Đà Lạt, Vietnam: Queen Villa Hotel

1:31 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Penutup entry jalan-jalan ke Dalat...

jemput klik di SINI untuk baca coretan memori anies sepanjang berada di Dalat.

hari pertama sampai Dalat, kami check in jam 10.30 malam. so memang tak sempatlah nak merayau atau meninjau kawasan sekeliling hotel. bila dapat kunci bilik, kami capai luggage, cari nombor bilik, masuk, mandi, solat dan 💤💤 

letih beb! bila flight pagi (delayed pula tu!dan lepas tu ke sana ke sini non stop, badan rasa lemau yakmat! tapi dek kerana tilam dan bantal empuk selain bilik yang selesa, semua tu hilang dengan sendirinya (agaknya bom meletup pun kami tak dengar. tidur mati!😆😆😆)

keesokan hari bila keluar untuk menyambung semula aktiviti jalan-jalan, barulah anies perasan betapa cantiknya hotel ni. ia umpama sebuah rumah agam yang dibina untuk dijadikan hotel.😆

hotel ni terletak di lereng bukit. yalah... Dalat ni kan berada di kawasan tanah tinggi. tapi jangan risau... sekelilingnya dipenuhi bangunan dan kediaman.

tentang bilik hotel pula, jangan terkejut ya kalau tak ada air cond. korang pun tahu, kan? mana-mana resort atau hotel yang terletak di kawasan tanah tinggi, tiada penghawa dingin disediakan. remember hotel @ Genting

masa mula-mula masuk tu bimbang juga kalau kami kepanasan. tapi lepas sejam berada dalam bilik, sikit pun kami tak terasa panas. rasa macam biasa je... tak panas tak sejuk. then mak cik anies sempat basuh baju, tau! esoknya dah kering!

hmm nak cerita apa lagi ya? okeylah macam biasa. korang dijemput jamu mata dengan gambar-gambar yang sempat anies snap ni... check it out!

halaman hotel

cantik kan binaannya? terasa macam berada di kawasan istana hinggap keluarga diraja gituuuu 😂😂😂... gambar agak suram sebab masa ni, awal pagi kira-kira 7.00AM. oh ya. hotel ni sebenarnya 4 tingkat. ada bilik disediakan di lower ground.

depan pintu masuk. tempat anies berdiri ni betul-betul kat tengah lorong kecil. yang menghadap ke hadapan adalah laluan ke bawah bukit manakala di belakang anies pula laluan ke main road dan parking bas.

halaman hotel. tak luas mana pun. anies pun tak sure sama ada kereta tu milik penginap hotel atau staf... bunga-bungaan yang ditanam di halaman hotel ni cantik-cantik belaka. rasa nak petik bawa balik je 😂😂😂

lobi/interior hotel

meja dan kerusi yang menjadi sasaran tempat letak beg. 😂😂😂 biasalah tu kalau datang dalam jumlah yang ramai. 

suka tengok ruangan ni. rasa macam mewah sangat!

laluan/lorong menuju ke bilik-bilik. tangga di sebelah kiri manakala lif di sebelah kanan. bagus betul pihak hotel sediakan lif sebegini khususnya untuk pengunjung warga emas yang alami kesukaran untuk menggunakan tangga.

receptionist counter. staf hotel ni peramah sangat walaupun tak fasih berbahasa Inggeris. dia banyak berkomunikasi dengan our tour guide je. cantik kan ruangan ni?

bilik tidur

double bed untuk anies dan mak cik. tilam dan bantal sangat empuk! maaf ya gambar blur...

bilik air yang bersih dan luas. air paip laju. toiletries lengkap. 

almari dan kabinet kecil di mana di dalamnya ada mini bar. 

selain kemudahan wajib yang disediakan pihak hotel, perkhidmatan wi-fi, safety box, luggage room dan lain-lain turut terdapat di hotel ini. overall, anies berpuas hatilah dengan service dan kemudahan yang diberi.

ni alamat hotel:

17C Tran Hung Dao Street, 10 Ward, Dalat City, Old Train Station, Dalat, Lam Dong, Vietnam, 02633.


lepas pandemik berakhir nanti, kalau korang ada plan nak ke Dalat macam blogger Salbiah M jangan lupa pilih/booked hotel ni tau! 

untuk harga bilik korang boleh check kat Booking.com atau Agoda.com. jangan tanya anies sebab hotel ni, our tour guide yang booking😊

tu je perkongsian di hari Jumaat. thanks 4 reading. daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

30 Words of Lo♥e

  1. Cantik hotel ko stay. Aku pun masa mula-mula sampai dok cari kat mana suis aircond. Rupanya takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agent cari mmg tip top😆
      ooo hotel ko pn xde air cond eh?

      Delete
  2. yelah, cantik hotel ni macam sebiji rumah agam. Putih macam english style gitu. Terasa mewah pun ye. Bilik luas, bersih dan selesa. Persekitaran pun nice sangat view dia.

    ReplyDelete
  3. Cantik bangunan hotel tu, senang pegi dengan tour guide, semua diuruskan..

    ReplyDelete
  4. Hiasan dalaman nampak mewah dengan siling tinggi.
    Nampak baru hotelnya, cat putih tidak pudar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sekali tgk bkn mcm hotel tp umah agam😊

      Delete
  5. Uniknya reka bentuk bangunan tu . Nampak vintage

    ReplyDelete
  6. seronoknya baca pengembaraan anies,bila laaa..dapat pegi lagi ye..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat berjalan-jalan tengok tempat orang..

    ReplyDelete
  8. Me alegra que lo hayas pasado bien . Te mando un beso

    ReplyDelete
  9. cantik gila hotel ni, feeling2 macam rumah orang kaya dalam citer english! interior dalam pun nice.
    tapi bila tengok gambar dari luar, nampak mcm kecil juga ya, bilik2 kat hotel ni tak banyak ke?

    ReplyDelete
  10. cantik dan nampak selesa.
    akak pun selalu juga basuh baju dalm bilik hotel...kalau bercuti lama .

    ReplyDelete
  11. wah, cantiknya interior hotel tuh. bergaye klasik pula

    ReplyDelete
  12. Ya Allah. Saya pulak yang terasa-rasa berada di sini. Sangat cantik! Memukau!

    ReplyDelete
  13. Da lat ni dah masuk dalam wish list tempat nak pergi. Tapi tak tau lah bila boleh dapat pergi.

    ReplyDelete
  14. Parece que fue un buen viaje te mando un beso

    ReplyDelete
  15. cantik la hotelnya..rindu kan nk holiday tido hotel..skarang ni mampu throwback je la

    ReplyDelete
  16. rindu nya nak travel2 ek.. ntah bila lah boleh agaknya.
    teringin gak nak ke sini ni. insyallah nnt lah ye

    ReplyDelete
  17. wow...Dalat macam best pulak untuk dikunjungi...

    mudahan ada peluang dan kesempatan untuk ke situ suatun hari nanti

    ReplyDelete
  18. hotel yang bagus, dan Kota Dalat yang cantik. Eh, kak Anies jalan-jalan saat wabah? sehat-sehat terus ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas😊

      ini cetita sebelum pandemik, mas. saya ke sana januari 2020😊

      Delete
  19. Nampak authentic design hotel mereka. Best naa merantau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sy mmg suka design mcm ni sbb unik😊

      Delete
  20. Alahai rindunya nak duduk hotel. Tp mmg nampak mewah sgt area sofa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikiiittt je lg kite akn dpt bebas mcm dulu wpn terkawal😊

      Delete
  21. Cantik noksss.. dia punya view matahari naik tu ya ampun. Nk pi dalat la. Tetiba sani tanya psl vietnam harini.

    ReplyDelete
  22. Cantiklah hotel tu! Luar dalam cantik!

    ReplyDelete
  23. Wah, tengok gambar je dah terasa kolonial inggeris tu..rindunya nak tidoq hotel

    ReplyDelete
  24. Cantiknya hotel dia.. Wah.. Sal nak ke sini ye Nanti..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆