Menang cabutan bertuah utama

6:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisah, mama anies pergi ke suatu majlis pada malam Deepavali lepas. dia tak tahu menahu pun fasal lucky draw ni sampailah MC majlis mengumumkan, pihak penganjur nak beri hadiah kepada pengunjung bertuah.

usai majlis, seorang demi seorang dipanggil ke pentas setelah nama mereka 'dicabut (undi)'. hadiah yang ditawarkan pada malam tu, kebanyakannya peralatan elektrik termasuklah peti sejuk.

orang kata, rezeki tak pernah salah alamat... dannn...

"manakala cabutan bertuah terakhir yang bakal membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah LED TV 40 inci... menjadi milik.... Puan M!"

mama yang masa tu berada jauh dari pentas utama, terpinga-pinga bila MC sebut nama dia.

"kak, akak menanglah!" tegur salah seorang tetamu kepada mama.

"dipersilakan Puan M naik ke pentas untuk menerima hadiah," ulang MC lagi.

tanpa berlengah mama terus naik pentas dan ambil hadiah. dan inilah hadiahnya...

sekarang kat rumah kami dah ada 2 TV besar...😁😁 syok layan World Cup ni😁

thanks for reading.
daaa

p/s lambat BW🙏🙏

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

46 Words of Lo♥e

  1. Betul tu. Rezeki tak salah alamat. Tahniah Mama!

    ReplyDelete
  2. Ingat Anies yang menang tadi. Hehe besar tv baru.

    ReplyDelete
  3. siap untuk menyambut world cup 2022, selamat untuk tv 40 inch barunya

    ReplyDelete
  4. Ahamdulillah! Rezeki memang tak pernah salah kepada yang empunya diri.. Tahniah! ;)

    ReplyDelete
  5. Alahmdulillah.. Kalau da tertulis rezeki tu, memang tak akan ke mana..
    Tahniah buat mama Anies..

    ReplyDelete
  6. Suerte con el sorteo te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. tgk bola sambil otak pun berangan ke langit. hahaha

    ReplyDelete
  8. apa pun tahniah bt mama anies. murah rezeki anak2

    ReplyDelete
  9. Syukur alhamdulillah... Rezeki🤲🤲

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..kalau dah namanya rezeki, dapat juga kan Anies. Rezeki mama anies dan juga Anies dapat layan WC TV besar.

    ReplyDelete
  11. tahniahnyer., dh takyah berangan nak gi Qatar., wak pon dh balik ., hahaha

    ReplyDelete
  12. nak tumpang tengok match Jerman-Spain boleh?

    ReplyDelete
  13. Tahniah mama anies, dpt tv besar tu mmg seronok menonton ramai2 lepas ni.

    ReplyDelete
  14. Congrats kpd mama Anies!
    Selamat mengundi esok. :D

    ReplyDelete
  15. syok tu menang cabutan bertuah dpt tv besar 40 inci...kt umh akak pn ada sama brand ni tp size 32 inci je husband beli kt shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... oh ya ke? kite geng😁 x pe kecik janji boleh tgk drama korea

      Delete
  16. fuyooooo gasaklah korang pilih nak tengok tv yg mana ye

    ReplyDelete
  17. wah tahniah anies mama tumpang gumbira

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆