Istanbul, Türkiye: Tamara Restaurant & Cafe

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan dari airport ke Istanbul mengambil masa hampir sejam. anies dah tersengguk-sengguk... menunggu penuh sabar... bila laa Selat Bosphorus akan menjelma depan mata ni...

walaupun mengantuk, ada kala gigih juga mata ni menahan semata-mata nak tengok scenery sepanjang perjalanan. walaupun bas melalui highway, tapi tu tak menghalang kami menikmati pemandangan indah di waktu pagi.

bila ternampak menara dan kubah Blue Mosque, hati dah melonjak gembira. Alhamdulillah... impian nak jejakkan kaki di bumi Muhammad al-Fatih Ílhan Mansiz ni tercapai jua walaupun berada kat sini kurang 24 jam.

sedang leka memandang kawasan sekitar, tiba-tiba bas berhenti dan our tour guide pun bersuara: "lets have our breakfast!"

apa lagi? masing-masing jadi tak keruan. yang tengah tidur, terus hilang mengantuk bila diajak makan😁

sebenarnya anies tak sangka yang tourIstanbul ni ada sediakan sarapan. ingat kan bawa kami jalan-jalan je. 

so korang. please take note! kalau naik Turkish Airlines nanti dan transit lama kat Istanbul, jangan lepaskan join tourIstanbul ni tau! nak tahu lebih lanjut, anies ada share dalam entry INI. baca, jangan tak baca!

okey, lepas turun bas kami terus masuk restoran. tempat kami dah disediakan di tingkat atas. keadaan dalam restoran lengang. tak ada customer. hanya kami sahaja yang seramai 25 orang ni.

sebaik tiba di tingkat atas, hati melonjak gembira bila melihat 'sarapan orang Türkiye' terhidang atas meja. 1 meja ada 4 hidangan. anies dengan mama duduk semeja bersama mak cik dan pak cik.

suasana yang sedikit hingar-bingar tadi terus jadi sepi bila masing-masing khusyuk mengadap sarapan. lapar, beb! kami dari tengah malam tak jamah apa-apa pun.

Alhamdulillah... hidangan sarapan ni cukup mengenyangkan! dan... macam biasa anies sertakan beberapa keping foto untuk tatapan korang.

ni restorannya... sederet dengan restoran ni adalah kedai-kedai souvenir. anies tak sempat nak beli souvenir kat sini sebab lepas kami keluar, tour guide dah panggil untuk berkumpul.

ruang makan di tingkat atas. tandas di sebelah kiri (foto) dan sangat bersih. lepas makan, masing-masing sibuk lepaskan hajat. sampai kena beratur😂

anies rasa pihak Turkish Airlines memang dah booking restoran ni siap-siap untuk customer mereka. lepas kami keluar, group tourIstanbul yang lain pula sampai.

dan... inilah sarapan kami! tampak ringkas, kan? tapi sangattttttt mengenyangkan! puas hati! ada sosej, 4 jenis jem, telur rebus, cheese, butter, timun, buah zaitun, buah tin dan tomato. semua ni dimakan bersama...

nampak tak potongan roti dalam bakul tu? walaupun nampak sikit, tapi cukup untuk kami berempat! untuk minuman pula, anies request kopi O. mama, mak cik dan pak cik pesan teh O. pinggan kami licin! kami betul-betul menikmati sarapan ni. mama tak habis-habis memuji kesedapan hidangan walaupun ringkas. Alhamdulillah... memang terbaik👍👍👍 BTW, blogger Camdandusler, apa nama hidangan ni?

kalau mai Istanbul walaupun tak ikut tourIstanbul, korang masih boleh singgah restoran ni. lokasinya berdekatan Blue Mosque. Google / Waze Tamara Restauran & Cafe. confirm jumpa!


okey, tu je laa dulu pembuka cerita jalan-jalan kami di Istanbul. insya Allah, minggu depan anies sambung lagi. agak-agak... anies dan rombongan menuju ke mana? boleh teka tak?

p/s baru BW sikit... 😔🙏🙏
that's all.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

32 Words of Lo♥e

  1. Best ni...tour percuma, termasuk sarapan percuma. Untung!

    Lepas makan, pergi melawat Blue Mosque la agaknya ya sebab paling dekat dengan restoran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... nnt pegi jln2 boleh try naik turkish airlines😀

      teetttt salah!😉

      Delete
  2. wah simplenya breakfast dia.. niceee

    ReplyDelete
  3. Bestnya kira dapat destinasi bonus la kan sbb tak plan pun nak ke Istanbul ni betul tak? Nampak healthy ye sarapan pagi orang Istanbul. Kalau yg terbiasa sarapan nasi lemak, lontong, laksa bagai mesti rasa tak puas 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. nanti kalau naik turkish airlines make sure amik pakej ni tau!

      tu laa... mkn sihat2 je. boleh pun kenyang hehehe

      Delete
  4. jemput join segmen Cuya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  5. Nampak restoran ni macam pernah pergi dulu. Tangga nak naik atas agak curam sedikit. Mungkin ya restoran yang pernah pergi dulu atau mungkin juga tak pernah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. tangga dia curam sikit...
      acu check. mn tau kita singgah di resto yg sama?😉

      Delete
  6. Parece un genial restaurante. Me alegro que disfrutaras la comida. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Es una experiencia tan nueva para mí disfrutar de esta comida. Deberías venir a Estambul pronto

      Delete
  7. Breakfast dia memang fantastic semua sedap

    ReplyDelete
  8. Saya masih ingat 9 hari di turki badan turun berat karena tak terlalu cocok dengan menu mereka 🤣🤣. Tapi saya akui sayuran, buah, madu dan yoghurt Turki itu terbaiiiik lah. Jadi setidaknya kalo tak makan berat, asalkan ada salad dan buah saya masih bisa kenyang 😄👍

    ReplyDelete
  9. Sempoi betul sarapan.
    Alhamdulillah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa memula igt mcm x ckp. skali dah mkn haaa amik kau😁

      Delete
  10. He he .... Saya punya kenangan buruk di bandara Atatuk Istambul, 2015, saat transit mau ke UK. Dimarahi bule. Saya duduk di ujung bangku panjang yang sedang dia duduki. Mungkin dia anti dengan orang berbusana muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik tu kalau tiba-tiba nak marah orang...dah kira macam racist pula

      Delete
  11. Boa tarde de domingo e bom início de semana.

    ReplyDelete
  12. Wow bestnya jenjalan ke Istanbul.. Agaknya berapa kos percutian ke sana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada kos. tour ni percuma sbb kami naik turkish airlines

      Delete
  13. Anies, restoran ni Kak Amie dah singgah, dan makan tengah hari di sini.

    ReplyDelete
  14. Wah.. Sukanya tour trip macam ini.. Siap ada makan disediakan.. Memang legalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt sha g memana naiklah turkish airlines. dpt join trip ni foc

      Delete
  15. bersih dan besar kedai ni.. vibe mcm kedai arab kat malaysia juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. kdg msk tmpt br rs kekok. tp yg ni santai je. mcm dah biasa dtg😁

      Delete
  16. datang singgah sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  17. kalau dr masjid biru boleh jalan kaki lah ke resto ni

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah semua nmpk sedap!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆