My Dearest Part 2: epi 3 & 4

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis dan review yang tak seberapa untuk epi 1 & 2 ada kat SINI.

okey, kita sambung lagi untuk review epi 3 & 4. kalau sudi baca, silakan. kalau tak korang boleh skip terus entry ni😉


EPI 3

Gil-chae berseorangan selepas Jong Jong dipisahkan daripadanya. (credit)


akhirnya Jang-hyun tahu identiti sebenar 'bounty hunter'. dia ialah anak maharaja Qing! punca puteri Gak Hwa jadi 'bounty hunter' disebabkan sikapnya yang suka bersosial. malah puteri Gak Hwa juga pernah beberapa kali dihantar ke Joseon hingga mahir bertutur dalam bahasa Joseon.

tak terhenti di situ, puteri Gak Hwa 2 kali cuba menggoda Jang-hyun selain menghantar spy untuk korek latar belakang lelaki itu.

sementara tu, Gil-chae dan tawanan Joseon yang lain ditangkap dan dihantar ke pasar hamba semula. malang bagi Gil-chae, Jong Jong dipisahkan daripadanya dan selepas tu, tiada lagi sebarang khabar tentang Jong Jong. 

Won-moo pula terus berusaha mencari Gil-chae hingga ke pasar hamba. namun pengkhabaran yang diterima tentang isterinya benar-benar buat dia kecewa dan sedih.

manakala Yeon-joo cuba dapat bantuan cendekiawan dan pegawai tentera untuk jejaki Gil-chae namun tak berjaya. isterinya, Kyung-ae pula nekad ke Simyang untuk cari Gil-chae setelah Won-moo pulang dengan tangan kosong.

suatu hari Ryang-eum nekad ke Simyang untuk memberitahu hal sebenar kepada Jang-hyun. sebaik mengetahui berita itu, Jang-hyun terus ke pasar hamba untuk cari Gil-chae. ternyata apa yang dilihat depan matanya, benar-benar menyayat hati.


EPI 4

pertemuan yang meruntun hati... credit


Jang-hyun benar-benar sedih melihat wanita yang dicintainya itu berada dalam keadaan sangat daif.

untuk itu dia sanggup buat apa sahaja termasuklah mencederakan tauke pasar hamba demi membebaskan Gil-chae. 

Jang-hyun berhasrat mahu dapatkan surat daripada pihak istana untuk pembebasan Gil-chae. tapi sebaik pintu bilik dikuak, Gil-chae rupanya telah dibawa ke istana. menurut kata tauke pasar hamba, tawaran daripada istana itu tidak mampu ditolak.

di istana, Gil-chae dijadikan dayang untuk puteri Gak Hwa. sebenarnya ada niat lain kenapa puteri Gak Hwa membawa Gil-chae masuk istana. dia mahu pisahkan Jang-hyun dengan wanita itu!

segalanya berpunca bila Jang-hyun menolak hasratnya. tak terhenti di situ, dia mengajak Jang-hyun untuk memburu sepertimana yang mereka lakukan bersama sebelum itu. Jang-hyun bersetuju dengan cadangan itu.

di 'padang buruan', bukan haiwan yang nak diburunya. sebaliknya Gil-chae lah sasarannya! sekiranya Jang-hyun tewas, Gil-chae akan jadi gundik istana. jika puteri Gak Hwa tewas, Jang-hyun mungkin akan terkorban!


👉review epi 3:

entah kenapa epi 3 ni anies rasakan plotnya sangattt lambat terutama scene yang melibatkan Jang-hyun dan puteri Gak Hwa. selain dialog yang panjang, entah kenapa lakonan Lee Chung-ah tampak sedikit kaku. padahal drama ni merupakan drama ketiga dia bergandingan dengan Nam Goong-min.

episod 3 ni juga tak banyak klimaks. tapi adengan sedih memang banyak. dan semestinya di penghujung episod, di mana penonton confirm menangis teruk (padahal yang menulis ni yang menangis bagai nak rak!) bila akhirnya Jang-hyun bertemu Gil-chae dalam keadaan yang memilukan.

so sediakan tisu banyak-banyak ya bila tonton epi 3 ni nanti!


👉review epi 4:

di awal episod lagi penonton dah berjuraian air mata dengan pertemuan semula Jang-hyun dan Gil-chae

dalam episod ni, walaupun ada sedikit manisnya tapi ia lebih fokus kepada watak puteri Gak Hwa.

wataknya tak nampak kejam tapi bila dihayati, dia lebih bersikap tamak haloba dan cemburu. semuanya berpunca Jang-hyun yang me'reject'nya terang-terangan.

dalam episod ni juga penonton sedar yang Won-moo memang 'laki taguna'. lebih pentingkan maruah sampai sanggup menipu Yeon-joo yang dia dah upah orang untuk cari Gil-chae padahal tak ada pun.

lagi satu, penonton mungkin akan terkeliru. sebenarnya Ryang-eum suka Gil-chae atau Jang-hyun. ahh sudah... kalau dia suka Jang-hyun? kot ya pun nak balas budi...😂

overall episod 3 & 4 banyak 'bercerita' yang mana satu demi satu rahsia akan terungkap.

yang pasti episod akan datang, confirm! anies confirm... penonton akan nampak 'semuttttt' je kat TV tu bila tengok scene Jang-hyun dan Gil-chae.

kalau 2 episod ni melonjak rankingnya ke no. 1, tak mustahil episod 5 & 6 juga macam tu. nama Nam Goong-min dan Anh Eun-jin turut tersenarai di top 2: artis paling banyak 'dicari' di media sosial sepanjang minggu lepas!

👍barisan pelakon:
  • Nam Goong-min (Lee Jang-hyun)
  • Ahn Eun-jin (Yoo Gil-chae)
  • Lee Hak-joo (Nam Yeon-joo)
  • Lee Da-in (Kyung Eun-ae)
  • Lee Chung-ah (bounty hunter/puteri Gak Hwa)
  • Park Kang-sub (Goo-jam)
  • Kim Yoon-woo (Ryang-eum)
  • Park Jung-yeon (Jong Jong)
  • Ji Seung-hyun (Won-moo)

kalau ada Astro buka channel One. ada siaran ulangan. selain tu korang boleh tonton kat website dailymotion. cari yang ada Eng Sub dan pakai browse Brave untuk elak iklan ya.

okey tu je laa sinopsis dan review tak seberapa untuk minggu ni.

thanks for reading.

p/s sambung pulun BW

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

22 Words of Lo♥e

  1. Pasangan yang saling suka,tapi gengsi mengakuinya, geregetan melihat tingkah keduanya🤭hanya hati yang berbicara

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. suka sama suka tapi masing2 ego utk luah perasaan

      Delete
  2. menarik kisahnya ralit kalau menontonnya

    ReplyDelete
  3. Mana nak beli topi tinggi tu kan? Buat berselfie! hahaha

    ReplyDelete
  4. Boa tarde de quinta-feira com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  5. Korea ni bila buat drama sejarah memang layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama saeguk mmg ngam dgn taste sy. 50 epi mcm Jewel in the palace tu sy sanggup tgk🤭

      Delete
  6. Gracias por la reseña. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡Este es un K-drama que debes ver! ¡No te lo pierdas!

      Delete
  7. igt tempat anies g melawat rupanya cerita,,ehehe

    ReplyDelete
  8. Saya baca review kakak saja 😄. Tak seberapa suka kalo cerita Joseon era, kec kalo komedi. Kalo banyak menangis, takut tak bisa move on nonton nya hahahahha. Saya termasuk gampang sangat menangis kalo nonton film sedih 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun ada sedih tapi drama ni balance bagi saya. sad. funny..serous..cukup rasa. tontonlah dulu 1 epi

      Delete
  9. Ini drama yang mempermainkan emosi penonton....

    ReplyDelete
  10. Cheq layan juga drama ni, sakit hati jaa tengok Gil-chae dok kena tangkap lepas tangkap lepas macam tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... slh 1 puncanya si Gak Hwa tu laa eee!!!! hangin je dibuatnya!

      Delete
  11. Peh, layan drama korea rupanya. :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆