Singapore: Merlion Park
6:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perjalanan dari kompleks imigresen ke sini mengambil masa hampir 50 minit. sempat jugalah anies terlelap seketika dalam bas.
setiba di sini, our tour leader dah beritahu siap-siap. kami akan spend masa cuma 1/2 jam sahaja. sekejapnya! dalam hati rasa tak puas. tapi... lepas tu, anies rasa bersyukur sangat dapat berada kat sini sekejap je.
kenapa? teruskan membaca!
turun bas, kami terus tuju ke (statue) Merlion; yang merupakan official mascot of Singapore yang sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi.
sebaik ternampak patung berkepala singa & berbadan ikan ni, anies terus teringat gambar mama masa muda dulu. dia pernah posing depan patung ni bersama-sama kawan-kawan dia. selepas puluhan tahun, barulah anak dia sampai ke sini😂
dah tentulah kawasan sekeliling dah banyak berubah. dalam gambar lama mama tu, kawasan sekitar berdekatan masih belum banyak pencakar langit. tapi sekarang... fuh... the real concrete jungle😁
tak ada apa-apa yang istimewa kat sini kecuali aktiviti bergambar sahaja. tapiiiii.... ada sesuatu yang tak dijangka berlaku ketika baru 10 minit kami jejakkan kaki di sini.
panas terikkkkk!!!☀☀☀
dia punya panas tu.... ya rabbiiii... tak tahu nak describe macam mana. jam baru 9.00am++ tapi kehangatan tu macam dah pukul 12.00pm++!!!
mood untuk bergambar terus menjunam walaupun hari tu anies bukan pakai baju berkain tebal. lepas bergambar, kami terus cari tempat berteduh. dalam hati sempat merungut, kalau tahu cuaca panas macam ni, dah tentu anies bawa kipas siap-siap. sebab tulah bersyukur sangat-sangat bila tour guide kata, kami akan berada di sini sekejap sahaja.
bila jam menunjukkan hampir 9.40am, kami kembali semula ke tempat kami turun dari bas tadi. tak sampai 5 minit menunggu, bas pun sampai. bila dapat air cond bas, rasa macam dapat emas! nikmatnyaaaaaaa😁😁
gambar yang ada ni, yang mana sempat je anies snap. mood memang dah ke laut dalam sebab cuaca panas yakmatttt!!!
wajib ambil gambar Merlion ni, tanda kita dah pernah sampai Singapore. kalau tak nanti ada yang cakap kita photoshop😂😂😂
anies tak pasti mana satu nama jambatan ni: Esplanade Bridge atau Jubilee Bridge. nanti korang betulkan ya... jambatan ni bersebelahan / berdekatan Merlion.
yang di hujung jambatan tu (kiri) adalah Esplanade Concert Hall manakala di sebelahnya adalah Esplanade Shopping Mall.
anies tak ingat siapa cakap. katanya, lepas ni Marina Bay Sand (MBS) bakal jadi mercu tanda Singapura. sama macam bangunan KLCC yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur / Malaysia.
ada sesiapa yang tengah baca blog ni, pernah menginap kat MBS? fuhh bukan calang-calang ni. T20 yaaa...
bangunan-bangunan di belakang Merlion Park. tak silap kawasan sekitar ni dipanggil Fullerton.
bangunan ni kalau tak silap namanya One Fullerton Shopping Mall. tapi yang anies nampak, lebih banyak kafe dan restoran beroperasi di sini.
kami merayau ke sini, taman bersebelahan One Fullerton Shopping Mall. sekadar ambil gambar je...
ni... The Clifford Pier rasanya. kalau salah tolong betulkan. masih lagi berdekatan dengan One Fullerton Shopping Mall.
sementara tunggu bas sampai... sempat snap Fullerton Rd. ada yang cakap, nak melintas jalan kat Singapura ni kena tunggu betul-betul lampu hijau menyala baru boleh melintas. kalau tak, nanti kena denda. tapi... tu pun ada juga yang buat. hmm...
The Fullerton Hotel. yang ada banyak fulus tu, bolehlah bermalam kat sini hehe
43 Words of Lo♥e
What a nice places:) thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou're welcome😀👍
Deletesyu pon baru ke sini last weekend.
ReplyDeletebest👍👍nnt share tau
DeleteBestnyer dapat melancong ke Singapura
ReplyDeleteTapi duit dia dah mahal sekarang
duit mahal tu laa yg x boleh nk elak
DeleteMemang tidak seronok jalan dalam panas terik.
ReplyDeleteSaya memang tidak tahu nama setiap bangunan tapi air pancut singa itu tahu juga.
Hehe merah baju pakai.
sy pun main agak je. refer kat signboard yg ada. betul. mati mood sy nk bergambar dlm keadaan panas mcm tu
DeleteNtah bila ibu merasa nak jalan-jalan ke sana..
ReplyDeleteIbu Aqil datang singgah sini ya.. Xoxo!
insya allah ada rezeki nnt pasti tiba😀
DeleteParece un buen viaje. Y Super One es un apodo. Te mando un beso.
ReplyDeleteYa veo... con suerte, algún día tendrás la oportunidad de visitar Singapur.
Deletealahaii bilalah nak sampai singapore ni.. padahal mama ni ada sedara kat sana
ReplyDeleteinsya allah pasti ada rezeki ke sana nk lawat saudara mara di sana😀
Deleteamin semoga ada a rejeki mama
Deleteaminnnn👍
Deleteteringin juga nak p spore pusing2 balik hari ja heh heh
ReplyDeletejom kak jom!
DeleteCuaca memang boleh mengubah mood kita.. Bila dah terlalu terik memang tak lalu nak buat apa pun.. Tapi masih cantik bergambar.. Nice..
ReplyDeletetu laa... terlalu panas pun x ok terlalu sejuk pun sm😀
DeleteKalau panas sangat atau sejuk sangat memang mood ke laut lah. nak stay Marina tu mungkin kena jual buah pinggang
ReplyDeletekalau jual maknanya kempunan laa kite nk g anfield... sbb habis dah buah pinggang kena jual😁
Deletemmg wajib gambar merlion tu. barulah singapore gittewww hehehe
ReplyDeleteya.. kn bg bukti kukuh😂
DeleteApa kabar kak Anies. dah lama saya tak buka Blog. hahaha.
ReplyDeleteSuatu hari, ada saya keingingan untuk berkunjung ke Singapura. Tapi belum bisa karena belum ada money lagi :((
alhamdulillah.. insya allah mudah2an ada rezeki mas ke singapore nnt
Deleteadik saya ada di Singapura...dan baca artikel ini teringat pulak dengan dia hehehe
ReplyDeleteooo ya ke? dia keje kat sana ke?
Deletewahhhh cantiknyaaaa Singapore sekaranggg! Lama tak pergiiii! You looks so sweet thereee sisss! Enjoy tauuu <3
ReplyDelete😁😁😁muka tahan panas tu
DeleteHello :)
ReplyDeleteI like your blog. If you want, we follow each other. :)
Thanks for your sharing. Have a good day :)
Here my blog; http://morduslerkitapligi.blogspot.com
ok
Deleteselfie waktu pg boleh la bergambar puas2 tak ada org.. nanti boleh bawa Harraz. tunggu besar sikit
ReplyDeletetp sbb sy dtg ramai2 jd sedikit sbyk terganggu jg
Deleteok la dlm gambar ni ada banyak ruang tak dipenuhi org. yg menarik mana2 tempat mmg tak nampak sampah kan
Deleteyap kebersihan mmg 👍👍 tp x laa terlalu bersih sgt
Deleteitulah yg di war-warkan dlm socmed. bersih sgt2
Deletekalau tmpt tumpuan, yes. tmpt yg tersorok, mgkn ya
DeleteSekejapnya 1/2 jam je Anies. Tak puas. Panas pulak ye cuaca kat sana. Potong mood nak bergambar tapi tempat ni wajib ambil gambar.
ReplyDeleteya fiza. tak ada apa nk buat kecuali bergambar. so mmg bersyukur sgt2 bla cuaca panas n x berlama lamaan kt sini
Deletesinga ni, ntah bila nak bersua hidung :) ha ha
ReplyDeletenext year la kot. balik hari naik bas.
boleh2 naik bas x penat nk drive
Deletewak dh agak mesti komplen psl panas terik berdenting tu kanns.. hehehe 😅😅 lenkali bwk payung
ReplyDeletebtw, mn gmbr mak anies zaman dulu2 yg nostalgia sgt tuuh.. share la
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆