Singapore: Spectra - A Light & Water Show @ Marina Bay Sands
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah... akhirnya perkongsian a day trip ke Singapore menemui noktahnya. dipersilakan klik link berikut untuk ikuti cerita jalan-jalan anies ke Tamasek:
>>::<<
dari Pulau Sentosa, bas kami berhenti depan Marina Bay Sands (MBS); salah satu ikonik terkenal di Singapore. masa melangkah masuk, kami jadi kaget sekejap sebab terlalu ramai umat manusia kat situ. rupa-rupanya ada majlis konvokesyen.
sementara tunggu show bermula, kami merayau-rayau sekejap dalam The Shoppes untuk cari makanan. ni kerana murtabak yang kami beli kat Restoran Zam Zam (baca kat SINI) tak dibawa sekali. sebenarnya kami tak tahu pun yang show ni merupakan agenda terakhir kami. sebab tu kami tak bawa turun murtabak tu. hmm... my bad😢😢.
hampir 20 minit kami merayau-rayau tapi sangat-sangat menghampakan sebab susah nak dapat makanan halal. akhirnya kami jumpa kedai roti. selesai membeli, kami terus ke tepi tasik untuk cari tempat duduk.
show bermula jam 8.00 malam. untuk hari Ahad - Khamis, ia berlangsung sebanyak 2 kali: 8.00 & 9.00 malam. manakala Jumaat - Sabtu, show berlangsung sebanyak 3 kali: 8.00, 9.00 & 10.00 malam. setiap show berlangsung selama 13 minit.
Discover the magic of Spectra - A Light & Water Show, a free nightly outdoor extravaganza displayed over the water at the Event Plaza. (credit)
sebahagian foto dan video yang ada:
antara pintu masuk MBS yang kami lewati... belum masuk lagi dah sesak.
The Shoppes - there are over 170 luxury and premium brands, and it is the largest luxury item store in Southeast Asia... lenguh kaki nak tawaf shopping mall ni.
show time!
short video
sebaik selesai, kami pun beredar dan keluar dari MBS. bas kami dah tunggu di seberang jalan. bye-bye Temasek! ada rezeki kami datang lagi!
dari MBS, bas terus ke ICQS untuk jalani pemeriksaan kastam dan imigresen. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan anies selamat sampai di rumah dalam jam 3.00++ pagi.
dengan ini tamatlah perkongsian a day trip ke Singapura. walaupun sekejap, tapi sangat berbaloi sebab dapat singgah banyak tempat dalam tempoh 12 jam.
insya Allah ada rezeki nak datang lagi (memandu sendiri). oh ya kalau korang berminat nak ikuti a day trip ke Singapore macam ni, boleh PM anies ya! harga pakej cuma RM150 per pax.
well thanks for reading & comment.
daaa...
34 Words of Lo♥e
Cuci mata sahaja di The Shoppes.
ReplyDeleteAsyik tengok pertunjukan warna-warni.
ya NA. kalau $$ bertimbun dah senget bahu pikul beg Dior hahahhaa
Deletebagusnya pertunjukan malam itu, kak
ReplyDeleteya betul. sebab tu ramaiiiiii sangat penonton
Deletekaget ko kat temasek ya anies
ReplyDeletesesekali kak😁
DeleteWalaupun a day trip tapi banyak tmpt2 yg anies pegi. Bestnya! ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah...kelebihan pegi dgn agent mcm tu lah. dpt cover byk tmpt. kalau g sendiri mmg tak laa jd mcm tu hehehe
Deleteteringat light show kita tengok kat HK. Tak mo PM ikut pakej. Nak PM kalau ko nak gi drive sendiri. Hihi
ReplyDeleteha ah laa cm ne bleh lupa yg HK tu ek? hahaha adehhh... drive sendiri? boleh dgn syarat ko tak payah ikut lalalalalalaallalalaallalalala
Deletethis looks truly amazing
ReplyDeleteabsolutely😀
DeleteQue lindo espectáculo te mando un beso.
ReplyDeleteUna de las atracciones nocturnas que debemos ver antes de salir de Singapur
Deleterasa mcm tak puas kalau pi sehari.. haha. 2 hari baru cukup
ReplyDeletemmg x ckp. kalau 2 hari tu sbb msk USS sehari suntuk😁
Deletenk puas duduk seminggu. hahha
Deletemcm x nk blk je tu😂😂
Deletehuwaa..jauh nak join trip anies..huhu
ReplyDeletetrip ni boleh buat dari kelantan terus ke singapore and return. dengan syarat, mesti ramai. at least 20 orang
DeleteBiar betul rm150 per pax.. yg show time tu anies tgk fountain yg menari dan ada lagu2 ke?
ReplyDeleteyap betul sis. RM150 je per pax naik dr KL sentral breakfast inclusive
Deleteyap ada lagu background. muzik je...
Dah lama saya tak ke singapur. Sebenernya sebelum pandemi lumayan sering, tapi hanya transit di Changi. Lanjut ke destinasi lain. Terakhir stay di sana dah lama 2013 agaknya.
ReplyDeleteMenarik paket trip nya kak. Bisa saya pesan kalo nanti ada plan ke Malaysia. Lumayan bisa mampir singapur sbntar ajakin anal2
bisa diatur mbak😁nanti kalau datang sini boleh DM saya in case nak try a day trip ke singapore ya
DeleteKena baca dari mula ni, baru feel
ReplyDeletesila sila😁
DeleteSaya datang balik ni… nak jalan2 Singapore satu hari 😁
Deleteboleh insya allah
Deletelaa susah juga rupanya nk cari makanan halal kat situ
ReplyDeleteteramatttt susah! mc D pun tak ada. foodcourt x yah ckp laa penuh non halal semata
Deletes'pura ni memang dlm wishlist utama aida, Nies.
ReplyDeletetapi tu la. dek PKP 2 tahun, dah terlajak program jjcm di s'pura 3 tahun.
plan pun naik bas gi balik hari je. dari Melaka, Nies. in shaa Allah.
boleh tu insya allah
Deleteingtkn tahun lepas anies g spore, rupanya awal tahun nih kann., next year leh try Tulipmania kat Gardens by the Bay ni jugak, chantek tawwww., hehe #kasiracun
ReplyDeletebtw, kol 3am smpi KL ke? laju bas tuhh ;p
sy g thn lps wak update je yg lambat
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆