✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah... akhirnya perkongsian a day trip ke Singapore menemui noktahnya. dipersilakan klik link berikut untuk ikuti cerita jalan-jalan anies ke Tamasek:
>>::<<
dari Pulau Sentosa, bas kami berhenti depan Marina Bay Sands (MBS); salah satu ikonik terkenal di Singapore. masa melangkah masuk, kami jadi kaget sekejap sebab terlalu ramai umat manusia kat situ. rupa-rupanya ada majlis konvokesyen.
sementara tunggu show bermula, kami merayau-rayau sekejap dalam The Shoppes untuk cari makanan. ni kerana murtabak yang kami beli kat Restoran Zam Zam (baca kat SINI) tak dibawa sekali. sebenarnya kami tak tahu pun yang show ni merupakan agenda terakhir kami. sebab tu kami tak bawa turun murtabak tu. hmm... my bad😢😢.
hampir 20 minit kami merayau-rayau tapi sangat-sangat menghampakan sebab susah nak dapat makanan halal. akhirnya kami jumpa kedai roti. selesai membeli, kami terus ke tepi tasik untuk cari tempat duduk.
show bermula jam 8.00 malam. untuk hari Ahad - Khamis, ia berlangsung sebanyak 2 kali: 8.00 & 9.00 malam. manakala Jumaat - Sabtu, show berlangsung sebanyak 3 kali: 8.00, 9.00 & 10.00 malam. setiap show berlangsung selama 13 minit.
Discover the magic of Spectra - A Light & Water Show, a free nightly outdoor extravaganza displayed over the water at the Event Plaza. (credit)
sebahagian foto dan video yang ada:
antara pintu masuk MBS yang kami lewati... belum masuk lagi dah sesak.
The Shoppes - there are over 170 luxury and premium brands, and it is the largest luxury item store in Southeast Asia... lenguh kaki nak tawaf shopping mall ni.
show time!
short video
sebaik selesai, kami pun beredar dan keluar dari MBS. bas kami dah tunggu di seberang jalan. bye-bye Temasek! ada rezeki kami datang lagi!
dari MBS, bas terus ke ICQS untuk jalani pemeriksaan kastam dan imigresen. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan anies selamat sampai di rumah dalam jam 3.00++ pagi.
dengan ini tamatlah perkongsian a day trip ke Singapura. walaupun sekejap, tapi sangat berbaloi sebab dapat singgah banyak tempat dalam tempoh 12 jam.
insya Allah ada rezeki nak datang lagi (memandu sendiri). oh ya kalau korang berminat nak ikuti a day trip ke Singapore macam ni, boleh PM anies ya! harga pakej cuma RM150 per pax.
well thanks for reading & comment.
daaa...



















































Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam