Osaka → Hiroshima, Jepun: Hikari Shinkansen, Stesen Hiroshima, 227-0 Series Red Wing (JR San'yō Line) dan Stesen Miyajimaguchi
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas bersarapan dalam bilik hotel (makan apa yang ada), kami terus ke stesen Higobashi. suasana sekeliling hotel tak sibuk dengan kenderaan tapi kelihatan orang ramai ke sana sini untuk ke destinasi masing-masing.
anies mengagak mereka mungkin dalam perjalanan ke tempat kerja. masa tu baru 6.30AM.
ya, 6.30AM kat Osaka ni dah terang benderang, okey! BTW, route ke stesen Shin-Osaka sama je seperti kami tiba sini sehari sebelum.
bila tiba kat stesen Shin-Osaka, kami tak terus ke platform Shinkansen. sebaliknya kami merayau-rayau sekejap dalam stesen tu. sempat jugalah singgah Family Mart untuk beli kopi.
kira-kira 20 minit sebelum berlepas, barulah kami naik ke platform Shinkansen.
reserved seat ticket... kalau tak ada JR Pass, harga tambang sehala dari stesen Shin-Osaka ke Hiroshima adalah lebih kurang ¥10,750.
Hikari Shinkansen
walaupun namanya sama dengan Shinkansen yang kami naik dari Tokyo ke Osaka (baca kat SINI), tapi Hikari yang ni 'body'nya berwarna kelabu dan berjalur kuning (🎶dihiasi indahnya jalur kuning🎵𝄞)
Shinkansen ni akan berhenti di beberapa stesen besar dan ia akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai di stesen Hiroshima.
'hidung' Shinkansen ni mancung-mancung belaka. entah 'mix' mana laa dia 'dapat'😂😂😂
gerabak Hikari Shinkansen👆👇
suasana dalam gerabak. sama je dengan gerabak Shinkansen yang lain. oh, ya! dalam Shinkansen ni ada Wi-Fi. nak tahu line dia bedesup bak The Flash atau macam sloth, bolehlah try naik nanti😂
Stesen Hiroshima
Alhamdulillah... akhirnya kami sampai juga di bumi yang namanya selalu disebut-sebut dalam buku teks Sejarah. apa lagi kalau bukan kerana peristiwa bom atom dan Perang Dunia II.
masa buat itinerary, anies beritahu farah yang kami akan ke Hiroshima. nak tahu apa farah soal: "eh, situ selamat ke? sisa-sisa bom atom dah habis ke?"
tergelak besar anies dengar soalan tu. tapi pada masa sama anies faham situasi tu. masa kan tidak... sebelum ni kita selalu dikhabarkan dengan kesan nuklear yang tercemar dan boleh membawa maut.
tapi bila kerajaan Jepun sendiri mengesahkan Hiroshima bebas daripada sisa-sisa nuklear, maka secara tidak langsung, orang ramai juga bebas ke sana ke sini kat bandar bersejarah ni.
ehh... nak cerita fasal stesen tapi melalut ke benda lain pula. okey, sambung!
lepas keluar dari platform Shinkansen, kami bukan ke platform tren seterusnya. sebaliknya kami singgah lagi Family Mart kat situ. sempat lagi beli biskut kapal dan kopi untuk buat bekal.
short video @ platform Shinkansen, stesen Hiroshima...
selesai membeli kami terus cari platform JR Sanyō Line. masa ni, punyalah confident... turun ke platform tanpa rujuk itinerary. kami cuma refer signage je. bila dah masuk dalam gerabak, entah macam mana anies tergerak hati nak tanya orang. masa tu tren belum berlepas lagi.
"this train will go to Miyajimaguchi station, right?" "no, no! that train!" balasnya sambil menunjuk tren berjalur merah bersebelahan platform.
apa lagi? mencicitlah kami berlari keluar dari gerabak dan terus panjat tangga untuk ke platform sebelah. masa tu dah tak fikir apa daa... yang penting kami mesti naik tren tu sebelum ia berlepas!
bila kami melangkah masuk gerabak, rupanya couple mat saleh yang satu gerabak dengan kami sebelum tu pun tersalah tren. adoiii laa... drama sungguh! tak lama kemudian tren yang dinaiki beransur-amsur meninggalkan stesen Hiroshima.
277-0 Series Red Wing (JR San'yō Line)
lepas tren bergerak, barulah anies buka itinerary. memang sah! kami silap naik tren! dalam itinerary anies dah siap tulis, 'tren berjalur merah'. manakala tren yang kami silap naik tu berjalur hijau. haihhh... tu laa... konon nak tunjuk terer kan...
JR Pass holder boleh naik tren ni FOC. harga tambang sehala tanpa JR Pass dari stesen Hiroshima ke stesen Miyajimaguchi adalah ¥420 per person.
suasana dalam gerabak... sampai ke sudah kami kena berdiri. lenguh beb! 30 minit bukannya sekejap...😂
tren ni lebih kurang macam tren KTM Komuter. ia akan berhenti di beberapa stesen kecil. apa yang best fasal tren ni adalah, kita dapat nikmati pemandangan kampung dan pekan-pekan kecil dalam 'daerah' Hiroshima ni.
sepanjang perjalanan, anies asyik terfikirkan... macam mana laa kehidupan penduduk-penduduk luar bandar lepas peristiwa bom atom tu. adakah diorang terkena tempias juga? atau terselamat sampai sekarang? macam-macam benda berligar dalam otak sampai tak sedar, perjalanan selama 1/2 jam tu, dah berakhir...
ada 3 short video pemandangan luar bandar / kampung sepanjang perjalanan dari stesen Hiroshima ke stesen Miyajimaguchi👇👇👇
📹
📹
📹
Stesen Miyajimaguchi
stesen ni kecil je. keluar je dari gerabak, dah nampak exit gate. masa tu laa baru kami perasan... rupanya ramaiiii yang turun kat sini. ingatkan kami bertiga je😂😂
short video @ stesen Miyajimaguchi...
ada satu insiden cukup mendebarkan berlaku sebaik sahaja anies keluar dari stesen ni. nak tahu apa yang jadi?
stay tunedddd...
daaa
p/s lambat BW🙏
46 Words of Lo♥e
wah! Bestnya dapat menjejakkan kaki ke bumi Horoshima. Selama ni tahu menerusi buku sejarah sahaja... Tahniah....
ReplyDeleteya antara wishlist sy ni...
DeleteYang teringat itu memang peristiwa bom nuklir Hiroshima dan Nagasaki .tapi aman ya ?, apakah kehidupan penduduk di sana baik'saja , sudah normal seperti keadaan saat sekarang
ReplyDeleteya insya allah aman dan baik2 sahaja... cumanya cuaca masa tu hujan lebat. habis kami kebasahan...
Deletemujur bertanya kalau xtersalah hala masalah besar tu
ReplyDeletekalau tersalah naik tu jenuh nak patah balik..
DeleteWhat a nice post, thanks for your sharing
ReplyDeleteyou're welcome✌️
DeleteWalaupun ala2 kampung sikit Hiroshima tu tetapi nampak rumah2 dan jalan2 rayanya kemas sahaja.
ReplyDeletetu laa rumah yg byk brg pun tersusun kemas je. suka sy tgk
DeleteEs un lugar que me gustaría conocer. Te mando un beso.
ReplyDeleteHiroshima... llena de historia
Deletefuhh nasib baik tak tersalah naik train tu, kalau tak jadi cerita lain pulakk
ReplyDeleteteringin sangat nak pegi hiroshima. tak sabar nak baca next entri!
jenuh nk patah blk n tggu train yg seterusnya
DeleteUishhhh best nya jalan² ke Jepun 🥰
ReplyDeleteya. ni cite akhir thn lps... sy biasa laa... pnjg nau bercerita. berbulan2😁
DeleteYou can actually get lost on such a journey.
ReplyDeletei know. every journey presents its own challenges to overcome...
DeleteSuka baca trip Anies ni, macam2 insiden. Banyak hikmahnya kan. Seronok, best best pergi Jepun. Moga sampai nanti Aamiin.
ReplyDeleteinsiden tu mcm.selingan. kalu happy sentiasa x syok jg. barulah ada cabaran, kan?
DeleteBest betul naik transport di Jepun ni kan. Bersih dan menepati waktu. Bagus juga tu wifi laju selari train dia. Tiptop semuanya. Syok layan permandangan suasana kampung. Biasa tengok dalam drama movie je. Dapat tengok in real memang syoklah kan.
ReplyDeletedia punya patuh masa tu mmg saya salute! spnjg berada kat sini, sentiasa on time kec kalau ada delayed
DeleteRasa nak duduk je atas 'hidung' Shinkansen tu... haha
ReplyDeletekena pergi kat depot shinkansen laa
DeleteAssalamualaikum sis, bestnya travel Japan, keliru juga ni platform mana, ikut sis je la senang hehe.. Ada insiden panik.. Suspen..
ReplyDeletewaalaikumussalam... akibat terlalu konfiden laa tu😁
DeleteEntah bila boleh jejak Jepun.
ReplyDeleteCerita pasal bom yang dijatuhkan oleh AS di Hiroshima, teringat terus bandar Nagasaki yang menerima nasib sama. Betapa kuatnya semangat orang Jepun membangun semula kehidupan yang hancur runtuh dalam masa yang singkat!
insya allah x lama lg tu kak...
Deleteya kak. nama hiroshima dan nagasaki takkan luput dr sejarah..jom kita g nagasaki kak!
ingin sekali berkesempatan untuk dapat naik kereta cepat shinkansen,
ReplyDeleteinsya allah x lama lg laa tu
DeleteGerak hati cukup membantu jika kena caranya...kalau tidak naya jadinya
ReplyDeletetu laa... 😁
DeleteHiroshima dan Nagasaki...nama popular dalam kisah sejarah
ReplyDeleteya akan dikenang sejarah smpi bla2...
DeleteAna pun tertanya juga psl kesan bom atom tu..
ReplyDeleteok dah x de apa2 kat situ. kalau x ok dah lama hiroshima tu ditutup kpd org ramai mcm kat chernobyl tu
Deleteberangan ke jepun wlaupun pada hakikatnya xkan sampai..haha
ReplyDeletesy pun mula dgn angan2 jg..
DeleteJepun ni tak pernah sampai lagi. Ramai yang review best kalau ke Jepun. Teringin nak naik train laju tu anies....
ReplyDeleteinsya allah dah smpi jepun nnt boleh naik shinkansen
DeleteHiroshima dan Nagasaki itu kota fav saya 😄❤️. 2x kesana tak bosan. Anak2 pun sukaa datang ke museum bom atom nya. Nanti kalo ke jepang lagi, saya nak ajak mereka lagi ke Nagasaki. Krn waktu itu mereka baru lihat yg Hiroshima saja.
ReplyDeletetu laa.. harap next trip dpt ke nagasaki pula... trn kat fukuoka...
Deletecantik sungguh hidungnya yer.. :D nampak pun dah laju, kalau naik agaknye mcmn la.. bedesup dah sampai ke destinasi...
ReplyDeletekalau yg plg laju tu mmg laju betul smpi terasa bergegar bla berselisih
DeleteSaya tak bosan ke Hiroshima dan Nagasaki. 2-2 nya kota cantiiiik. Kakak datang ke museum bom atom? Anak saya waktu itu ke museum yg di Hiroshima. Dia belum lagi ke Nagasaki. Trakhir ke Nagasaki saya dengan teman. Benar2 nak menangis lihat semua sejarah mereka. Apalagi saat baca surat2 dari orang sana yg mempertanyakan kenapa mereka dihukum seperti itu 😔
ReplyDeletenagasaki dlm list sy kalau ke sana lg. x sempat ke muzium sbb ms tu hujan lebat n terperangkap kat 1 tmpt
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆