Top 5 for September 2023
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
"Bulan September ni ada 4 hari je ke?"
posting kat FB ni betul-betul buat anies tergelak besar. memang ya pun... rasa sekejap sangat dah masuk Oktober. rasa macam... tak buat apa pun, tiba-tiba... eh, dah bulan 10? korang ada rasa tak macam tu juga?
well... macam biasa... sebagai pembuka entry untuk bulan baru ni... kita mulakan dengan 'siri top 5'. ceh... dah macam program TV kekdahnya😂
Alhamdulillah... masih konsisten walaupun mem besar rasa macam tak cukup nafas je nak handle blog ni. hahaha... bunyi macam tengah handle project berjuta-juta RM, kan?
well secara peribadi anies berasakan bulan lepas, anies 'tak berapa nak aktif'. walaupun weekdays ada update, tapi part BW... memang ke laut dalam! haihh...
ada beberapa blog yang anies tak sempat lagi nak terjah. fuhh... harap-harapnya bulan Oktober ni tak jadi dah macam tu lagi.
eh, ni nak cakap fasal blog sdn. bhd. ke... fasal top 5? apa-apa pun izinkan anies untuk ucapkan:
kerana masih lagi 'menyokong' blog ni melalui komen-komen yang ditinggalkan. terima kasih sangat sangat🫰🫰
dannn... jom kita kenal lebih rapat 'penghuni top 5' bulan lepas. cekidaut!
nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. seorang demi seorang mula follow blogger ni walaupun fanny berasal dari Indonesia.
not a big deal! dalam dunia tiada sempadan ni... ia bukan mustahil.
bagi yang belum kenal fanny, blogger yang merangkap ibu kepada 2 cahaya mata ni banyak berkongsi tentang makan-minum di tempat-tempat yang disinggahinya sama ada dalam atau luar negara.
seorang yang agak kerap travel, fanny turut berkongsi cerita tentang hotel-hotel yang ditumpanginya sepanjang berada di sesebuah negara selain aktiviti-aktiviti yang dilakukannya ketika berada di negara terbabit.
terbaharu, fanny & family ada datang ke Penang. so korang tunggu jelah ya cerita @ Penang nanti!
kalau fanny, blogger dari Indonesia. manakala JP pula... tu haaa... nunnnn jauh di benua Selatan Amerika tu! atau lebih tepat, Ecuador. korang tahu tak Ecuador terletak kat mana?
anies dah kenal JP since 2018 kalau tak silap. meski berbeza bahasa, namun adanya Google Translate, sedikit sebanyak anies faham apa mesej yang JP nak sampaikan melalui blognya.
JP dikenali dalam kalangan blogger sebagai seorang yang gemar menulis dan suka membaca. JP juga ada hasilkan novel online yang berjudul 'In The Shadows of Your Heart'. novel ni dah pun tamat ceritanya dan telah menerima feedback positif daripada fellow blogger. muey bien, JP!🫰👍
kalau korang juga memiliki hobi sama macam JP dan ingin berkenalan dengannya, klik je link kat atas tu untuk follow ya!
eh ehh... laa baru perasan rupanya. 3 daripada top 5 rupanya non-Malaysian termasuklah mreneyoo!🫰🫰
sama seperti fanny, mreneyoo juga berasal dari Indonesia. bezanya, mreneyoo tinggal di Lampung. manakala fanny menetap di Jakarta. tak tahu Lampung kat mana? haa... silalah buka Google Map ya.
bercakap fasal blog mreneyoo, perkongsian seperti tempat-tempat makan minum menarik, aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan serta pelbagai kisah travel (termasuk umrah baru-baru ni)... menghiasi warna-warni blog mreneyoo.
anies pasti korang takkan bosan bila follow blog mreneyoo ni nanti! so, follow tau!
anies pasti mostly Malaysian blogger mengenali blogger mamapipie ni. masa kan tidak! follower nya sentiasa ternanti-nanti untuk 'menangkap' nombor pageview yang mana mamapipie menjanjikan ganjaran menarik kepada yang berjaya.
syok, kan? haa... tu laa kelebihannya kalau korang follow blog mamapipie ni. selain tu, korang juga boleh dapat info tentang tempat-tempat makan menarik yang disinggahi mamapipie dan keluarganya.
so macam biasa kepada yang nak follow mampipie, klik je link kat atas tu ya!
last but not least... ni haa... antara fellow blogger yang rajin dan kerap berjaya menangkap nombor pageview bertuah di blog mamapipie... siapa lagi kalau bukan blogger NA!
kalau korang nak tahu macam mana NA boleh selalu bertuah dapat 'tangkap nombor pageview tu... haa... korang kenalah follow NA ya!
kalau bab perkongsian kat blog, selalunya NA akan cerita fasal family nya. lately, NA menulis tentang perkembangan kesihatan ayahnya. jom kita sama-sama doakan semoga ayah NA kembali sihat. syafakallah.
selain tu NA turut berkongsi pengisian agama yang ditonton/dipelajarinya. secara tak langsung pembaca dapat sedikit ilmu pengetahuan berguna.
well tu laa saja 'sesi pengenalan' ringkas tentang 5 blogger aktif yang berkunjung ke sini pada bulan lepas.
sekali lagi, kepada yang belum follow kelima-lima blogger di atas... haaa... cepat-cepat follow tau! jangan cakap anies tak habaq naa...
thanks for reading... daaa
22 Words of Lo♥e
Alhamdullilah masih bisa terus ikuti blog sis Anies...
ReplyDeleteterima kasih darling🫰
DeleteMinggu lepas anak sulung pun komen yg bulan 9 ni rasa macam cepat sangat berlalu. Saya pun mainkan lagu Green Day 'Wake Me Up When September Ends' 😂 Agaknya tu yg kumpulan Green Day maksudkan kot - Rasa macam tertidur sekejap bangun2 eh dah hujung bulan September pun...
ReplyDeletehahaha rupanya ramai yg rasa mcm tu. mungkin sbb byk cuti kot tu yg rs... kejapnya dah habis september
Deletehebat2 folower anis nie...dari obersea pun ada...
ReplyDeleteAlhamdulillah... dunia tanpa sempadan begitu laa😀
DeleteEntah bila CUya nak masuk top 5 ni... asyik sibuk je
ReplyDeleteKena selalu komen sini ni! Hhahaha
insya allah ada laa tu nnt🫰
DeleteFanny nombor 1!
ReplyDeleteDia pun kawan uncle jugak!
thorbaek!👍👍
DeleteSiempre es un placer pasar por tu blog. Gracias por mencionarme. Te mando un beso.
ReplyDeleteFanny ni sekali dia komen banyak2. Terima kasih Fanny dan tahniah kepada semua ya.
ReplyDeletetu laa... habis dibomnya blog org🤣
DeleteAbisnyaaaa sejak resign saya tak ada kerjaan selain BW 🤣🤣🤣🤣. Anak2 pun dah besar. Hahahahaha. Beruntung teman2 bloggers saya selalu aktif blognya 😄
DeleteTahniah semua yang tersenarai..
ReplyDelete🫰😀🫰😀
Deleteuihh tak sangka nama mama ada disebut2 kat sini patutlah asyik batuk aje beberapa harini haha.. mama x glemer la anies.. syok sendiri adalah.. tahniah top 5 yg lain
ReplyDeletehahaha... sapa kata x glamer? bukti pageview tuuu juta juta kot🤭
DeleteSaya lagi la, menghilang terus di bulan September. Hebat dia orang di atas, masih aktif dan rajin blogwalking ke blog Anies.
ReplyDeleteHahahahahah, bulan kemarin dan sampai dec saya tak akan kemana2 kak. Jadi akan punya banyaaaaaak waktu utk BW 🤣🤣🤣. Nanti Januari baru agak rem sikiit, karena nak traveling 2 Minggu 😂.
ReplyDeleteSetelah tahu blogger JP nih, ntah kenapa jadi nak kepengen pula ke Equador 😄. Rasanya jauh sangat. Tapi cari tahu dululah, aman tak 😅. Takut macam mexico atau Venezuela banyak kartel narkoba 😂
Tahniah semua top 5 for September.
ReplyDeleteBetul Anies, dunia blogger tidak kenal sempadan macam dapur tanpa sempadan hihihiiii.
tahniah bt semuaa pengkomen2 sejati.
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆