Pages

Thursday, 19 January 2023

Business Email Compromise

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tahukah korang apa itu Business Email Compromise (BEC)? pernah dengar tentang BEC sebelum ni? mungkin... pernah dengar tapi ingat-ingat lupa?

thats okay. bagi yang belum tahu apa itu BEC, korang dijemput untuk teruskan pembacaan ni ya!

>>::<<

BEC merupakan satu daripada trend terkini jenayah komersial yang ada / berlaku dalam masyarakat tanpa mengira tempat. since teknologi menjadi sebahagian daripada hidup manusia pada masa kini, maka tidak mustahil akan ada 'species' yang mengambil kesempatan atau dalam kata lain, melakukan kejahatan di sebalik 'kebaikan' teknologi.

emel juga satu daripada 'ciptaan' teknologi yang telah banyak memberi manfaat dan memudahkan tugasan harian lebih-lebih lagi kepada golongan pekerja. begitu juga dalam dunia perniagaan. emel masih lagi relevan pada hari ini meskipun telah wujud aplikasi yang lebih mudah dan mesra pengguna seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

jadi, bagaimana jenayah BEC dirancang dengan rapi oleh penjenayah?


MODUS OPERANDI BEC

berikut adalah modus operandi BEC yang telah diringkaskan pihak polis (PDRM):

1. A dan B merupakan rakan niaga dan saling berhubung menggunakan emel.

2. A ada menerima emel yang dikirim B dan kandungan emel tersebut menyebut tentang pertukaran akaun bank syarikat milik B.

3. A tidak menyedari bahawa alamat emel yang asal dengan alamat emel yang dihantar suspek berbeza.



nampak tak (contoh) perbezaan alamat emel penghantar?


4. A membuat bayaran ke akaun bank yang diberi suspek.

5. A menyedari yang dia telah ditipu apabila rakan niaga menghubunginya dan memaklumkan bahawa dia belum menerima sebarang bayaran.


mungkin ada yang menganggap jenayah BEC tidak sebesar atau serumit jenayah-jenayah komersial yang lain. tapi sebagai pengguna emel, kita perlu cakna akan perkara ini.


TIP & NASIHAT POLIS

1. elakkan menekan (klik) mana-mana pautan yang ada dalam emel yang diterima daripada pihak tidak dikenali.

2. semak emel dengan teliti.

3. hubungi rakan niaga menerusi telefon untuk mengesahkan pertukaran akaun.

4. pastikan komputer di pejabat memasang dan mengemaskini ANTIVIRUS bagi mengelak serangan MALWARE.


diharapkan menerusi perkongsian ringkas ini dapat membantu kita terhindar daripada perangkap BEC.

(dipetik dan diubah suai daripada ebook Trend Terkini Jenayah Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia)

thanks for reading. 
daaa

38 comments:

  1. TERIMA KASIH PERKONGSIAN INFO ANIES

    ReplyDelete
  2. Semakin hari semakin banyak jenayah siber

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. Memang macam-macam taktik scammer

    ReplyDelete
  4. kena scam tanpa sedar. macam-macam modus operandi scammer sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu penting utk kita sebarkan kesedaran kpd masyarakat...

      Delete
  5. Siempre hay que tener cuidado. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Así es. Y al mismo tiempo debemos ayudar a crear conciencia entre la comunidad.

      Delete
  6. macam-macam taktik scammer sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. Macam2 bisnis yang bisa dilakukan orang zaman sekarang ya, Anis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada 'tangan jahat' masalah takkan selesai

      Delete
  8. Sy mmg jarang layan email stranger.. ada je idea nk scam.. hati2lah semua ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn sama. kdg sy layan jg terutama yg konon2 nk kasi kite duit tu😂

      Delete
  9. Dulu saat masih kerja di HSBC bank, semua staff rutin ikut training ttg kejahatan financial melalui cyber nih. Termasuk phising. Kami dilarang keras utk klik link apapun yg berasal dari email tak jelas. Kadang office secara random kasih tes utk staff. Dikirimin email dengan tautan link, dan ingin lihat reaksi dan tindakan dr staff. Kalo dia klik link itu, wassalam lah, siap2 nak trima surat penalty Dr kantor 🤣🤣. Tapi kalo dia langsung laporkan email tadi ke departemen terkait, congrats, dia lulus tes

    ReplyDelete
    Replies
    1. staf bank lagi besar dugaannya. tapi itu pun ada yang tertewas. jadi orang dalam yang membocorkan maklumat hingga customer hilang duit saving...

      so far pengalaman kerja di HSBC menyenangkan?

      Delete
  10. Makin advance teknologi, makin advance scammer buat angkara.

    ReplyDelete
  11. Susahnya kan..hmm..Mesti ada je yg buat onar men scam scam org..Kejam hatinya..huh!

    ReplyDelete
  12. jarang dapat membaca artikel anies yang menggunakan bahasa standard begini..boleh tahan juga bahasanya...cuma agak terkesima seketika hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian sy x terikat dgn mana2 genre. ada kala serius adakala cuma melawak je. sy cuba letakkan diri sbg pembaca bla tulis blog. sbb nya nak elak kebosanan. tu je

      Delete
  13. Scammer2 terlalu bijak & licik, kita pun terpaksa update diri & berwaspada. Pening kepala bila mslh2 mcm ni berlaku. Terpaksa buat laporan polis, siasatan dalaman, dll. Mudah2an x akan berlaku pd kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt. kita rs dah terbaik dah. tp dia dpt jg 'tembus'

      Delete
  14. scammer skrg mcm2 jenis dan modus operandi.. kena lebih hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. apa shj urusan yg melibatkan wang selalunya... tlg laa extra careful

      Delete
    2. berhati2 sbb malang tak berbau

      Delete
  15. oh iya kak, Indonesia lagi ramai penipuan via link whatsapp atau DM instagram.. Kejahatan zaman ini bukan main, benar-benar harus berhati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 pun sama mbak naia. rakus, tamak dan mau kaua cepat

      Delete
  16. Makin banyak cara dan usaha untuk menipu.. Geram je..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆