Hakodate → Tokyo, Jepun: sayonara Hakodate!, Stesen Tokyo dan Stesen Shin-Ōkubo
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebaik turun dari tram kat Stesen Hakodate Ekimae, kami terus berlari ke hotel untuk collect luggage.
suasana depan hotel... sedihnyaaaa nak balik...😭😭😭
segalanya kena buat secepat yang mungkin. dari hotel kami ke Stesen Hakodate (SH) tak jauh. tapi... sebaik melangkah masuk ke ruang menunggu, satu tren pun tak ada kat situ!
sebenarnya, kami pun silap juga sebab tak check schedule tren. bila jadi macam ni, tak ada apa yang mampu kami boleh buat kecuali berdoa agar tren Hakodate Liner (HL) muncul segera.
berpandukan electronic board yang tergantung kat siling stesen, HL akan sampai pada 2.15PM dan bertolak ke Stesen Shin Hakodate-Hokuto (SH-H) pada 2.18PM!
dalam kepada dah congak. kami akan sampai sana sebelum 2.48PM. kalau tak, kami terpaksa naik Shinkansen jam 4.00PM! no way! dah lewat sangat tu. nanti kami tiba Tokyo jam 8.00PM. then nak ke hotel lagi... tidakkk!
'bunyi' 8.00PM tu macam awal, kan? tapi sebenarnya suasana sekeliling macam dah jam 11.00PM... sebabnya, sekitar 4.30-5.00PM langit dah gelap.
short video of HL. tren muncul tepat pada masanya.
tanpa berlengah, kami terus masuk gerabak sambil mata tak henti-henti tengok jam. tepat 2.18PM HL pun beredar meninggalkan SH.
mungkin Allah SWT dengar doa kami. HL sepatutnya berhenti di 4 stesen sebelum tiba SH-H. tapi hari tu, HL cuma berhenti di 2 stesen je. it means, kami boleh sampai lebih awal di SH-H!
suasana dalam HL. nak duduk pun hati tak tenang selagi tak tiba SH-H.
memang betul! kami tiba SH-H 7 minit sebelum Shinkansen berlepas. tapi... nak jadi cerita, masa kami keluar dari tren entah kenapa kami kena tahan! kami tak dibenarkan masuk platform Shinkansen. keadaan kat situ agak sesak dengan orang ramai yang beruniform. anies mengagak diorang tu mungkin pelajar universiti.
farah dan nora dah tak keruan bila kami tak bergerak (terperangkap dalam crowds). then, tak semena-mena kami nampak ada penumpang yang tak hiraukan arahan dan terus 'merempuh sekatan'. kami pun ikut walaupun polis bantuan tu terjerit-jerit (dalam bahasa Jepun). mungkin dia marah sebab ada yang tak dengar arahan.
sebaik melepasi orang ramai, kami nampak platform Shinkanshen. lega sangat sebab tak perlu naik eskalator/tangga. platform Shinkansen cuma bersebelahan je dengan platform HL
reserved seat ticket
sebaik kaki jejak lantai platform, kami nampak Hokkaido Shinkansen dah ada kat landasan! tanpa menyemak reserved seat ticket terlebih dahulu, kami terus melompat masuk gerabak.
masa tu... rasa macam nak putus nyawa! tak sampai seminit kami masuk, pintu Shinkansen pun tutup. fuhhhhh... Alhamdulillah...
dalam kalut-kalut tu sempat lagi snap platform Shinkansen SH-H...
ya Allah... rasa nak sujud syukur je kat situ. bila Shinkansen dah bergerak barulah kami simpan luggage then cari seat. oh ya, kami naik Shinkansen yang sama masa kami datang ke sini. so korang boleh baca perkongsiannya kat SINI.
sayonara Hakodate! panjang umur, murah rezeki... kami datang lagi! 😭😭😭
short video. view perjalanan ke Tokyo... tak tahu laa masa ni dah sampai mana...
STESEN TOKYO
Alhamdulillah... kami dah selamat tiba di Stesen Tokyo...
adoiii... pusing punya pusing... tak jumpa-jumpa! pelik pun ada. kami sesat ke? tak juga. sebabnya, kami jumpa platform JY tapi itu laluan ke Shibuya. kami boleh je naik tren. cuma tempoh masa untuk sampai tu agak lama.
dah laa letih. memang tak laa kami nak berdiri lama dalam tren. masa tu orang ramai masih baru balik kerja. jadi... kami pasti, tren akan sesak dengan penumpang.
hampir 10 minit jugalah kami cari platform JY. masa tu memang nak give up dah. tapi entah macam mana... kami toleh belakang... eh, nilah platform nya!
adoiii... bila fikir balik, macam mana kami boleh tak nampak ya? pada hal platform JY tu ada kat area sama... aduhhh...😓😓
tanpa buang masa, kami terus naik ke ke atas dan tunggu tren sampai.
STESEN SHIN-ŌKUBO
perjalanan dari Stesen Tokyo ke Stesen Shin-Ōkubo (SS-Ō) mengambil masa 1/2 jam. syukurlah kami dapat tempat duduk dan sempat juga terlelap kepenatan... 😁😁
sebaik tiba di SS-Ō, ada something yang buat kami ketawa. kami jumpa lif yang mana ia berfungsi untuk turun je. so dalam lif tu cuma ada button buka dan tutup pintu sahaja😁😁... Jepun jarang menghampakan...
suasana depan SS-Ō. agak sesak dengan orang ramai dan kenderaan lalu lalang...
dari stesen ke hotel, kami kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. agak jauh juga tu. tapi... kalau tak sesat tu memang tak sah!
ya... kami sesat! entah berapa kali tersalah masuk lorong. so perjalanan selama 10 minit tu bertukar jadi 1/2 jam!
syukurlah luggage anies tak berat. dalam pada tu kesian jugalah kat farah dan nora yang terpaksa heret luggage besar.
lorong menuju ke hotel. entah kenapa anies suka dengan suasana lorong-lorong kat Tokyo ni. sentiasa ada orang lalu lalang. so kalau jalan seorang seorang pun tak takut...
Alhamdulillah... hotel yang dicari akhirnya jumpa juga. selesai check in dan simpan luggage, kami keluar sekali lagi untuk cari makanan kat area SS-Ō. tapi restoran halal tu tutup😭😭
last last kami singgah Lawson beli keledek bakar dan telur rebus. malam tu, cuma makan apa yang ada. biskut, roti dan kopi. cukuplah... janji kenyang. lagipun kami dah letih sangat.
well... nak tahu kenapa kami pilih hotel dalam area SS-Ō ni? nanti next entry anies share fasal hotel pula...
travel not just to reach a destination, but to discover the stories that unfold along the way. #HokkaidoShinkansen #Hayabusa #Tokyo #Japan
well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa...
40 Words of Lo♥e
Putus nyawa rasa baca kisah ni..adventure sungguh la..mujur bukan sorang..klo x dah panik
ReplyDeletetu laa
Deletesy panik kalau duit hilang hehehe
letih betul main kejar2 train ni. lagi2 jika bahasa n tulisan yg dipakai di sana kita x faham.
ReplyDeletehehehe
Deletetu laa nasib travel buat sendiri ni hahaha
Thank you bawak SS jalan2 kat Jepun .ehhehehe Baca entri dan tengok gambar2 ni SS rasa mcm dibawa2 ke situ pulak. heheheh
ReplyDeletesama sama
Deletesesekali bercerita
mcm tu laa sy hehe
Waduh Mbak sampai terburu-buru begitu ya... Alhamdulillah tidak terlambat.
ReplyDeleteLorong menuju hotel tampak sepi, tapi ada saja orang yang lewat ya Mbak? Aman kah disana Mbak?
Salam,
ya. itu perkara biasa kalau travel sendiri, mas...
Deletetokyo ada 30++ juta orang. jadi jalanannya tak pernah sunyi dengan orang ramai
Amboi.... "Termenung keluar jendela" nampak...?
ReplyDeletetahan mengantuk tu demi sekeping foto
Deletehahaha
aku yang baca pun penat gak ni. paling stress kan mencari stesen atau hotel kat Jepun. uish ko dah sampai Tokyo. Aku punya voucher AA tu entah2 burn macam tu je nanti. huhu
ReplyDeletetu laa pasal...
Deletesesat itu wajib bla smpi jepun
hahaha
valid lg mek
smpi 2027
aussie next?
Aussie leceh. kena isi form macam-macam. adeh
Deletejepang
Deletemain salji kat sapporo!
Kenapa kena tahan masuk platform Shinkansen tu?
ReplyDeleteDapat makan keledek bakar Jepun pun dah best tu. 😄
tak tahu laa kenapa...
Deletekeluar2 tren je dia suh berhenti
kalau nak kasi org ramai tu naik HL supposed kena laa bg kami keluar dulu... adehhh
sejuk2 mkn keledek bakar pun sodapppp
Entri penuh suspens. Nasib baik ye. 😊 Dah sampai Tokyo dah dia.
ReplyDeletehehe biasa laa tu nak nmpk dramatik kan😁
Deletemenarik kisah kembara anies
ReplyDeletesesekali bercerita kak
Deletehehehe
luas juga trainnya.. selesa..
ReplyDeleteya mmg luas
Deletethen bersih ;-)
Semput baca tapi memang seronok kan. It's the journey, not the destination. Kami pun plan tak nak drive kalau diizinkan ke Jepun nanti.
ReplyDeletepublic transport jepun mmg terbaik
Deletesesat mcm mn pun pasti akan jumpa pangkal balik
trust me!
rs nya lg murah kalau guna public transport kat sana
sbb petrol kat sana mahal
Watashiwa Nasuha desu. Watashiwa nihonggoga wakarimasen =P
ReplyDeletewakarimasen🤣
DeleteBoa tarde e um excelente sábado minha querida amiga.
ReplyDeleteobrigado luiz
Deletecerita perjalanan yang penuh saspen atau mendebarkan...syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat
ReplyDeletekalau travel sendiri mcm tu laa
Deletetak sah kalau tak ada drama
hehehe
very interesting place:)
ReplyDeleteEs un genial lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah gak ketinggalan, kalau nggak berantakan semua rencana, di sana ada Shinkansen, di sini sudah ada Whoose loh🤭,walau saya pun belom pernah naik hehehe.
ReplyDeleteitu laa... syukur tak kena tggp shinkansen😀
Deleteada rezeki nnt sy nak naik Whoosh..
Seram pulak baca pintu train tutup selepas semua lepas masuk train. Turut berdebar membacanya.
ReplyDeletePergh!! Betul-betul mendebarkan.. Sha yang baca pun rasa macam nak putus nyawa.. huhuhu.. Memang pengalaman sungguh..
ReplyDeleteHang berjaya buat aku baca dengan penuh suspen weiii hahahahaha.. :P
ReplyDeleteBila train bergerak ikut timing yg betul senang utk kita rancang perjalanan.. Mmg kena buat calculation kalau nk tukar tukar train ni di Jepun. Lorong2 di jepun tak pernah sunyi kan.. seronok jer berjalan-jalan walau diwaktu malam. Bila tgh travel ni dpt makan apa je pun dah syukur kenyang..
ReplyDeleteNampaknya, dalam betullah memikirkan unfolding stories.
ReplyDeleteMacam ikut berkeringat saya bacanya 🤣😁😁. I know the feeling lah, saat mengejar kereta api tuh. Takut terlewat jdwal kan. Apalagi kalo bawa koper berat.
ReplyDeleteTapi sbnrnya Krn itu juga saya selalu buat jarak waktu lebih lama, supaya tak terburu2 😅. Kalau dipikir sekali pernah merasakan ini juga, mengejar kereta ke Narita. Tapi ternyata kereta jam 12 dah tak ada. Padahal pesawat saya pagi 🤣🤣. Terpaksa menunggu bus yg baru start jalan jam 2 pagi hahahaha. Di tengah winter hrs antri di luar. Untungnya koper2 sudah saya kirim pakai Kucing Hitam. JD tak berat bawaan.
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆