Đà Lạt, Vietnam: Đồi chè Cầu Đất Farm

11:39 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, nak gelakkan diri sendiri😂😂😂😂

punyalah lama peram buat ikan pekasam nak sambung cerita jalan-jalan ke Dalat ni... 

selain malas 😂😂😂 nak transfer gambar dari kamera pun satu hal juga 😂😂😂 adoiii parah betullah kau ni, anies

p/s dear blogger Salbiah M, mana cerita Dalatmu?😉😉😉

tak apalah. sementara ada mood ni, better anies sambung walaupun ceritanya dah basi. tapi korang tetap excited nak baca kan? kan? kan? 😂😂😂 

okey, dengan lafaz Bismillah, anies sambung semula cerita jalan-jalan ke Dalat. untuk baca entry terdahulu, korang dipersilakan klik kat SINI & SINI ya.

>>::<<

hari terakhir di Dalat, lepas bersarapan kat Restaurant Fatimah (refer entry INI), bas yang dinaiki terus bawa kami ke sini. perjalanan sejauh 22KM ni mengambil masa lebih kurang 35 minit

pemandangan awal pagi di sepanjang perjalanan sangat menarik sebab kita dapat menyaksikan aktiviti penduduk yang mula laksanakan tugasan masing-masing.

tapi... anies tak dapat nak hayati pemandangan tu sebab mengantuk yakmat! bila dengar enjin bas dimatikan, celik-celik mata je terus nampak pemandangan menakjubkan! eh, kat mana ni?

tanpa buang masa, terus capai beg dan kamera lalu turun bas. sebaik keluar... warghhhh nyamannya udara kat sini! sejuk pula tu! walaupun tak berkabus macam kat Cameron Highlands tu, tapi suasananya dah cukup memukau lagi mendamaikan.

anies perhatikan kebanyakan ahli rombongan, sebaik turun bas diorang terus menonong masuk ke kafe/kedai. apa lagi... nak 'buang duit' laa tu 😂😂😂 

since pak cik dan mak cik pun tengah sibuk bergambar, anies pun join sekaki. kami sempat merayau kawasan sekeliling, berOOTD, posing sana posing sini habiskan Kodak sampai puas hati. tambah pula scenery kat sini memang superb! kalau buat outdoor photo shoot, memang kebabom laa gambar korang.

oh, ya Doi Che Cau Dat Farm ni antara ladang teh terkenal kat Dalat. dah wujud lebih 100 tahun since zaman penjajahan Perancis lagi. ia antara tempat wajib dilawati kalau dah sampai Dalat. no entrance fee. tu yang best nya. 

kalau nak ke sini (tanpa agent atau persendirian), korang boleh sewa kenderaan kat bandar Dalat. tak ada transport khusus (kecuali teksi) untuk bawa korang ke sini, ya.

more info about Doi che Cau Dat Farm, click HERE.

well, nak cerita apa lagi? layankan jelah gambar yang ada ni ya. agak banyak jugalah. harap korang tak muntah 😆😆😆

bahagian depan ladang

sebaik turun bas, scenery nilah yang akan korang nampak dulu... tapi pengunjung tak boleh masuk kawasan ni. agak tinggi juga tebing dari tempat anies berdiri ni untuk ke bawah.

haruslah bergambar dulu sebelum merayau...😂😂

scenery ladang teh di bahagian belakang dari jalan raya. kiranya jalan raya nilah yang memisahkan kawasan ladang teh di depan dan di belakang. lagi satu, kat sini tak ada parking khas. semua kenderaan berhenti tepi jalan. but don't worry, jalannya tak sibuk sebab laluannya khas untuk pelawat/pekerja ladang teh sahaja.

 
kedai / kafe

bahagian depan kedai/kafe. masa kami sampai sini, pengunjung tak ramai lagi. sebab waktu masih pagi lagi.

suasana dalam kedai/kafe. apa sahaja produk teh yang diingini, ada di sini. fulus je yang tak ada 😂😂😂

kafe. nak minum dan lepak-lepak boleh naik ke tingkat atas sambil layan scenery cantik.

bahagian belakang ladang

dari bawah nampak macam tinggi je tapi once dah mendaki terasa landai je. don't worry. tak cukup stamina pun boleh sampai ke puncak tu. jom jalan! kecutkan lemak-lemak degil

ini laluannya yang 'dihampari (bilangan) tahun. bumbung hijau tu kedai/kafe.

nampak tak laluan sebelah kanan gambar? tulah jalan raya. tak adalah besar mana pun...


masa ni anies berada kat laluan menuju puncak gemilang cahaya mengukir cita seindah rasa🎶

ni bahagian belakang ladang/di sebalik bukit... dari jalan raya memang tak nampak. so kena naik ke puncak dulu baru tahu apa yang ada di sebaliknya...


saujana mata memandang




selfie sekejap sebelum beredar...

bas kami dah menunggu tu. masa untuk ucapkan selamat tinggal ladang teh yang cantik ni...

puncak ladang teh dari bawah...


video



okey, tulah jelah perkongsian cerita basi hari ni. ada apa-apa soalan fasal ladang teh ni, korang taip je kat ruang komen di bawah ya. anies cuba jawab semampu yang boleh.

thanks 4 reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

49 Words of Lo♥e

  1. Yeay, ke vietnam, nampaknya seru kak

    ReplyDelete
  2. Jgn riso citer mcm ni takkan basi. Mama lagi suka baca sebab skrg x dpt nak travel kan

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu bila malas menguasai diri. Faham sangat. Update juga walaupun cerita dah basi asalkan ada update dari terbiar sepi. Luas jugaklah ladang teh ni. Biasa tanah tinggi pagi pagi berkabus. Kat sini nampak cerah terasa panas pulak tiber. Hehe...Ada duit syoklah membeli segala produk teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla otak dgn hati x seiringan tu yg jd malas😆
      tu laa mencanak cahaya matahari tp x terasa pns pn sbnr nya...
      kebanyakan brgn teh dgn kopi...mls nk beli😆

      Delete
  4. Kebun tehnya cantiiik banget, sejauh mata memandang di manjakan sama warna hijau. Segar sekaliiii 😍

    ReplyDelete
  5. Negara² sebelah utara Semenanjung tak pernah saya sampai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah lps covid ni bolehlah jelajah ke sn😊

      Delete
  6. eh..nama kita kena sebut. tunggu ko habis taip, nak copy and paste je. Tempat ni kitorang tak pergi. Ko tak shopping? macam tak caya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sokong liv, ko pn nk sokong liv. sy buat entry pn ko nk copy jg? ish ishhhh

      shopping kt pasar mlm. ada jg sggh butik. ko selak laa kain tu... eh selak entry blkg2 tu😆😆

      Delete
    2. bukan..cam tak caya tak shopping area kebun teh tu. haha

      Delete
    3. kalu ada merchandise liverpool boleh jg sy nk beli

      eh ehh

      Delete
  7. Wah bestnya jalan-jalan ke Ladang Teh Dalat, permai permandangannya..

    ReplyDelete
  8. bestnyaaaa blh jalan2 tgk tempat org

    ReplyDelete
  9. seronoknya..harap dapat pergi lagi ke sana kan anies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya shida...
      cpt laa covid ni nyah dr muka bumi. x sabar dah nk jln2 lg😊

      Delete
  10. Nampak cuaca macam panas terik.
    Cantiknya kawasan ladang teh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. nmpk mcm terik tp sbnr nya x terasa pn sbb ni kt kaw tanah tggi😊

      Delete
  11. What a ınteresting places:) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  12. Parece que fue un genial viaje . te mando un beso

    ReplyDelete
  13. Unik pula laluan jalan kaki letak tahun. Tapi bermula tahun berapa ya?
    Cantik pemandangan, mulalah fikiran berangan macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x pegi smpi ke hujung. kalau x silap penghujung thn 1800an😊

      Delete
  14. Pernah sampai vietnam tapi tak pernah singgah sini sebab ikut family memang shopping je baju baju dekat ho chi minh rasanya. Tapi rasa macam rugi tak singgah sini masa pergi dulu, lawo gak tempat dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe lps pandemik nnt boleh pegi lg😊insya allah

      Delete
  15. Beautiful photographs! I'm your new follower. May you follow me back?
    Thanks and have a nice day!

    ReplyDelete
  16. Great post dear! Photos are amazing !

    ReplyDelete
  17. Macam ladang teh kat Cameron Highlands la. Rindunya nak jalan-jalan bila tengok gambar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... hrp cpt cpt herd immunity dpt laa kite jln2😊

      Delete
  18. Akhirnya, dapat tengok blog kak Anies dengan foto2 yang cantik2.. hiburan sangat bagi saya nih, kak.. Masya Allah ^_^

    ReplyDelete
  19. Wah jadi pengen ke dalat juga... Tempatnya nyaman banget diliat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mas... tunggu selepas pandemik berakhir👌

      Delete
  20. Cantiknya view dekat tempat Anies posing tu.

    ReplyDelete
  21. Haha bila.makan angin mmg masa utk buang duit je. Apapun suka tgk pemandamgan cantik kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan angin tp yg keluar duit😆😆cantik kn?

      Delete
  22. Uishhh cantiknya!! Ishh bila nak habis kobis ni hahaha.. memang nk pi vietnam lagi. Agak2 dpt jumpa aiskrim strawberry tak hehe

    Gelak besau tu. Apa lah yg kelakarnya

    ReplyDelete
  23. Cerita pasal travel ini tak pernahnya basi Anies.. Tambah dalam keadaan sekarang ini, memang boleh membahagiakan mata yang membaca dan memandang foto.. Dapat tengok di blog pun dah bahagia.. Rasa macam pandang ladang teh di CH.. hahaha..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆