Osaka, Jepun: Riga Place Higobashi
10:00 am✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebaik tiba, benda pertama yang kena buat adalah check in. since kami dah bayar penuh, jadi tiada sebarang deposit diperlukan. pihak hotel cuma minta passport je untuk pengesahan.
main entrance. ingatkan snap dalam gelap boleh nampak nama hotel. tapi nan hado😂
dari mula sampai akhir, farah je yang uruskan hal-hal berkaitan dengan hotel & tiket. kami just huluq $$ jaa😁😂
lobi hotel
laluan (shortcut) hotel ke kedai.
selesai urusan, kami tak naik ke bilik. tapi kami ke kedai bersebelahan hotel ni. perut dah lapar masa ni. so apa yang ada (makanan halal) kami beli je laa untuk alas perut.
selesai membeli, kami merayap sekejap kawasan sekitar hotel. agak sunyi. sesekali ada kenderaan lalu lintas. padahal masa tu baru masuk jam 9.00 malam. pada masa sama angin sejuk mengigit-gigit kulit badan. tapi tak sesejuk angin malam kat Hakadote.
since tak ada apa yang menarik kat situ, kami masuk hotel semula dan collect luggage sebelah kaunter receptionist. then terus ke tingkat 7.
sengaja kami rapatkan katil... BTW tilam dan bantal sangat empuk. masing-masing tidur mati sampai ke pagi😂😂
bila pintu bilik terkuak, masing-masing dah tak sabar nak landing atas katil. bilik kami ni dikira sebagai triple bed. tak laa luas mana pun. tapi yang penting kami dapat berehat dan melelapkan mata.
disebabkan foto blur, jadi anies kecilkan saiz. ni antara deko dalam bilik kami👆👇
toilet yang bersih dan lengkap. paling anies suka dah tentulah washlet nya👍👍
shower foam, syampu dan perapi yang disediakan ni wangi sangat!
antara kemudahan yang disediakan adalah shower, toileteries, TV, wi-fi yang bedezuppp, mini bar, AC, tuala etc. untuk harga pula, seorang kena bayar dalam RM500++ untuk 3 malam. untuk dapatkan harga sebenar korang boleh tengok kat Agoda or Booking.com ya!
overall anies bagi ⭐⭐⭐⭐untuk hotel ni.
well foto dalam bilik pada asalnya banyak anies snap. tapi entah apa silapnya, separa foto jadi blur... haih... anies pula jenis, lepas snap foto bukan nak check! hmm my bad...
tu je laa perkongsian untuk hari ni. BTW Isnin depan kita bakal meraikan satu lagi perayaan istimewa iaitu Aidiladha. jadi di kesempatan ni...
anies ingin ucapkan... selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua yang meraikannya... tak kiralah di mana kalian berada... minal a'id wal faaizin...
see you on Tuesday!
daaa...
23 Words of Lo♥e
Ngapa rapatkan katil pulak? Takut jatuh?
ReplyDeletemasing2 tido buas🤣
DeleteSalam Aidiladha....seronok tidur di hotel yang ada tilam empuk
ReplyDeletealhamdulillah... sesekali 'healing' kat hotel😀😁
DeleteHotelnya cakep..bersih..nyaman dan simpel,cukup lengkap juga perlengkapan di kamar, yang paling penting tuh bisa tidur nyenyak sampai pagi😴
ReplyDeleteitulah keistimewaan hotel2 di jepun. luar dalam bersih. saya puji part ni👍👍👍
DeleteSelamat hari raya Idul Adha juga buat sis Anies dan keluarga di sana
ReplyDeleteterima kasih... salam.aidiladha jg buat mreneyoo sekeluarga di Lampung✌️😀 maaf zahir & batin
DeleteGenial hotel. Te mando un beso.
ReplyDeleteWah...cantik n selesanya..alhamdulillah..
ReplyDeleteSalam Aidil Adha jua buat Anies 😊
ya selesa yg plg penting..
Deletesalam aidilfitri utk MA sekeluarga
Bilik hotel di Jepun memang mostly bersih kemas kan. Best best, moga sampai Jepun nanti.
ReplyDeleteya betul tu mmg bersih n kemas. tilam bantal.pn empuk
Deletethanks for your sharing
ReplyDeleteyou're welcome
Deletevery interesting place:)
ReplyDeleteabsolutely
Deletebetul2 gelap signange hotel tu, nak kasi orang duduk ke tak ni?! xD
ReplyDeletekasi duduk tp tak kasi baca🤣
DeleteBersih bilik air dan toiletnya. Memang puas hati kan. No wonder lah Anies bagi 5 stars! Selesa pun selesa. Kalau dah penat, memang tidur matilah kita.
ReplyDeleteya betul tu. rs berbaloi bayar mahal n dpt hotel hotel yg bersih dan selesa
DeleteKalo di antara travel mates saya, yg selalu mengurus masalah booking dan pembayaran serta check in, dah pasti saya 🤣. Teman2 macam fara , Aling dan kina, duduk manis tunggu beres hahahahaah
ReplyDeleteamboiiii relaks betul diorang yaaa
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆