Aku pergi

5:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Seandainya diberi pilihan
Walau bukan atas kemahuan
Melenyapkan segala keraguan

Inikah pengakhirannya?
Atau kembali ke garisan mula
Terselindung di sebalik nyata

Kuatkah kaki melangkah?
Moga keadilan akan menyebelah
Memori itu tinggalan sejarah

Menghitung hari terakhir
Air mata usah mengalir
Kerna sinar belum tergelincir

Salam akhir aku hulurkan
Maaf dipinta dosa ampunkan
Terima kasih atas kesempatan

Aku pergi
Membawa sarat perasaan
Tiada tepi.

(anies 310123)

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

44 Words of Lo♥e

  1. Replies
    1. mudah mudahan aminnn terima kasih mama louis

      Delete
  2. Pergilah
    Semoga ketemu pelangi yang indah

    ReplyDelete
  3. Uit.. Nape ni? Nanti aku wasap ko. Harap semuanya OK dan Allah angkat perasaan sedih,ganti dengan lebih baik

    ReplyDelete
  4. Beautiful words

    Kak Anies pintar bersajak

    ReplyDelete
  5. Aku pergi,
    Bukan tanda benci,
    Bukan larikan diri,
    Tapi untuk kembali ke tempat hakiki.

    ReplyDelete
  6. Anies nak pergi ke mana tu?

    ReplyDelete
  7. Puisi yang penuh makna..
    I hope everything is going to be ok.

    ReplyDelete
  8. Profundo poema . Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. Mrs. A tak tahu apa sebenarnya yang sedang Anies hadapi.
    Hanya mampu doakan Anies tabah dan yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  10. jangan kau pergi anies..klu awak pergi melancong lama nau nak habiskan entry seterusnya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe dah siap draf tggl nk publish je😁😁

      Delete
  11. tetiba jiwang ni mst ada sesuatu yg mengguris perasaan... semoga baik² saja ya anies.. jgn la bermuram durja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg kala terasa hati jg dgn keadaan... tp susah mcm mn pun hidup kn teruskan...

      Delete
  12. Replies
    1. tinggi sangat pujiannya tu. sekadar kata2 spontan

      Delete
  13. Kenapa ni? Tenang ya. Moga yang sarat dah mula ringan, yang kusut dah dapat dilerai.

    ReplyDelete
  14. Kak Anies kenapa? Macam sedih rasa puisinyaa 🤗. Semoga apapun yang terjadi, Kaka selalu kuat dan sabar menghadapi ya ❤️

    ReplyDelete
  15. Walau apa pun yang terjadi, Sha doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Anies..
    Semogaditunjukkan hikmah yang manis atas apa yang berlaku.. Take your time, heal your heart, Semoga sentiasa dalam Rahmat Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sha atas kata2 alhamdulillah sy dah ok skrg

      Delete
  16. pergi merawat hati.
    moga kembali dgn riang ria di jiwa ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah pergi dan kembali semula ke tmpt asal. terima kasih👍

      Delete
  17. Semoga sehat dan bahagia selalu, kak

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆