Singgah Apple Store @ The Exchange TRX, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Minggu lepas (22 Jun) secara rasmi Apple Inc. membuka store pertamanya di Malaysia dan yang keenam di ASEAN selepas Bangkok (2) dan Singapura (3). so far Apple Inc. mempunyai kira-kira 500 buah store di seluruh dunia.


entrance dari tingkat atas... kawasan berumput dan sekelilingnya dipanggil Laman Acara. cantik design bumbung Apple Store (AS) ni. ada yang cakap dari jauh macam tudung saji😂


bagi peminat 🍎 ia suatu penantian yang berbaloi selepas 23 tahun menunggu. daripada komen-komen yang anies baca, walaupun dah ada Machine dan Switch tapi perasaan teruja tu tak sama dengan 'kewujudan' AS yang sebenar.

BTW anies bukan 'walApple' ya... singgah sini pun sebab nak tengok Pink iMac yang sekian lama jadi idaman kalbu... haihhh bila laa sugar daddy sponsor Pink iMac nak muncul ni😂😂😂

anies pergi hari kedua (23 Jun) sebab dah faham sangat dengan FOMO orang Malaysia ni kalau datang pada hari pertama. so bila sampai sini, rasa santai je. tak perlu berebut-rebut. sambil-sambil tu boleh snap foto dan rekod video dengan aman sejahtera. gituuu😁

foto-foto anies rangkumkan dalam 1 video👇👇. oh ya, tentang harga barangan kat sini... maaf laa ya... anies tak ambil tahu pun kecuali harga Pink iMac😍


entrance AS dari dalam mall...

short video - rangkuman foto-foto dalam AS...

short video - suasana dalam AS...


p/s lewat BW🙏

that's all for today...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

26 Words of Lo♥e

  1. NJ yang dalam news orang ramai beratur tu ya.

    ReplyDelete
  2. sugar ddy plisss hadir tlg sponsor Ana sekali hahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis, wah dah sampai sana, ingat cari tote bag AS. Siap ada orang jual lagi lepas dapat beg tote tu.. Nak juga buah tangan ni :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam
      kalau laa dtg santai mcm tu AS kasi tote bag mau melompat sakan sy kat situ😁

      Delete
  4. Uncle tunggu orang kurang ramai baru nak gi jenguk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mggu ni ok dah rs nya x sesak mcm mggu lps

      Delete
  5. Dengar cerita punya ramai orang kat Apple Store ni......wahhhh ada ya warna pink?. Bila akak google memang lawa cuma.....harga je tak berapa nak lawa...Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari kedua krg sket tp masih ramai... yaaa harga dia tu bleh buat downpayment kete😁

      Delete
  6. Sedihnyeu di Indonesia tak ada apple store ya.
    Entah kapan apple bakal tergerak hati untuk membangun cabang di Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau tak lama lagi ada laa tu AS di sana

      Delete
  7. Es un lindo edificio. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. jgn lupa beli kat i satu..hadiah bestday..haha

    ReplyDelete
  9. Masih ramai lagi org yg pergi AS tu ye. Semoga impian anies nak memiliki pink iMac tercapai 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari kedua ramai tp x sesak
      aminnn aminnn aminnn

      Delete
  10. Saya yg bukan pengguna Apple pun terkesima 😁

    ReplyDelete
  11. Baru nak kecam kalau kak anies pegi hari pertama HAHAHA. Pegi next day jugak yg tenang, FOMO rakyat malaysia ni dahsyat sangat 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy android je. kalau pakai buah apple pun sy x laa fomo sgt.. sekadar nk amik tahu je

      Delete
  12. Ramai gila kan orangnya masa hari pertama pembukaan tu..

    ReplyDelete
  13. Nasib baik saya tak pakai apple 🤣. Android selalu di hati soalnya 😄

    ReplyDelete
  14. I'm not apple user.... Still android user.. wife sibuk setia dgn iPhone dia.. so kami kat rumah tgk boleh Bluetooth each other hahahahaa

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆