Business Email Compromise
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tahukah korang apa itu Business Email Compromise (BEC)? pernah dengar tentang BEC sebelum ni? mungkin... pernah dengar tapi ingat-ingat lupa?
thats okay. bagi yang belum tahu apa itu BEC, korang dijemput untuk teruskan pembacaan ni ya!
>>::<<
BEC merupakan satu daripada trend terkini jenayah komersial yang ada / berlaku dalam masyarakat tanpa mengira tempat. since teknologi menjadi sebahagian daripada hidup manusia pada masa kini, maka tidak mustahil akan ada 'species' yang mengambil kesempatan atau dalam kata lain, melakukan kejahatan di sebalik 'kebaikan' teknologi.
emel juga satu daripada 'ciptaan' teknologi yang telah banyak memberi manfaat dan memudahkan tugasan harian lebih-lebih lagi kepada golongan pekerja. begitu juga dalam dunia perniagaan. emel masih lagi relevan pada hari ini meskipun telah wujud aplikasi yang lebih mudah dan mesra pengguna seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
jadi, bagaimana jenayah BEC dirancang dengan rapi oleh penjenayah?
MODUS OPERANDI BEC
berikut adalah modus operandi BEC yang telah diringkaskan pihak polis (PDRM):
1. A dan B merupakan rakan niaga dan saling berhubung menggunakan emel.
2. A ada menerima emel yang dikirim B dan kandungan emel tersebut menyebut tentang pertukaran akaun bank syarikat milik B.
3. A tidak menyedari bahawa alamat emel yang asal dengan alamat emel yang dihantar suspek berbeza.
nampak tak (contoh) perbezaan alamat emel penghantar?
4. A membuat bayaran ke akaun bank yang diberi suspek.
5. A menyedari yang dia telah ditipu apabila rakan niaga menghubunginya dan memaklumkan bahawa dia belum menerima sebarang bayaran.
mungkin ada yang menganggap jenayah BEC tidak sebesar atau serumit jenayah-jenayah komersial yang lain. tapi sebagai pengguna emel, kita perlu cakna akan perkara ini.
TIP & NASIHAT POLIS
1. elakkan menekan (klik) mana-mana pautan yang ada dalam emel yang diterima daripada pihak tidak dikenali.
2. semak emel dengan teliti.
3. hubungi rakan niaga menerusi telefon untuk mengesahkan pertukaran akaun.
4. pastikan komputer di pejabat memasang dan mengemaskini ANTIVIRUS bagi mengelak serangan MALWARE.
diharapkan menerusi perkongsian ringkas ini dapat membantu kita terhindar daripada perangkap BEC.
(dipetik dan diubah suai daripada ebook Trend Terkini Jenayah Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia)
thanks for reading.
daaa
38 Words of Lo♥e
TERIMA KASIH PERKONGSIAN INFO ANIES
ReplyDeletesama sama
DeleteSemakin hari semakin banyak jenayah siber
ReplyDeletebetul. dan kesedaran ramai tu masih krg lg
DeleteThanks for sharing. Memang macam-macam taktik scammer
ReplyDeletePDRM senaraikan ada 42 jenayah komersial!
Deletekena scam tanpa sedar. macam-macam modus operandi scammer sekarang.
ReplyDeletesbb tu penting utk kita sebarkan kesedaran kpd masyarakat...
DeleteSiempre hay que tener cuidado. Te mando un beso.
ReplyDeleteAsí es. Y al mismo tiempo debemos ayudar a crear conciencia entre la comunidad.
Deletemacam-macam taktik scammer sekarang ni..
ReplyDeletelg canggih teknologi lg ligat kepala diorg
DeleteMacam2 bisnis yang bisa dilakukan orang zaman sekarang ya, Anis.
ReplyDeleteselagi ada 'tangan jahat' masalah takkan selesai
DeleteBeautiful blog
ReplyDeletethanks dear
DeleteSy mmg jarang layan email stranger.. ada je idea nk scam.. hati2lah semua ye
ReplyDeletesy pn sama. kdg sy layan jg terutama yg konon2 nk kasi kite duit tu😂
DeleteDulu saat masih kerja di HSBC bank, semua staff rutin ikut training ttg kejahatan financial melalui cyber nih. Termasuk phising. Kami dilarang keras utk klik link apapun yg berasal dari email tak jelas. Kadang office secara random kasih tes utk staff. Dikirimin email dengan tautan link, dan ingin lihat reaksi dan tindakan dr staff. Kalo dia klik link itu, wassalam lah, siap2 nak trima surat penalty Dr kantor 🤣🤣. Tapi kalo dia langsung laporkan email tadi ke departemen terkait, congrats, dia lulus tes
ReplyDeletestaf bank lagi besar dugaannya. tapi itu pun ada yang tertewas. jadi orang dalam yang membocorkan maklumat hingga customer hilang duit saving...
Deleteso far pengalaman kerja di HSBC menyenangkan?
Makin advance teknologi, makin advance scammer buat angkara.
ReplyDeleteselagi ada tangan2 jahat....
DeleteTangan-tangan jahat ni ada akal bijak… tapi salah guna
Deleteorg tamak mmg begitu
DeleteSusahnya kan..hmm..Mesti ada je yg buat onar men scam scam org..Kejam hatinya..huh!
ReplyDeletenafsu serakah mengatasi segalanya
Deletejarang dapat membaca artikel anies yang menggunakan bahasa standard begini..boleh tahan juga bahasanya...cuma agak terkesima seketika hehehe
ReplyDeleteperkongsian sy x terikat dgn mana2 genre. ada kala serius adakala cuma melawak je. sy cuba letakkan diri sbg pembaca bla tulis blog. sbb nya nak elak kebosanan. tu je
DeleteScammer2 terlalu bijak & licik, kita pun terpaksa update diri & berwaspada. Pening kepala bila mslh2 mcm ni berlaku. Terpaksa buat laporan polis, siasatan dalaman, dll. Mudah2an x akan berlaku pd kita.
ReplyDeletebetul sgt. kita rs dah terbaik dah. tp dia dpt jg 'tembus'
Deletescammer skrg mcm2 jenis dan modus operandi.. kena lebih hati2
ReplyDeletebetul. apa shj urusan yg melibatkan wang selalunya... tlg laa extra careful
Deleteberhati2 sbb malang tak berbau
Deleten byk kn membaca
Deleteoh iya kak, Indonesia lagi ramai penipuan via link whatsapp atau DM instagram.. Kejahatan zaman ini bukan main, benar-benar harus berhati-hati
ReplyDeletemana2 pun sama mbak naia. rakus, tamak dan mau kaua cepat
DeleteMakin banyak cara dan usaha untuk menipu.. Geram je..
ReplyDeletelg canggih lg byk penipu
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆