Miss Siam @ Bandar Baru Seri Alam, Johor

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿


Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak kepada En Hafiz yang sudi belanja lunch kat sini. 

"nak makan apa?" tanya En Hafiz sebaik kami masuk kereta.

"apa-apa jelah En Hafiz. kami tak familiar area sini."

yelah... kami bukan orang JB. kalau bawa makan tepi jalan pun kami okey je. orang nak belanja, kannn...😁😁😁

setiba di restoran Miss Siam, pelanggan tak ramai walaupun dah lunch hour. jadi kami terus cari tempat duduk dan lepas tu, waiter pun datang untuk serahkan menu.

anies pilih Thai basil chicken & milk tea. yang 2 orang lagi tu, anies tak tahu apa nama menunya. sekali tengok macam nasi goreng.

menu yang anies makan ni, perghhh bedesing dia punya pedas🌶️🌶️ masa tengah makan, try teguk sikit air milk tea tu. perghhh... makin menjadi-jadi pedasnya. berasap telinga!😂😂

penangan masakan Thai memang macam tu. kalau pedas, memang betul-betul pedas. kalau masam, memang berkerut dahi. tapi pedas or masam macam mana pun, tetap nak habiskan makanan😂😂 betul tak?

selesai makan, tiba-tiba hujan turun. mula-mula staf restoran alihkan meja. tapi bila dah tempias teruk, kami terus pindah meja lain😂

bila dah reda, barulah kami beransur. Alhamdulillah... makanan kat sini menepati selera esp. buat pencinta masakan Thai. insya Allah ada rezeki datang ke JB lagi, anies pasti akan singgah sini.

selagi lagi, terima kasih En Hafiz kerana sudi belanja kami. mudah-mudahan niat En Hafiz nak kembangkan bisnes nanti, akan terbuka luas dan diredai-Nya.

p/s kalau korang nak dapatkan nasihat untuk hire pekerja asing directly dari negara terpilih tanpa melalui agent, silakan PM En Hafiz ni. nak nombor hp dia, boleh WA anies dulu, ya.

lokasi restoran ni senang je. terletak bersebelahan/belakang Regency Specialist Hospital. credit photo: Twitter @visitjohor_

pelbagai menu masakan Thai ada di sini termasuklah famous dessert macam pulut mangga! dari segi harga, berpatutan. kalau ke sini better korang pilih menu set sebab lagi jimat dan berbaloi.

suasana dalam restoran.

suasana luar/koridor restoran.

Thai basil chicken & milk tea pilihan anies. mangkuk/piring kat Miss Thai ni unik dan ada macam-macam design. i like!!!

diorang punya menu, kiwi frappe & Thai green tea. bila nasi goreng diletak dalam mangkuk macam tu, diorang siap tergelak sebab tak pernah makan nasi goreng dalam mangkuk😂

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW banyak tak langsai lagi. insya Allah anies akan terjah blog korang bila free ya!

thanks 4 reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

24 Words of Lo♥e

  1. Nmpk mcm biasa je tp pedas ek.. eh taip pn dh mcm org jdt.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt pedas... tak tahu laa tang mn yg pedasnya sbb tgk menu biasa je... hehe jd org jdt sekejap tak pe

      Delete
  2. Tengok makanan Anies macam tidak pedas.
    Betul unik pinggan bentuk pentagon. Boleh ajar anak-anak bentuk dan nama. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas NA oiiii.... acu tgk gmbr kt menu tu siap ada lada lg😂 jgn buat mainan udah ler... kaca tu tau😁

      Delete
  3. Best nyer makan. Makan 🌹🌹mee siam... Ahaaa lar mangkuk nyer lain dari yang lain

    ReplyDelete
  4. Aiisssh, langsung terliur lihatnyaaa kak 😍😍😍. Saya pun sukaaa sangat kuliner Thailand. Memang cocok di lidah. Kalo dah rindu sangat nak ke Thailand, untungnya di Jakarta ada resto Thai yang cocok Ama selera dan halal.

    Ini catat dulu restoran di atas, ntah2 ada masa nak ke JB, saya bisa mampir kesini 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kalau kat sana kena cari resto thai halal ya?
      sila sila! mana tau dtg sini nanti, 'sesat' sampai ke JB😁

      Delete
  5. mmm those dishes look very jummy

    ReplyDelete
  6. basil chicken tu fav mama tu, kalau letak telur mata lagi sedap oo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.... dah mkn br teringat telur mata😁

      Delete
  7. Parece un buen lugar, te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eso es. un buen lugar para comer y conveniente. para los amantes de la comida tailandesa, esta es una buena opción para disfrutar de una buena comida

      Delete
  8. Saya juga gak pernah makan nasi goreng dalam mangkok. Lucu juga ya.

    ReplyDelete
  9. En Hafiz single ke, kalau single nk pm. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya makan nasi di mangkuk bersegi lima... yum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis laa semua tertarik dgn pinggan pentagon hahaha

      Delete
  11. org belanja kan.. terima seadonya. haha. nampak sedap menunya

    ReplyDelete
  12. mcm susah nk makan kalau pinggan size mcm tu. tak terkeluar ke nasi dan lauk. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm gmbr nmpk kecik tp sbnr nya lebar jg laa... cuma x sesuai kalau mknn berkuah. sng tumpah

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆