Siem Reap, Cambodia: ke Angkor Enterprise + tiket masuk Angkor Wat

10:30 am

✿...السلام عليكم✿

Kami ke tempat ni cuma dengan satu tujuan iaitu nak beli tiket masuk ke Angkor Wat pada keesokkan harinya. Salim cakap, boleh je kalau nak beli esok, tapi memandangkan kami akan keluar awal pagi, so better kami beli siap2. taklah kelam kabut nanti.

jarak dari restoran abang Salim ke Angkor Enterprise ni lebih kurang 5.7km. sepanjang jalan, dapatlah kami menjamu mata melihat pelbagai gelagat manusia (termasuklah haiwan - lembu putih - sampai jakun kitorang dibuatnya sebab macam tak pernah pun jumpa lembu putih kat Malaysiayang sibuk dengan urusan harian mereka.

bila tengok semua situasi ni, kami puji dengan penduduknya yang gigih dan berusaha demi membangunkan sosio ekonomi mereka. buktinya, di mana2 sahaja terdapat gerai2 jualan selain lot2 kedai dan pasaraya. kalau nampak pengemis tu, adatlah kan... negara mana yang tak ada pengemis? cer beritau! nak juga anies pergi negara tu nak tengok betul ke tak ada pengemis jalanan...

back to the title... bila dah sampai sini, terasa macam bangunannya masih berbau cat. padahal tak de pun baru cat. cuma tengok dari luar je dah boleh agak, bangunan ni baru dibina. tekaan kami memang betul. sebelum ni, kalau nak beli tiket, kaunternya terletak tidak jauh dari Angkor Wat.

so, kat sini tempatnya lebih luas dan selesa. kemudahan seperti parking, kedai cenderahati pun senang nak peroleh selain tandas.

so kesimpulannya kewujudan Angkor Enterprise ni satu langkah bijak bagi melancarkan urusan pembelian tiket khusus untuk para pelancong yang rata2nya datang dari luar Cambodia (so you have to thank to Angelina Jolie LOL - if u know what i mean). cuma yang tak berapa nak bijak adalah, harga tiket dah makin mahal! dulu katanya 25USD, sekarang 37USD! cekik darah betul!!! tu baru tiket untuk sehari (1 day pass).

bagi photographer dan pencinta sejarah, manalah cukup sehari kan... paling kurang makan masa 3 hari. memang ada 3 days pass dan harganya pun boleh tahan mahal juga laa...

tapi kami ni level acah2 pencinta sejarah / photographer je. so, dengan sekali snap dan sekali baca info pun dah cukup untuk dihadamkan 😂😂😂😂... lagi pun nanti bukannya balik Malaysia kami nak kena jawab soalan SPM Sejarah kan... 😂😂😂😂

lepas beli tiket, kami merayau2 sekejap kat kawasan baru ni.  pastu baru balik hotel... letih lor... dah laa pagi2 buta dah kena bangun. sampai je kat SR belum sempat rehat pun. so, hari pertama kami di SR berakhir kat Angkor Enterprise.


pintu masuk... cantik binaannya...



kawasan parking nan luas... 

Salim, yang pakai spek berbaju coklat... tengah suruh kitorang beratur untuk beli tiket... tengok kat belakang tu... mat saleh semata... nampak sangat diorang terpengaruh dengan Tomb Rider dan Angelina Jolie hahahaha

bahagian depan kaunter... tampak lengang...

sama... ruang depan kaunter tiket...

kedai cenderahati... anies tak beli apa2 pun kat sini. cuma cuci2 mata je

ni la tiket masuknya... siap ada gambar. gambar tu snap kat kaunter. kalau tak silap korang kena serahkan sekali passport masa membeli. reason letak gambar kat tiket? rasanya nak elak scammer kot... ye laa... Angkor Wat tu kan terkenal seantero dunia... antara 7 Wonders... so pasti ramai nak ambil kesempatan kan...

selesai membeli tiket, kami merayau2 kat sini. ni bangunan apa ntah... tak de signboard kat situ... kat sini kami lebih banyak buang 'tabiat' hahaha... selfie, melompat2 dan terkinja2... Salim tengok pun geleng 44 kali... tak caya? tengok gambar2 kat bawah ni! 👇👇👇

nak dapatkan aksi macam ni, entah berapa gulung kodak gugur syahid... susah ooo... semput gak laa kah kah!

blogger nina pun sibuk nak try buat macam anies... naik fed up PG tangkap gambar ni asik tak jadi hahahaha... #guraujer

Put pun nak try jugakkk... tak sedo tadi dah baham nasi berpinggan2... karang ada yang termuntah balik... hahahah #guraujer 

ni gaya 100 meter versi Khairul Hafiz Jantan sebaik sahaja tembakan dilepaskan... kah kah!

bila tenaga dah tinggal 1 bar je... maka terhasillah gaya tiang letrik... kah kah! #guraujer

okey lah... dah penat posing... nak balik hotel walaupun hari masih awal... masing2 dah angkat bendera putih...

then... thanks 4 reading...

daaa....

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

21 Words of Lo♥e

  1. cam gini wak ajar, kalo nk amek gmbr org melompat tu, kamera kene rendah kat lantai tanah baru nmpk tinggi lompatan ittewww., aiyahh, tu pon wak nk ajar kee., kehkeh2 wak gurau2 je

    ReplyDelete
  2. Angkor Wat saya belajar dalam buku sejarah Asia..atau sejarah Dunia..

    dah tak ingat..

    mungkin selepas melancomg ke sini..

    boleh la ingat dengan jelas la nanti.

    ReplyDelete
  3. Mak aiih...usd37..boleh tahan jugak tu reganya.
    Tapi mungkin berbaloi dengan pengalaman yang dapat.

    ReplyDelete
  4. Kalau xde gambar,kang kita jual tiket kt org lain plak. Dah rugi. Sakan hampa melompat na

    ReplyDelete
  5. Menariklah tempat ni.. baru tau nak masuk Angkor Wat tu kena guna passport juga. Mmg mereka jaga betul2 khazanah negara ye. Best pengalaman ni :)

    ReplyDelete
  6. tudia.. sakan melompat.. hehehe

    ReplyDelete
  7. hahaha.. nk bg link lah boleh x? 😂😂 time ni ya ampun rasa nk landing atas jalan. letih dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tp kn byr dulu dgn duit kiyat hahaha

      Delete
  8. Wah suka mama tgk gambar lompat-lompat2 tu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆