Tokyo → Osaka, Jepun: sayonara Tokyo!, Hikari Shinkansen, Stesen Shin-Osaka, Stesen Osaka, Stesen Nishi Umeda, Osaka Metro dan Stesen Higobashi

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

berapa banyak stesen daa dalam title tu, anies oiii😂😂 nak buat macam mana... nama pun naik public transport. memang akan jumpa banyak stesen laa...

so, here we go!




kami berlepas dari stesen Tokyo tepat pada jam 5.03PM dan dijangka tiba Osaka sekitar jam 8.00PM. so bila sampai sana nanti, confirm keadaan sekeliling dah gelap. bukan sebab takut gelap atau tersesat. tapi faham-faham je laa... tempat yang kita tak familiar kan... apa-apa boleh jadi. harapnya semua berjalan lancar.

untuk ke Osaka ni, seperti ramai sedia maklum, naik Shinkansen adalah pilihan paling popular. nak naik kereta api biasa atau bas boleh je. ada sleeper bus disediakan kalau korang pilih untuk bermalam dalam bas sepanjang perjalanan selama 8++ jam.

since kami dah ada JR Pass, so dengan Shinkansen laa kami ke Osaka. sayonara Tokyo!😭😭

Hikari Shinkansen

ni laa Hikari Shinkansen. well... tren dah sampai. tunggu masa je nak naik...


kali ketiga (yang pertama & kedua boleh baca kat SINI & SINI) naik Shinkansen ni... bohonglah kalau cakap tak teruja. 

untuk ke Osaka ada 3 jenis Shinkansen disediakan. pertama, Nozomi Shinkansen. ni bullet train paling laju (bagi Tokaido & San'yō Line). masa yang diambil dari Tokyo ke Osaka (515KM) cuma 2 jam 21 minit je. pemegang JR Pass kena bayar extra kalau nak naik Nozomi. tanpa JR Pass, harga tambang sehala ¥18,530 (sila convert sendiri)😂

kami pilih untuk naik Hikari Shinkansen. ni Shinkansen kedua terpantas (2 jam 53 minit) dan tak ada extra charge untuk JR Pass holder. harga tambang sehala Hikari dari Tokyo - Osaka adalah ¥13,500 kalau tak ada JR Pass.

dan Shinkansen ketiga terpantas diberi nama Kodama. yang ni sesuai untuk korang yang suka layan view / scenery menarik sepanjang jalan (Tokyo - Osaka vice versa) termasuklah pemandangan Gunung Fuji. masa yang diambil kira-kira 4 jam++ dan harga tambang sehalanya ¥13,329 ~ ¥14,000 (tanpa JR Pass).

sengaja anies share info ni andai kata dalam tahun ni korang ada plan nak ke Tokyo / Osaka... so boleh laa dapatkan idea sama ada nak naik Shinkansen atau 🚌 atau kereta api biasa atau pun ✈.


short video: inside the Hikari Shinkansen...

Stesen Shin-Osaka

Alhamdulillah... kami dah selamat sampai...


sama ada dari Okayama atau Tokyo, semua Shinkansen akan berhenti kat stesen ni sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. 

sebelum ni anies ada beritahu, mana-mana stesen kereta api kat Jepun ni yang ada nama 'Shin' di hadapannya, maka secara automatik, Shinkansen akan 'mendarat' kat situ. Shin bermaksud, baru.


punya laa ramaiiii manusia dalam stesen ni... masa ni kami baru keluar dari area Shinkansen... 


FYI, stesen Shin-Osaka ni besar yakmat! so, nak elak sesat barat, kami ikut je direction / signage yang ada. jangan risau. tulisan Roman banyak. kalau tak confident cari je staf station. confirm diorang akan bantu.


pastikan korang follow platform yang betul ya...


untuk ke hotel, kami kena naik lagi 2 tren. jarak dari stesen ni ke hotel cuma 5.6KM je. lagi pun kami kan dah ada JR Pass. sayang laa kalau tak guna. dah bayar mahal, kot?😁

Stesen Osaka

kat platform nampak lengang je. tapi bila masuk dalam bangunan... kemain padat dengan manusia! tambah pula dalam stesen Osaka ni ada banyak kedai, kafe, restoran etc. sekali tengok dah macam shopping mall.


jarak antara stesen Shin-Osaka dengan stesen Osaka cuma lebih kurang 4KM++ je. untuk ke stesen ni, kami just naik mana-mana tren yang ada logo JR. tapi sebelum tu, kena pastikan yang tren tu memang akan menghala ke stesen Osaka.

sebaik melangkah keluar dari platform, kat sinilah bermulanya cabaran buat kami. apa lagi kalau bukan sebab 'tak jumpa' pintu keluar!

maka... berpusing-pusinglah kami dalam stesen tu semata-mata nak cari perkataan 'Osaka Metro' dan juga 'Nishi Umeda Station'.

hampir 1/2 jam jugalah kami cari sampai 'terkeluar' dari stesen (menghala ke jalan raya). bila dah keluar dari stesen, satu lagi masalah timbul. kami tak jumpa tempat untuk melintas jalan! (sebab ada pagar sepanjang jalan)

ah sudahhh... maka nak tak nak kena laa jalan jauh. dah laa badan tengah penat. heret luggage lagi. FYI, stesen Nishi Umeda ni terletak di bawah tanah (subway / underground). jadi selagi kami tak jumpa tangga ke underground, maka selagi tu laa kami kena jalan... adoiii...

ada Google Map pun tak boleh nak tolong. sesat lagi menyesatkan kami ada laa... haihh...😪

Stesen Nishi Umeda

akhirnya kami jumpa tangga. ahh... lega betul! tanpa berlengah kami pun turun dan terus jalan. keadaan 'underground' ni tersangatlah luas dan banyak exit. so nak elak sesat, kami ikut je direction yang ada sampailah jumpa mesin tiket.

FYI, JR Pass is invalid for all Osaka Metro subways. jadi benda pertama yang kami kena buat adalah beli tiket...


mesin tiket dalam stesen Nishi Umeda. pastikan korang sediakan wang kecil ya sebelum beli! seingat anies mesin tiket ni cuma boleh terima wang kertas dan syiling sahaja. 


stesen Nishi Umeda ni adalah stesen terakhir bagi subway Yotsubashi Line - antara laluan paling popular sebab satu daripada stesennya adalah stesen Namba. kalau dah pernah pergi Osaka, mesti korang tahu Namba ni famous sebab apa, kan? 


laluan ke platform. selain eskalator, kemudahan lif turut disediakan...


lagi satu, dalam stesen Nishi Umeda ni ada sebuah kedai mirip 7Eleven. tapi barangan kat sini lebih murah. kami memborong biskut kapal yang harganya cuma ¥0.98 je! padahal kat tempat lain harganya lebih daripada ¥200 sekotak! 


disebabkan biskut kapal ni laa, masa mengemas sebelum balik, luggage kami tak boleh dizip!😂😂 mana taknya? masing-masing beli berpuluh keping!😂😂 tapiii...! jangan confuse ya! foto ni anies snap masa pergi kedai Shojikiya @ Mid Valley. just nak tunjuk biskut kapal yang anies maksudkan. cuma white chocolate je kami tak beli sebab tak ada (stok) kat kedai tu.


kalau korang nak tahu info lanjut fasal stesen Nishi Umeda ni, boleh baca kat SINI.

Osaka Metro



ada pelbagai jenis kereta api milik syarikat swasta yang beroperasi di Osaka. satu daripadanya adalah Osaka Metro. 

masa buat itinerary, pening jugalah nak faham / hafal map, nama laluan & kereta api, etc.; baik kat Osaka mahu pun kat Tokyo. tapi bila dah alami sendiri, sebenarnya tak sukar mana pun. yang penting jangan cepat gabra, panik or risau. tu je. insya Allah, korang pasti akan jumpa jalan penyelesaian.


ni harga tiket sehala dari stesen Nishi Umeda ke stesen Higobashi. tiket tren kat Jepun ni comel nau! kalau hilang... haihhh... seram! so, lepas beli tu silalah jaga baik-baik.

tren Osaka Metro...

inside the Osaka Metro subway...

Stesen Higobashi

kat platform stesen...


stesen Nishi Umeda dengan stesen Higobashi ni cuma bersebelahan je. so tak sampai 5 minit kami pun sampai.

keluar dari platform, terus cari Exit B. dah sampai depan Exit B, kami rasa lega sebab ada lif. tangga pun ada juga tapi agak tinggi dan mungkin boleh 'putus nafas' sambil angkat luggage yang berat tu😂 eskalator pula memang tak ada.

sebaik pintu lif terbuka, benda pertama yang kami nampak adalah jalan raya. then pusing ke kiri... jalan ke depan sikit... dah nampak hotel kami. Alhamdulillah... sampai juga akhirnya...


sorry🙏🙏 blur laa pula! masa ni, anies kat depan hotel. nampak tak traffic light hijau tu? seberang je jalan, then turn right. stesen Higobashi kat dalam bangunan berlampu putih tu....


nak tahu lebih lanjut tentang stesen ni, boleh baca kat SINI.

well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

48 Words of Lo♥e

  1. SONOKNYA NAIK TREN LAJU MERATA STESEN

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak! tambah pula bullet train ni x de kat🇲🇾

      Delete
  2. a country I want to visit, thanks for your sharing Anie

    ReplyDelete
  3. Seronok baca pengalaman Anies ni. Bilalah boleh sampai Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah x lama dah tu... buku merah dah siap.kannnn

      Delete
  4. Semoga sehat-sehat dan lancar selalu

    ReplyDelete
  5. Siempre he querido conocer Japón. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Japón, un país maravilloso para visitar. Espero que tengas la oportunidad de visitar Japón pronto...

      Delete
  6. Buat yang ga sering jalan menggunakan kereta barangkali agak sulit karena terlalu banyak stasiun kereta dan petunjuk arahnya, tapi terbantu bagi yang mau menuju suatu tempat dengan cepat, pakai google map kadang malah bikin pusiiing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. train @ jepun sangat efficient dan selamat. kalau tersesat ramai sudi membantu

      Delete
  7. Assalamualaikum sis, bestnya ke Jepun, mesti lain tu naik sleeper bas, ya banyak stesen tu, nak ikut je gang travel senang hehe.. Thanks sis share, dapat idea sikit², blajaq naik ets dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ya so far yg sy tau sleeper bus kat sn sgt selesa...
      try naik mrt-lrt pusing2 kl. kalau rajin naik erl smpi airport😀

      Delete
  8. kalau ditakdirkan kaya dan ada peluang ke Japan...maka secara rasmi saya akan cari blog ini untuk info...bahkan boleh suggest dengan kawan-kawan pulak ..

    ReplyDelete
  9. what an amazing journeyyyy!! kalau zaty pun borong je manisan-manisan tu XD bukan selalu nak datang Jepun kan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... sapa x rambang mata bla jumpa benda sedap n murah?😀

      Delete
  10. interesting post thanks for your sharing:)

    ReplyDelete
  11. Rindunya nak naik shinkansen lagi. JR pass tu serious berguna sangat utk tourist cam kita. Rakyat jepun sndiri mana dapat JR pass tu tk silap, khas utk foreigner je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. jr pass utk tourist je. laa ni dah naik hargaaaa😢

      Delete
  12. Have a nice new week, dear Anies!

    ReplyDelete
  13. cita2 saya kalau ada umur bisa naik shinkansen

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya amin kan... aminnn aminnn aminnn

      Delete
    2. Haiyaaa yg Deket dulu lah. Whoosh di bandung itu hitungannya Shinkansen juga. Beda nama saja 🤣

      Delete
    3. whoosh tu anytime boleh naik😁

      Delete
  14. best nya!! Tak pernah pergi oversea

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah x lama.lg dah tu dpt rezeki ke luar negara

      Delete
  15. Dulu masa di Osaka ke Tokyo naik bas.. RM40 jer.. sebab nak layan view sepanjang perjalanan... Tapi skrg rasa rugi pulak tak merasa shinkansen ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. osaka ke kobe x try ke naik shinkansen? x pe nnt boleh repeat lg

      Delete
  16. Okla keluar keluar jer.. pusing sana sini sikit dah jumpa hotel.. dulu nak murah nyer pasal amaik hotel dekat 700 meter dari stesyen... Jauh boleh jalan tapi kalau mahal tak leh bayar... Zaman student dulu la.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahammm berjimat cermat.. kami pn lbh krg sm je. berapa.kali ntah tukar hotel nk cr yg murah...

      Delete
  17. Interesting travel story. The front of the shinkansen is very pointy, perhaps because it has to be fast and penetrate the air. Greetings from Indonesia.

    ReplyDelete
  18. kalau kat sana, memang popular la keretapi laju ni kannn. best nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. kalai kejar ms so shinkansen laa penyelesaiannya

      Delete
  19. Banyak syok naik tren... Mesti laju ksnnn

    ReplyDelete
  20. Banyak syok naik tren... Mesti laju ksnnn

    ReplyDelete
  21. seronoknye dapat berkunjung ke tempat org kan anies.. nikmat yg sgt seronok untuk dinikmati... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok.. mencari pengalaman pun ya..

      Delete
  22. Saya rinduuuuu sangat ke jepang lagi 😭😭. Nak ajak anak2', nak visit Hokkaido dan Okinawa ❤️.

    Kenapalah jr pass itu naik melampau rate-nya 🤣🤣.

    Tau tak yg saya rindu juga? Suara musik di Shinkansen kalo dia dah nak berhenti di salah satu stasiun 😄😍. Terngiang2 musik dia 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. g hokkaido main salji. okinawa boleh mkn seafood
      tu laa... naik harga tu lebih separuh...

      haha...ada video sy tengok pasal muzik tu. sy jumpa kat twitter😁

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆