Off to 'Temasek'
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Blog ni, kalau share 'cerita basi' bukanlah blog aniesandyou.blogsopt.my namanya. so, kalau nak baca, silakan. kalau tak, skip je ke ruangan komen.😁
since ini 'kisah silam' untuk masa depan, jadi mukadimahnya agak panjang. bertabah ya, sedara...😉
kejadian alam ni berlaku bulan Mei lepas. anies ada buat draf tapi tu laa... tak complete (ter publish 💆). kena pula blog tak ber update lepas tu. maka makin 'terabailah kisah' jalan-jalan ke Temasek atau nama glamour nya, Singapura dilanggar todak / Singapore.
walaupun masa tu kerajaan dah benarkan rakyat melancong ke luar negara, but personally anies tak berapa yakin & waswas. meski Singapura ni jiran Malaysia, tapi disebabkan pandemik, banyak perkara harus dipertimbangkan. salah satunya adalah kesihatan diri.
kes Covid-19 di Singapore agak terkawal (masa tu), tapi itu bukan tiket untuk kita berjimba sakan. so, fikir punya fikir sambil menahan gelodak dalam hati yang teringiiiiin sangat nak pergi jalan-jalan, jadi anies decide untuk ikut agensi pelancongan.
anies ada kenal seorang agent pelancongan, jadi segalanya jadi mudah. murah pun ya. RM135 per pax sahaja untuk a day trip termasuk sarapan. kalau nak masuk ke tempat-tempat menarik, kenalah bayar sendiri sebab ni optional.
pada hari kejadian, semua peserta rombongan berkumpul di parkir sebelah KL Sentral. ada 7 buah bas yang akan bergerak serentak ke Singapura. setiap bas ada seorang tour leader. gambar kredit: Syu FB
tepat jam 10.30 malam, bas mula bertolak. tak silap anies, bas berhenti di tiga R&R untuk ambil penumpang. anies pun mamai-mamai sebab mengantuk sangat masa tu.
know know dah sampai R&R Gelang Patah. tengok jam baru pukul 2.30 pagi. kawasan R&R ni penuh dengan peserta rombongan semata. so faham-faham jelah macam mana sesaknya tandas dan surau bila mereka 'bergabung' meletop!
anies malas nak bersesak-sesak. so tunggulah sekejap dalam bas sampai pukul 4.00 pagi. lepas tu baru mandi & salin baju. selesai bersiap, standby kat luar surau. konon nak solat tahajud sekejap tapi nan hado sebab diorang tidur bersepah sampaikan tak ada ruang langsung. so, nak tak nak melangutlah kat situ sampai azan subuh berkumandang.
lepas solat, cepat-cepat ambil sarapan. nak makan dalam bas memang tak sempat sebab jarak antara R&R Gelang Patah dan kompleks imigresen amat dekat.
tepat 6.30 pagi, bas pun bertolak. tour leader pesan macam-macam termasuklah fasal aplikasi MyICA Mobile. aplikasi ni wajib dimuat turun oleh non-Singaporean. ia sangat penting selain passport dan akan jadi masalah ketika 'disoal siasat' pegawai imigresen Singapura sekiranya korang abaikan.
macam anies beritahu tadi, ada tujuh buah bas dari KL. jadi korang boleh bayangkan betapa panjangnya barisan yang menunggu untuk melepasi kaunter imigresen. syukurlah hari tu hari Sabtu dan tak bercampur dengan pekerja-pekerja dari Malaysia.
dan.... perkara yang paling nak elak, berlaku juga akhirnya.😡😡
ada peserta yang tak update aplikasi MyICA Mobile dia. adoiiii.... dahlah dua kaunter je yang buka. dia pula orang keempat (beratur dalam barisan). disebabkan ini, maka lagi lamalah kami kena beratur. pegawai imigresen memang tegas bab-bab ni. melihatkan perkara ni secara tak langsung buat kami cuak. macam-macam doa kami baca supaya dipermudahkan segalanya.
Alhamdulillah, setelah hampir sejam beratur, anies dan ahli rombongan lain berjaya melepasi urusan imigresen. dalam hati, geram jugalah sebab dah penat-penat update MyICA Mobile, tapi pegawai cuma tengok passport je😤
melepaskan segala kelenguhan yang ada sementara tunggu yang lain keluar dari pemeriksaan imigresen (bangunan warna coklat). bas yang kami naiki tengah tunggu kat belakang (anies).
kira-kira jam 8.30am semua ahli rombongan yang satu bas dengan anies dah selesai pemeriksaan imigresen. tanpa berlengah, bas kami pun bergerak masuk ke Singapura.
welcome to Singapore for the 2nd time! first time anies datang pada 1998 dan masuk (imigresen) melalui Tambak Johor dengan mudah. tapi masa tu, kami pergi area Woodlands sahaja. almaklumlah, datang dengan warga emas. nak jalan-jalan pun diorang bukannya larat sangat. ketika itu, Universal Studio Pulau Sentosa ke... Marina Bay Sand ke... belum wujud lagi. so, kami berhabis duit kat sini je.
okey, tu sahaja mukadimah untuk a day trip to Singapore. nanti anies sambung lagi. thanks for reading & comments.
daaaa...
46 Words of Lo♥e
Selalu dengar orang share nak lepas border tu agak makan masa lama. Padahal kalau nak lepas border tu kejap je berapa minit dah sampai. Teringin nak pergi Temasek. Walaupun jiran je tapi tulah kita jiran atas sikit. Teringat lagu satu malam di Temasek.
ReplyDeleteya kejap je sbnr nya. tgk mood pegawai imigresen tu jg. tu yg sy dpt simpulkan laa.... kalu diorg ok, so proses msk sng je. kalu moody haa siaplah slh sikit pn bleh jd big issue. pergilah fiza... dkt dah tu temasek😀
DeleteKalau jadi issue tu yang leceh tu. InshaAllah ada rezeki masa dan modalnya sampai lah kesana nanti :)
Deletebkn staf imi temasek je. tmpt2 lain pun sama.😁
DeleteBegitulah pergi ramai-ramai.
ReplyDeleteNasib baik dapat masuk.
Sayapun lama tidak pergi Singapura dari sekolah rendah.
dpt msk tu mmg syukur sgt. tp yg x dgr arahan tu... adoiii x tau laa nk ckp apa
DeleteWoW very colorful streets! Very colorful buses! Happy November to you dear friend. Greetings.
ReplyDeletewhat a colourful life😀
DeletePergh mencabar betul perjalanan. Nasib baik selamat sampai
ReplyDeletemengalahkan travel solo😁
DeleteTravel solo ala Wak Lat susah lagi. Hehe
Deletewak hati cekal😁
DeleteI want to visit Singapore one day. Great photos. Have a nice weekend!
ReplyDeletecome! come!
DeleteBoa tarde. Obrigado pela visita e carinho. Bom final de semana com muita paz e saúde.
ReplyDeleteSeru kak ya bisa ke Tumasek a.k.a Singapore. Jalur darat pakai Bus, ngeng.. langsung jalan. Salam
ReplyDeletesesekali tukar selera, mas😀
Deletewow..ke singapore plk kita..:)
ReplyDeletedekat je kali ni😁
DeleteGeniales recuerdos, ten un buen fin de semana.
ReplyDeleteSampai skrg masi blm confident utk bawa family ke luar negara, so kami jln2 dlm negara ja thn lps & thn ni. Anies sempat lawat Botanic Garden? Cantik tpt tu.
ReplyDeleteya pergi.. insya allah nnt sy share😀
Deletebelum pernah masuk Singapore lagi. baru tahu nak masuk ke sana kena ada apps myICA tu :o strict ya diorang ni.
ReplyDeleteyap sgt strict. kalau.dpt yg tgh moody mmg mendapatlah..
Deletewow. interested utk baca next, anies.
ReplyDeletethese few days, aida blogwalking, baca tentang trip blogger ke hatyai.
ets ke utara. fun.
but s'pore pun dlm list. nak join trip mcm anies ni la.
tapi tu la, 2 years pandemik kan. tertangguh!
boleh2 kalau nak nnt sy share no. member yg jd agent tu... tak smpi rm200 pun
Deleteteringin juga nak gi spore tapi passport pun xde heh heh
ReplyDeletex pe passport boleh buat kak😀peluang belum tentu jom jom!
DeleteWonderful photos!
ReplyDeletetqvm😁
DeleteNanti sambung wak, nak baca dengan tengok gambar cecantik kat kota singaaaa
ReplyDeleteinsya allah... ada smbgn sementara sy tgh rajin ni😁
Deletehusband sering melancong ke Singapura kerna pekerjaan, istri tinggalah di rumah bersama anak-kanak.. hehehe..
ReplyDeletewahhh best tu.. kenapa mbak naia tak ikut sekali?
DeleteDh dekat sgt dgn Batam nih.. maila sini 😅😅
ReplyDeleteok wak. tggu sy dtg😂
Deletekisah yang menarik...boleh kumpul dan jadikan ebook ...mana tahu boleh jual RM10 untuk satu set...jual 1000 boleh kira sendiri berapa jumlah jualannya nanti
ReplyDeletenak buat ebook tu laa x de ms hahaha... fokus tu penting. baru konfiden nk menulis
Deleteseluar berkilat.. bukan main. hahaha
ReplyDeletejgn x tau jenuh sy menjawab sbb ramai peminat😁
Deletepi taiwan tak pakai pun. walhal dh plan nk naik basikal. haha
DeleteItulah dah ramai-ramai memang ada macam-macam perangai. Takpelah dapat juga masuk Singapore akhirnya
ReplyDeletekalau x dpt msk sy menangis guling2 kt dpt imigresen tu😂
Deletegood info anies termasuklah tips tu tq
ReplyDeletesama2 😀
DeleteBila ada yang tak patuh dengan arahan, memang melambatkanlah jadiny..
ReplyDeleteAlhamdulillah semua urusan selesai dengan baik..
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆