je😤

melepaskan segala kelenguhan yang ada sementara tunggu yang lain keluar dari pemeriksaan imigresen (bangunan warna coklat). bas yang kami naiki tengah tunggu kat belakang (anies).

kira-kira jam 8.30am semua ahli rombongan yang satu bas dengan anies dah selesai pemeriksaan imigresen. tanpa berlengah, bas kami pun bergerak masuk ke Singapura.

welcome to Singapore for the 2nd time! first time anies datang pada 1998 dan masuk (imigresen) melalui Tambak Johor dengan mudah. tapi masa tu, kami pergi area Woodlands sahaja. almaklumlah, datang dengan warga emas. nak jalan-jalan pun diorang bukannya larat sangat. ketika itu, Universal Studio Pulau Sentosa ke... Marina Bay Sand ke... belum wujud lagi. so, kami berhabis duit kat sini je.

okey, tu sahaja mukadimah untuk a day trip to Singapore. nanti anies sambung lagi. thanks for reading & comments.

daaaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

46 Words of Lo♥e

  1. Selalu dengar orang share nak lepas border tu agak makan masa lama. Padahal kalau nak lepas border tu kejap je berapa minit dah sampai. Teringin nak pergi Temasek. Walaupun jiran je tapi tulah kita jiran atas sikit. Teringat lagu satu malam di Temasek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kejap je sbnr nya. tgk mood pegawai imigresen tu jg. tu yg sy dpt simpulkan laa.... kalu diorg ok, so proses msk sng je. kalu moody haa siaplah slh sikit pn bleh jd big issue. pergilah fiza... dkt dah tu temasek😀

      Delete
    2. Kalau jadi issue tu yang leceh tu. InshaAllah ada rezeki masa dan modalnya sampai lah kesana nanti :)

      Delete
    3. bkn staf imi temasek je. tmpt2 lain pun sama.😁

      Delete
  2. Begitulah pergi ramai-ramai.
    Nasib baik dapat masuk.
    Sayapun lama tidak pergi Singapura dari sekolah rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt msk tu mmg syukur sgt. tp yg x dgr arahan tu... adoiii x tau laa nk ckp apa

      Delete
  3. WoW very colorful streets! Very colorful buses! Happy November to you dear friend. Greetings.

    ReplyDelete
  4. Pergh mencabar betul perjalanan. Nasib baik selamat sampai

    ReplyDelete
  5. I want to visit Singapore one day. Great photos. Have a nice weekend!

    ReplyDelete
  6. Boa tarde. Obrigado pela visita e carinho. Bom final de semana com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  7. Seru kak ya bisa ke Tumasek a.k.a Singapore. Jalur darat pakai Bus, ngeng.. langsung jalan. Salam

    ReplyDelete
  8. wow..ke singapore plk kita..:)

    ReplyDelete
  9. Geniales recuerdos, ten un buen fin de semana.

    ReplyDelete
  10. Sampai skrg masi blm confident utk bawa family ke luar negara, so kami jln2 dlm negara ja thn lps & thn ni. Anies sempat lawat Botanic Garden? Cantik tpt tu.

    ReplyDelete
  11. belum pernah masuk Singapore lagi. baru tahu nak masuk ke sana kena ada apps myICA tu :o strict ya diorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap sgt strict. kalau.dpt yg tgh moody mmg mendapatlah..

      Delete
  12. wow. interested utk baca next, anies.
    these few days, aida blogwalking, baca tentang trip blogger ke hatyai.
    ets ke utara. fun.
    but s'pore pun dlm list. nak join trip mcm anies ni la.
    tapi tu la, 2 years pandemik kan. tertangguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 kalau nak nnt sy share no. member yg jd agent tu... tak smpi rm200 pun

      Delete
  13. teringin juga nak gi spore tapi passport pun xde heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe passport boleh buat kak😀peluang belum tentu jom jom!

      Delete
  14. Nanti sambung wak, nak baca dengan tengok gambar cecantik kat kota singaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah... ada smbgn sementara sy tgh rajin ni😁

      Delete
  15. husband sering melancong ke Singapura kerna pekerjaan, istri tinggalah di rumah bersama anak-kanak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh best tu.. kenapa mbak naia tak ikut sekali?

      Delete
  16. Dh dekat sgt dgn Batam nih.. maila sini 😅😅

    ReplyDelete
  17. kisah yang menarik...boleh kumpul dan jadikan ebook ...mana tahu boleh jual RM10 untuk satu set...jual 1000 boleh kira sendiri berapa jumlah jualannya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat ebook tu laa x de ms hahaha... fokus tu penting. baru konfiden nk menulis

      Delete
  18. seluar berkilat.. bukan main. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn x tau jenuh sy menjawab sbb ramai peminat😁

      Delete
    2. pi taiwan tak pakai pun. walhal dh plan nk naik basikal. haha

      Delete
  19. Itulah dah ramai-ramai memang ada macam-macam perangai. Takpelah dapat juga masuk Singapore akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x dpt msk sy menangis guling2 kt dpt imigresen tu😂

      Delete
  20. good info anies termasuklah tips tu tq

    ReplyDelete
  21. Bila ada yang tak patuh dengan arahan, memang melambatkanlah jadiny..
    Alhamdulillah semua urusan selesai dengan baik..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆