✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu, nak gelakkan diri sendiri😂😂😂😂
punyalah lama peram buat ikan pekasam nak sambung cerita jalan-jalan ke Dalat ni...
selain malas 😂😂😂 nak transfer gambar dari kamera pun satu hal juga 😂😂😂 adoiii parah betullah kau ni, anies.
tak apalah. sementara ada mood ni, better anies sambung walaupun ceritanya dah basi. tapi korang tetap excited nak baca kan? kan? kan? 😂😂😂
okey, dengan lafaz Bismillah, anies sambung semula cerita jalan-jalan ke Dalat. untuk baca entry terdahulu, korang dipersilakan klik kat SINI & SINI ya.
>>::<<
hari terakhir di Dalat, lepas bersarapan kat Restaurant Fatimah (refer entry INI), bas yang dinaiki terus bawa kami ke sini. perjalanan sejauh 22KM ni mengambil masa lebih kurang 35 minit.
pemandangan awal pagi di sepanjang perjalanan sangat menarik sebab kita dapat menyaksikan aktiviti penduduk yang mula laksanakan tugasan masing-masing.
tapi... anies tak dapat nak hayati pemandangan tu sebab mengantuk yakmat! bila dengar enjin bas dimatikan, celik-celik mata je terus nampak pemandangan menakjubkan! eh, kat mana ni?
tanpa buang masa, terus capai beg dan kamera lalu turun bas. sebaik keluar... warghhhh nyamannya udara kat sini! sejuk pula tu! walaupun tak berkabus macam kat Cameron Highlands tu, tapi suasananya dah cukup memukau lagi mendamaikan.
anies perhatikan kebanyakan ahli rombongan, sebaik turun bas diorang terus menonong masuk ke kafe/kedai. apa lagi... nak 'buang duit' laa tu 😂😂😂
since pak cik dan mak cik pun tengah sibuk bergambar, anies pun join sekaki. kami sempat merayau kawasan sekeliling, berOOTD, posing sana posing sini habiskan Kodak sampai puas hati. tambah pula scenery kat sini memang superb! kalau buat outdoor photo shoot, memang kebabom laa gambar korang.
oh, ya Doi Che Cau Dat Farm ni antara ladang teh terkenal kat Dalat. dah wujud lebih 100 tahun since zaman penjajahan Perancis lagi. ia antara tempat wajib dilawati kalau dah sampai Dalat. no entrance fee. tu yang best nya.
kalau nak ke sini (tanpa agent atau persendirian), korang boleh sewa kenderaan kat bandar Dalat. tak ada transport khusus (kecuali teksi) untuk bawa korang ke sini, ya.
more info about Doi che Cau Dat Farm, click HERE.
well, nak cerita apa lagi? layankan jelah gambar yang ada ni ya. agak banyak jugalah. harap korang tak muntah 😆😆😆
bahagian depan ladang
sebaik turun bas, scenery nilah yang akan korang nampak dulu... tapi pengunjung tak boleh masuk kawasan ni. agak tinggi juga tebing dari tempat anies berdiri ni untuk ke bawah.
scenery ladang teh di bahagian belakang dari jalan raya. kiranya jalan raya nilah yang memisahkan kawasan ladang teh di depan dan di belakang. lagi satu, kat sini tak ada parking khas. semua kenderaan berhenti tepi jalan. but don't worry, jalannya tak sibuk sebab laluannya khas untuk pelawat/pekerja ladang teh sahaja.
kedai / kafe
bahagian depan kedai/kafe. masa kami sampai sini, pengunjung tak ramai lagi. sebab waktu masih pagi lagi.
suasana dalam kedai/kafe. apa sahaja produk teh yang diingini, ada di sini. fulus je yang tak ada 😂😂😂
kafe. nak minum dan lepak-lepak boleh naik ke tingkat atas sambil layan scenery cantik.
bahagian belakang ladang
dari bawah nampak macam tinggi je tapi once dah mendaki terasa landai je. don't worry. tak cukup stamina pun boleh sampai ke puncak tu. jom jalan! kecutkan lemak-lemak degil
ini laluannya yang 'dihampari (bilangan) tahun. bumbung hijau tu kedai/kafe.
nampak tak laluan sebelah kanan gambar? tulah jalan raya. tak adalah besar mana pun...
masa ni anies berada kat laluan menuju puncak gemilang cahaya mengukir cita seindah rasa🎶
ni bahagian belakang ladang/di sebalik bukit... dari jalan raya memang tak nampak. so kena naik ke puncak dulu baru tahu apa yang ada di sebaliknya...
saujana mata memandang
selfie sekejap sebelum beredar...
bas kami dah menunggu tu. masa untuk ucapkan selamat tinggal ladang teh yang cantik ni...
puncak ladang teh dari bawah...
video
okey, tulah jelah perkongsian cerita basi hari ni. ada apa-apa soalan fasal ladang teh ni, korang taip je kat ruang komen di bawah ya. anies cuba jawab semampu yang boleh.
thanks 4 reading
daaa
Yeay, ke vietnam, nampaknya seru kak
ReplyDeleteni cerita tahun lepas, mas😊
DeleteJgn riso citer mcm ni takkan basi. Mama lagi suka baca sebab skrg x dpt nak travel kan
ReplyDeleteterima kasih sis😊👍terharu sy
DeleteBiasalah tu bila malas menguasai diri. Faham sangat. Update juga walaupun cerita dah basi asalkan ada update dari terbiar sepi. Luas jugaklah ladang teh ni. Biasa tanah tinggi pagi pagi berkabus. Kat sini nampak cerah terasa panas pulak tiber. Hehe...Ada duit syoklah membeli segala produk teh
ReplyDeletebla otak dgn hati x seiringan tu yg jd malas😆
Deletetu laa mencanak cahaya matahari tp x terasa pns pn sbnr nya...
kebanyakan brgn teh dgn kopi...mls nk beli😆
Kebun tehnya cantiiik banget, sejauh mata memandang di manjakan sama warna hijau. Segar sekaliiii 😍
ReplyDeletebetul tu. sangat cantik. 👍👍
DeleteNegara² sebelah utara Semenanjung tak pernah saya sampai lagi.
ReplyDeleteinsya allah lps covid ni bolehlah jelajah ke sn😊
Deleteeh..nama kita kena sebut. tunggu ko habis taip, nak copy and paste je. Tempat ni kitorang tak pergi. Ko tak shopping? macam tak caya je
ReplyDeletesy sokong liv, ko pn nk sokong liv. sy buat entry pn ko nk copy jg? ish ishhhh
Deleteshopping kt pasar mlm. ada jg sggh butik. ko selak laa kain tu... eh selak entry blkg2 tu😆😆
bukan..cam tak caya tak shopping area kebun teh tu. haha
Deletekalu ada merchandise liverpool boleh jg sy nk beli
Deleteeh ehh
Wah bestnya jalan-jalan ke Ladang Teh Dalat, permai permandangannya..
ReplyDeletebetul tu. sejam kt sini x ckp😆
Deletebestnyaaaa blh jalan2 tgk tempat org
ReplyDeletekalu boleh nk pindah trs😆
Deleteseronoknya..harap dapat pergi lagi ke sana kan anies :)
ReplyDeleteya shida...
Deletecpt laa covid ni nyah dr muka bumi. x sabar dah nk jln2 lg😊
Nampak cuaca macam panas terik.
ReplyDeleteCantiknya kawasan ladang teh tu.
betul tu. nmpk mcm terik tp sbnr nya x terasa pn sbb ni kt kaw tanah tggi😊
DeleteWhat a ınteresting places:) thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou should come here soon😊
DeleteParece que fue un genial viaje . te mando un beso
ReplyDeleteUnik pula laluan jalan kaki letak tahun. Tapi bermula tahun berapa ya?
ReplyDeleteCantik pemandangan, mulalah fikiran berangan macam-macam.
sy x pegi smpi ke hujung. kalau x silap penghujung thn 1800an😊
DeleteBeautiful
ReplyDelete😊😊😊
DeletePernah sampai vietnam tapi tak pernah singgah sini sebab ikut family memang shopping je baju baju dekat ho chi minh rasanya. Tapi rasa macam rugi tak singgah sini masa pergi dulu, lawo gak tempat dia!
ReplyDeletexpe lps pandemik nnt boleh pegi lg😊insya allah
DeleteBeautiful photographs! I'm your new follower. May you follow me back?
ReplyDeleteThanks and have a nice day!
i follow u back. thanks👍
DeleteGreat post dear! Photos are amazing !
ReplyDeletethanks elena😊
DeleteSeronoknya, tenang je tengok
ReplyDeleters x nk blk je😆
DeleteMacam ladang teh kat Cameron Highlands la. Rindunya nak jalan-jalan bila tengok gambar :(
ReplyDeletetu laa... hrp cpt cpt herd immunity dpt laa kite jln2😊
DeleteAkhirnya, dapat tengok blog kak Anies dengan foto2 yang cantik2.. hiburan sangat bagi saya nih, kak.. Masya Allah ^_^
ReplyDeletedoakan sy rajin update selalu😆
DeleteWah jadi pengen ke dalat juga... Tempatnya nyaman banget diliat...
ReplyDeleteboleh mas... tunggu selepas pandemik berakhir👌
DeleteCantiknya view dekat tempat Anies posing tu.
ReplyDeletebetul😊sy pn suka
DeleteHaha bila.makan angin mmg masa utk buang duit je. Apapun suka tgk pemandamgan cantik kat sana
ReplyDeletemakan angin tp yg keluar duit😆😆cantik kn?
DeleteUishhh cantiknya!! Ishh bila nak habis kobis ni hahaha.. memang nk pi vietnam lagi. Agak2 dpt jumpa aiskrim strawberry tak hehe
ReplyDeleteGelak besau tu. Apa lah yg kelakarnya
Cerita pasal travel ini tak pernahnya basi Anies.. Tambah dalam keadaan sekarang ini, memang boleh membahagiakan mata yang membaca dan memandang foto.. Dapat tengok di blog pun dah bahagia.. Rasa macam pandang ladang teh di CH.. hahaha..
ReplyDelete