Pages

Friday, 11 November 2022

Singapore: Merlion Park

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan dari kompleks imigresen ke sini mengambil masa hampir 50 minit. sempat jugalah anies terlelap seketika dalam bas.

setiba di sini, our tour leader dah beritahu siap-siap. kami akan spend masa cuma 1/2 jam sahaja. sekejapnya! dalam hati rasa tak puas. tapi... lepas tu, anies rasa bersyukur sangat dapat berada kat sini sekejap je.

kenapa? teruskan membaca!

turun bas, kami terus tuju ke (statue) Merlion; yang merupakan official mascot of Singapore yang sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi.

sebaik ternampak patung berkepala singa & berbadan ikan ni, anies terus teringat gambar mama masa muda dulu. dia pernah posing depan patung ni bersama-sama kawan-kawan dia. selepas puluhan tahun, barulah anak dia sampai ke sini😂

dah tentulah kawasan sekeliling dah banyak berubah. dalam gambar lama mama tu, kawasan sekitar berdekatan masih belum banyak pencakar langit. tapi sekarang... fuh... the real concrete jungle😁

tak ada apa-apa yang istimewa kat sini kecuali aktiviti bergambar sahaja. tapiiiii.... ada sesuatu yang tak dijangka berlaku ketika baru 10 minit kami jejakkan kaki di sini.

panas terikkkkk!!!☀☀☀

dia punya panas tu.... ya rabbiiii... tak tahu nak describe macam mana. jam baru 9.00am++ tapi kehangatan tu macam dah pukul 12.00pm++!!!

mood untuk bergambar terus menjunam walaupun hari tu anies bukan pakai baju berkain tebal. lepas bergambar, kami terus cari tempat berteduh. dalam hati sempat merungut, kalau tahu cuaca panas macam ni, dah tentu anies bawa kipas siap-siap. sebab tulah bersyukur sangat-sangat bila tour guide kata, kami akan berada di sini sekejap sahaja.

bila jam menunjukkan hampir 9.40am, kami kembali semula ke tempat kami turun dari bas tadi. tak sampai 5 minit menunggu, bas pun sampai. bila dapat air cond bas, rasa macam dapat emas! nikmatnyaaaaaaa😁😁

gambar yang ada ni, yang mana sempat je anies snap. mood memang dah ke laut dalam sebab cuaca panas yakmatttt!!!

wajib ambil gambar Merlion ni, tanda kita dah pernah sampai Singapore. kalau tak nanti ada yang cakap kita photoshop😂😂😂

anies tak pasti mana satu nama jambatan ni: Esplanade Bridge atau Jubilee Bridge. nanti korang betulkan ya... jambatan ni bersebelahan / berdekatan Merlion.

yang di hujung jambatan tu (kiri) adalah Esplanade Concert Hall manakala di sebelahnya adalah Esplanade Shopping Mall.

anies tak ingat siapa cakap. katanya, lepas ni Marina Bay Sand (MBS) bakal jadi mercu tanda Singapura. sama macam bangunan KLCC yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur / Malaysia.

ada sesiapa yang tengah baca blog ni, pernah menginap kat MBS? fuhh bukan calang-calang ni. T20 yaaa...

bangunan-bangunan di belakang Merlion Park. tak silap kawasan sekitar ni dipanggil Fullerton.

bangunan ni kalau tak silap namanya One Fullerton Shopping Mall. tapi yang anies nampak, lebih banyak kafe dan restoran beroperasi di sini.

kami merayau ke sini, taman bersebelahan One Fullerton Shopping Mall. sekadar ambil gambar je...

ni... The Clifford Pier rasanya. kalau salah tolong betulkan. masih lagi berdekatan dengan One Fullerton Shopping Mall.

sementara tunggu bas sampai... sempat snap Fullerton Rd. ada yang cakap, nak melintas jalan kat Singapura ni kena tunggu betul-betul lampu hijau menyala baru boleh melintas. kalau tak, nanti kena denda. tapi... tu pun ada juga yang buat. hmm...

The Fullerton Hotel. yang ada banyak fulus tu, bolehlah bermalam kat sini hehe

malas nak posing. badan dah start melekit sana sini. panas oiiii...

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. maaflah ya kalau info yang anies kongsikan kat sini tak tepat. thanks for reading & comment.

daaa...

p/s: lambat BW.

43 comments:

  1. What a nice places:) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  2. syu pon baru ke sini last weekend.

    ReplyDelete
  3. Bestnyer dapat melancong ke Singapura
    Tapi duit dia dah mahal sekarang

    ReplyDelete
  4. Memang tidak seronok jalan dalam panas terik.
    Saya memang tidak tahu nama setiap bangunan tapi air pancut singa itu tahu juga.
    Hehe merah baju pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun main agak je. refer kat signboard yg ada. betul. mati mood sy nk bergambar dlm keadaan panas mcm tu

      Delete
  5. Ntah bila ibu merasa nak jalan-jalan ke sana..
    Ibu Aqil datang singgah sini ya.. Xoxo!

    ReplyDelete
  6. Parece un buen viaje. Y Super One es un apodo. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya veo... con suerte, algún día tendrás la oportunidad de visitar Singapur.

      Delete
  7. alahaii bilalah nak sampai singapore ni.. padahal mama ni ada sedara kat sana

    ReplyDelete
  8. teringin juga nak p spore pusing2 balik hari ja heh heh

    ReplyDelete
  9. Cuaca memang boleh mengubah mood kita.. Bila dah terlalu terik memang tak lalu nak buat apa pun.. Tapi masih cantik bergambar.. Nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... terlalu panas pun x ok terlalu sejuk pun sm😀

      Delete
  10. Kalau panas sangat atau sejuk sangat memang mood ke laut lah. nak stay Marina tu mungkin kena jual buah pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jual maknanya kempunan laa kite nk g anfield... sbb habis dah buah pinggang kena jual😁

      Delete
  11. mmg wajib gambar merlion tu. barulah singapore gittewww hehehe

    ReplyDelete
  12. Apa kabar kak Anies. dah lama saya tak buka Blog. hahaha.
    Suatu hari, ada saya keingingan untuk berkunjung ke Singapura. Tapi belum bisa karena belum ada money lagi :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. insya allah mudah2an ada rezeki mas ke singapore nnt

      Delete
  13. adik saya ada di Singapura...dan baca artikel ini teringat pulak dengan dia hehehe

    ReplyDelete
  14. wahhhh cantiknyaaaa Singapore sekaranggg! Lama tak pergiiii! You looks so sweet thereee sisss! Enjoy tauuu <3

    ReplyDelete
  15. Hello :)
    I like your blog. If you want, we follow each other. :)
    Thanks for your sharing. Have a good day :)

    Here my blog; http://morduslerkitapligi.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. selfie waktu pg boleh la bergambar puas2 tak ada org.. nanti boleh bawa Harraz. tunggu besar sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp sbb sy dtg ramai2 jd sedikit sbyk terganggu jg

      Delete
    2. ok la dlm gambar ni ada banyak ruang tak dipenuhi org. yg menarik mana2 tempat mmg tak nampak sampah kan

      Delete
    3. yap kebersihan mmg 👍👍 tp x laa terlalu bersih sgt

      Delete
    4. itulah yg di war-warkan dlm socmed. bersih sgt2

      Delete
    5. kalau tmpt tumpuan, yes. tmpt yg tersorok, mgkn ya

      Delete
  17. Sekejapnya 1/2 jam je Anies. Tak puas. Panas pulak ye cuaca kat sana. Potong mood nak bergambar tapi tempat ni wajib ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fiza. tak ada apa nk buat kecuali bergambar. so mmg bersyukur sgt2 bla cuaca panas n x berlama lamaan kt sini

      Delete
  18. singa ni, ntah bila nak bersua hidung :) ha ha
    next year la kot. balik hari naik bas.

    ReplyDelete
  19. wak dh agak mesti komplen psl panas terik berdenting tu kanns.. hehehe 😅😅 lenkali bwk payung
    btw, mn gmbr mak anies zaman dulu2 yg nostalgia sgt tuuh.. share la

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆