Kenapa Chinese Taipei? kenapa bukan Taiwan?
4:46 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dari dulu lagi, bila tengok sukan Olimpik, anies dah perasan nama 'Chinese Taipei' ni. tapi entah kenapa tak tergerak hati pula nak check....
kenapa atlet Taiwan ni menggunakan nama Chinese Taipei berbanding nama Taiwan itu sendiri? kenapa tak guna bendera sebenar yakni merah biru? kenapa 'Taipei' sedangkan tu nama ibu negara Taiwan? korang pun ada rasa macam ni tak?
persoalan ni akhirnya dijawab oleh saudara Ayman Rashdan Wong di FB beliau. jadi sukacitanya anies kongsikan kat sini untuk bacaan korang.
jom tambah ilmu!
Sehebat-hebatnya China dalam Sukan Olimpik, pun ada masanya kalah. Kalah pula kepada Chinese Taipei dalam perlawanan badminton beregu lelaki semalam.
Dikhabarkan scene ini kena cut dalam siaran langsung di stesen TV China untuk elakkan menyakitkan hati rakyat China yang patriotik.
Chinese Taipei tu merujuk kepada Taiwan, atau lebih tepat Republik China (Republic of China) atau ROC. Jangan dikelirukan dengan ROC dalam Olimpik kali ini yang merujuk kepada Rusia (Russian Olympic Committee).
ROC ni asalnya kerajaan yang memerintah China dari tahun 1912-1949. Selepas kalah dalam peperangan dengan komunis, ROC berundur ke Taiwan dan meneruskan pemerintahannya di Taipei.
Komunis yang menang mendirikan Republik Rakyat China (People's Republic of China, PRC) di Beijing, dan dikenali secara umum sebagai China.
Tapi secara teknikal, ada 2 China (keadaan macam 2 Korea). ROC juga China, walaupun kawasannya tinggal pulau-pulau Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (dan orang biasa panggil "Taiwan" saja). Dan ROC juga klaim seluruh Laut China Selatan macam PRC.
Dan di antara 2 China ini, negara lain hanya boleh iktiraf salah satu. Dulu lebih ramai iktiraf ROC, dan ROC juga menyandang kerusi Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1971.
Tapi pada tahun 1971, ROC kena tendang keluar dari PBB, digantikan dengan PRC. Kemudian pada tahun 1979, US yang selama ni sokong ROC putuskan hubungan dengan ROC dan menjalin hubungan diplomatik dengan PRC.
(Malaysia pada asalnya tak iktiraf dua-dua, sampailah tahun 1974 baru menjalin hubungan rasmi dengan PRC)
Maka satu per satu negara putuskan hubungan dengan ROC. Tinggal 14 negara PBB saja yang masih iktiraf ROC, berbanding dengan 177 yang iktiraf PRC. Palestin pun kira OK lagi, diiktiraf oleh 139 negara.
ROC juga tak layak duduk dalam badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Keadaan ini menyebabkan ROC/Taiwan dikenali sebagai "the orphan of Asia" (亞細亞的孤兒).
PRC boikot Olimpik dari 1956 hingga 1976 sebab ada ROC (PRC pernah join 1952, time tu ROC yang boikot). Dengan sokongan US dan sebagainya, PRC nak masuk balik Olimpik.
Jadi, untuk kekal bertanding dalam Olimpik, ROC perlu berkompromi dengan memakai nama "Chinese Taipei" sejak Olimpik 1984. Tak boleh pakai bendera kebangsaan ROC iaitu "Blue Sky White Sun Red Earth" (青天白日滿地紅), kena pakai logo khas. Tak boleh pasang lagu kebangsaan. Tak boleh tonjolkan ia sebagai sebuah negara berdaulat.
Malah di luar Olimpik pun, PRC menekan siapa-siapa yang berani sebut atau iktiraf ROC sebagai sebuah negara.
Dan semakin ramai rakyat ROC melihat penyelesaian kepada masalah ini ialah kemerdekaan Taiwan sebagai sebuah negara, tak perlu merebut nama "China" dengan PRC lagi. Tapi PRC pun tak bagi.
Jadi, kemenangan Chinese Taipei ke atas China mempunyai simbolisme yang luar biasa. Sebuah entiti yang ditekan berdekad-dekad lama akhirnya meraih pingat emas Olimpik pertama dalam sukan yang didominasi oleh musuhnya.
Sekiranya malam ini Tai Tzu-ying dari Chinese Taipei menang lagi ke atas Chen Yufei dari China dalam acara perseorangan wanita, "morale" ROC/Taiwan akan berada di tahap paling tinggi dalam sejarah, dan orang PRC/China akan murung sebulan.
Kalau korang rasa teruk kena buli dalam hidup, tak ada harapan berjaya, ingatlah ROC/Taiwan.
#TaiwanNumberOne

menarik kan penerangan ni? korang ada nak tambah apa-apa fasal perkongsian ni? jom komen di ruangan di bawah!
tu je perkongsian ilmu untuk hari ni. thanks 4 reading
daaaa
p/s yeayyy dah habis BW!
54 Words of Lo♥e
Aha masa mula nampak perkataan ini di Olimpik ingatkan Republic of China.
ReplyDeleteSekarang baru saya tahu ada 2 jenis China.
Kesimpulan China Taipei ini amalkan demokrasi. Kalau salah silap betulkan.
betul NA. sejarahnya pnjg n rumit. ni baru suku je yg kite tau😆
Deleteapa ni taruk gambar kat Taiwan, sedih kita baca artikel ni. Malaysia iktiraf tahun 1974, tu yang dapat hadiah panda 40 tahun kemudiannya - info tambahan. P/s; hepi giler tengok Taiwan kalahkan China. Hehe.
ReplyDeletesy is sedihhhh jg waaaaaaaaaaaaa
Deleteyg info sedia maklum...
nmpk nya ream badminton china dah ada pesaing. get ready piala thomas soon
sekarang Guatemala pun dah pandai main badminton
Deletetu laa... olimpik paris nnt Faroe island pulak msk SF😆
DeleteMalaysia main congkak jelah macam ni
Deletejom kita perjuangkan sukan congkak!
Delete#tibahh
Thanks ka, jadi tahu sejarah :D
ReplyDelete👌👌👌😊
DeleteKira Taiwan masih belum bebas sepenuhnya
ReplyDeleteya... betul tu
DeleteAlhamdulillah dah sampai ke Taipei.. sebab Taiwan non UN member country,rasa macam Russia di Olimpik memang terfikir jugak.. Good sharing.
ReplyDeleteya betul. ada negara yg x iktiraf taiwan...
Deletems ni tgh ligat travel sn sini😆
Fuhhh..masing masing taknak kalah kan. Memang lebih kurang Korea Utara & Korea Selatan gak lah ni. Korea Utara lagi kejam kan..huhu. Mujurlah Malaysia aman damai je. Russia guna nama ROC pun tak ada beza sangat. huhu
ReplyDeletemcm tu laa. cuma KU dgn KS, agk bitter hubungan diorg disebabkan perangai KU tu sendiri. secara dasar sm je mcm china mainland😊
DeleteKann..jenis takleh bawak bincang.
Deletediaaaa je yg betul😆
Deletethey are really great :)
ReplyDeleteyou're right
DeleteTu lah, sekejap Taiwan, sekejap Chinese Taipei... Ada kisah rupa-rupanya
ReplyDeletekann... ada sejarahnya. bkn suka2 letak nama tu😆
DeleteSEJARAH POLITIK CHINA XBERAPA TAU SGT
ReplyDeletekita ambil yg mudah je kak. lain2 mmg complicated😁😆
DeleteYo conocía lago de la historia pero no toda. Tu entrad a fue muy esclarecedora te mando un beso
ReplyDelete
DeleteSolo estoy compartiendo conocimientos para todos ;-)
Fuh sejarah betul ni.
ReplyDeleteada lg lps ni. nk baca mmg x larat😆
DeleteOoo kisahnya
ReplyDeleteni baru suku je sejarahnya😆
DeleteSiapp, saya akhirnya paham kak. Taiwan memang sedang bersengketan dengan China (PRC). Dan sangat kompleks. Terimakasih infonya
ReplyDeletewalaupun dari bangsa yang sama, tetap ada persengketaan
Deletewak tringt dulu masa mula2 menara taipei 101 tu didirikan, ada org perli malaysia sbb dah takde bangunan paling tertingi didunia, tapi tun M masa tu selamba je ckp, sekurang2nya kami ada 2 menara tertinggi lagi., heheheh
ReplyDeleteapa dia igt bina pencakar langit tu mcm bina lego ke? adehhh tp x smpi beberapa thn 101 trs klh dgn burj khalifa😆
DeleteGood info. perasan juga tapi tak pernah nak ambil tahu. hehe.
ReplyDeletesbb bila nmpk perlataan chinese tu kite rs cm sama je kn dgn china mainland?😆
Deletehave a good day:)
ReplyDeletethank you dear
DeleteUma foto Histórica. Parabéns pelo seu trabalho maravilhoso.
ReplyDeleteEstou apenas compartilhando conhecimento ;-)
Deleteuuu..begitu ye cerita nya. Apa-apa pun, saya bangga dengan yang kanan sekali tu :)
ReplyDeletebolehlah tersenyum sekejap😊
Deletesaya macam tidak kisah pulak dengan apa yang berlaku.
ReplyDeletefikiran asyik fikir Covid, duit dan jodoh hehehe.
cuma saya tertarik dengan Hong Kong berbanding Taiwan nie
mungkin sbb HK ada campur tangan british??
DeleteIlmu hari ini. Tak pernah terfikir pun nak search pasal ni.
ReplyDeletesy pn sama mula2 dulu😆
DeleteBaru tahuuu, selalu tak pernah nak ambik tahu hahaha
ReplyDeletetu laa psl. kite anggap je ni ilmu baru😊
DeleteRefresh ilmu sejarah yang dah berlumut dalam kepala :)
ReplyDeletetlg terangkan kt yuri skali eh😆
DeleteAduh.. Teruk juga ye mereka ditindas..
ReplyDeleteTerima aksih atas perkongsian yang berilmu nie Anies..
I misss taiwan tooo! Pulau selatan pun xhabis jejak lg
ReplyDeleteSebab tu ada sesetengah negara bila nk book flight kt taiwan tak ada. Kena turun kt mana2 negara Asia baru boleh jejak. Kesian betul
ReplyDeleteSelalu baca Cina tak ngam dengan Taiwan tapi tak tau kenapa. Rupanya pemimpin kalah buka penempatan baru jadi baru la jadi Taiwan tu. Thanks Anies share ilmu!
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆