Genesis G90L

3:25 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau sebut jenama kenderaan seperti Kia atau Hyundai, rasanya ramai dah tahu yang kedua-dua brand ni berasal dari Korea Selatan.

tapi, kalau sebut brand Genesis, negara mana yang terlintas di kepala korang terlebih dahulu? Jerman? Jepun? Perancis?

bagi peminat automatif, Genesis bukanlah nama baru dalam industri permotoran dunia. ia dah lama wujud tapi disebabkan ia tergolong dalam kategori kereta mewah, jadi rakyat marhaen macam kita ni 'tak cara sangat' berbanding 'king maibi'😆😆😆

well, kenapa anies bangkitkan fasal kereta ni? semuanya disebabkan kenderaan rasmi milik Sultan Johor.

ketika menghadiri sidang DUN Johor semalam, Sultan Johor hadir dengan kereta limosin Genesis model terbaharu. nama pun kereta baru. mewah pula tu. dah tentu menarik perhatian ramai, kan?

anies share kat sini fasal kereta mewah yang harganya dianggarkan RM600K sebuah. jemput baca ya.

>>::<<

Umum mengetahui Sultan Johor merupakan antara ‘collector’ kereta terkenal di Malaysia yang memiliki pelbagai jenis kenderaan klasik dan moden selain dijaga rapi dalam garajnya.

Semalam, DYMM Sultan Johor hadir ke majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Kehadiran baginda bersama DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ) ke majlis tersebut telah mencuri tumpuan ramai apabila baginda dan anakandanya menaiki kereta jenama Genesis yang rare dan jarang ditemui atas jalan raya di Malaysia.


Genesis G90L merupakan kereta limosin mewah yang dihasilkan pembuat kereta mewah dari Korea, Genesis. Jenama ini merupakan division kenderaan mewah untuk Hyundai Motor Group sejak 2015.

Model limosin mewah ini baru sahaja diperkenalkan di Korea pada awal bulan Julai lalu dan hadir dengan dua fungsi standard iaitu ‘Genesis Adaptive Control Suspension’ yang mengutamakan keselesaan penumpang dan ‘Intelligent Front-Lighting System’ yang dapat mengawal lampu hadapan secara automatik.

Jika pemilik limosin mewah ini mahu tampak lebih bergaya, Genesis memberikan pilihan untuk upgrade rim tayar menjadi saiz 19-inci.

Lebih menarik lagi, model Genesis G90 hadir dengan edisi khas ‘G90 Stardust’ yang hanya dihasilkan 50 unit sahaja untuk pasaran Korea. Interior design kereta ini menggunakan material kulit dua-tona dan metallic pore Ash wood untuk menambahkan eksklusiviti limosin mewah ini.

Melihat reka bentuk yang eksklusif dan premium, tidak hairanlah DYMM Sultan Johor memilih model kereta dari Korea ini dan menjadikannya kenderaan rasmi untuk menghadiri majlis-majlis rasmi.

artikel ini kredit dan diubahsuai dari SINI.
macam mana? korang teringin tak nak miliki salah sebuah kereta mewah ni? kalau tak beli, dapat naik pun dah cukup syukur😆😆
tu je perkongsian untuk hari Jumaat yang mulia ini. thanks 4 reading.
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

65 Words of Lo♥e

  1. Kalau Anies tidak cerita memang tidak tahu kereta mewah Genesis.

    ReplyDelete
  2. Tak mampu untuk memilikinya. Tengok sajalah hehehehee.

    ReplyDelete
  3. dapat tengok pun dah okay. nak beli tu macam lamberttt lagi hahaha tak salah berangan bukan?

    ReplyDelete
  4. erm..rasanya tak kot, maibi yang ada pun malas nak bawak. Dahsyat Sultan Johor. Rindu la nak balik kampung, mana tau ada rezeki terserempak Genesis. Tak dapat amik gambar, amik bau asap pun OK.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabahlah wahai warga negeri fasa 1😆

      asap petron wat pe😆

      Delete
    2. Asap keter mahal. Kot la wangi sikit

      Delete
  5. Uy que lindo auto te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¿Tiene un plan para comprar este coche en el futuro? quien sabe, cierto ...

      Delete
  6. Hanya mampu wowww! Wowww! Wowwww!

    ReplyDelete
  7. Saya kalau dapat naik ni, mungkin demam terkejut beberapa hari 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan sampingannya mungkin melebihi kesan sampingan divaksin hahaha

      Delete
    2. ni bleh msk kategori parah dah ni😆😆

      Delete

  8. Very interesting post! Thanks for sharing.

    Infinitely Posh

    ReplyDelete
  9. kjap.,. wak nk makan lontong masai yg sedapp yg harga rm3.50 je tu., huhuhu

    ReplyDelete
  10. Br je terbaca psl genesis ni td.. high taste sgt ni x mampu pulak bermimpi nk naik.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Boa tarde. Nunca ouvi falar dessa marca antes. Obrigado pela explicação detalhada. Bom sábado e com muita saúde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talvez, esta marca não seja tão famosa quanto outras marcas de luxo como Lamborghini ou Ferrari. é por isso que não é conhecido por muitos de nós...

      Delete
  12. Oalah cam nak bermimpi baca mobil genesis ini. Korea selatan punya kah? Bagian dr hyundai jga. Keren cik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas. di bawah jenama Hyundai. kalau dalam drama korea selalu je ditunjukkan kereta ini cuma ramai tak perasan sebab logonya unfamiliar

      Delete
  13. Terpandang sekali pasti nak pandang sekali lagi kereta mewah begitu.. Head turn kata emak sy hehe.. Terima kasih atas perkongsian dear Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul😆😆even bunyik ekzos mengaum pn kite dah menoleh apatah lg kete mewah

      Delete
  14. Harga dia tu hanya mampu tengok gambar je lah. Terlalu wow sangat harga tu. Semestinya hebat kereta ni. Saya pun no idea bila baca Genesis tu. Bukan peminat kereta. Itu yang blur. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn😆😆mungkin sbb nama dia x segah lambo, kuda merah etc. tp dlm drama korea selalu je ada kete ni esp dlm watak org kaya😊

      Delete
  15. Wau, kite taw perodua jer, hihi, tpi kereta korea ni dlm drama diorg mesti ada depa promote tnpa sedar,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap, dlm drama korea selalu ada kete ni. cuma jenis yg lain laa bkn yg ni😊

      Delete
  16. Smoga ada rejeki biar bisa beli kereta genesis G90L ini...

    ReplyDelete
  17. Barulah pertama kali tahu.. Tu pun sebab anies share.. kikiki..
    nice kereta dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm drama.korea byk gn sha.. cuma bkn varian ni laa

      Delete
  18. Oh pertama kali dengar jenama Genesis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb jenama Lambo/ferrari lbh pemes utk kete mewah😀

      Delete
  19. Teringin memang teringin tapi tengok harga, cancel balik la hahahaha, mampu tengok je orang lain bawak :D

    ReplyDelete
  20. Mewah kete ni mama tumpang cuci mato je la

    ReplyDelete
  21. Wow wow..harga dia boleh dapat rumah harga setengah juta dah..

    ReplyDelete
  22. Memang cantik serupa mcm beli rumah hahaha tp kt mesia ni jarang2 nampak org pakai

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆