✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perjalanan dari airport ke Istanbul mengambil masa hampir sejam. anies dah tersengguk-sengguk... menunggu penuh sabar... bila laa Selat Bosphorus akan menjelma depan mata ni...
walaupun mengantuk, ada kala gigih juga mata ni menahan semata-mata nak tengok scenery sepanjang perjalanan. walaupun bas melalui highway, tapi tu tak menghalang kami menikmati pemandangan indah di waktu pagi.
bila ternampak menara dan kubah Blue Mosque, hati dah melonjak gembira. Alhamdulillah... impian nak jejakkan kaki di bumi Muhammad al-Fatih Ílhan Mansiz ni tercapai jua walaupun berada kat sini kurang 24 jam.
sedang leka memandang kawasan sekitar, tiba-tiba bas berhenti dan our tour guide pun bersuara: "lets have our breakfast!"
apa lagi? masing-masing jadi tak keruan. yang tengah tidur, terus hilang mengantuk bila diajak makan😁
sebenarnya anies tak sangka yang tourIstanbul ni ada sediakan sarapan. ingat kan bawa kami jalan-jalan je.
so korang. please take note! kalau naik Turkish Airlines nanti dan transit lama kat Istanbul, jangan lepaskan join tourIstanbul ni tau! nak tahu lebih lanjut, anies ada share dalam entry INI. baca, jangan tak baca!
okey, lepas turun bas kami terus masuk restoran. tempat kami dah disediakan di tingkat atas. keadaan dalam restoran lengang. tak ada customer. hanya kami sahaja yang seramai 25 orang ni.
sebaik tiba di tingkat atas, hati melonjak gembira bila melihat 'sarapan orang Türkiye' terhidang atas meja. 1 meja ada 4 hidangan. anies dengan mama duduk semeja bersama mak cik dan pak cik.
suasana yang sedikit hingar-bingar tadi terus jadi sepi bila masing-masing khusyuk mengadap sarapan. lapar, beb! kami dari tengah malam tak jamah apa-apa pun.
Alhamdulillah... hidangan sarapan ni cukup mengenyangkan! dan... macam biasa anies sertakan beberapa keping foto untuk tatapan korang.
ni restorannya... sederet dengan restoran ni adalah kedai-kedai souvenir. anies tak sempat nak beli souvenir kat sini sebab lepas kami keluar, tour guide dah panggil untuk berkumpul.
ruang makan di tingkat atas. tandas di sebelah kiri (foto) dan sangat bersih. lepas makan, masing-masing sibuk lepaskan hajat. sampai kena beratur😂
anies rasa pihak Turkish Airlines memang dah booking restoran ni siap-siap untuk customer mereka. lepas kami keluar, group tourIstanbul yang lain pula sampai.
dan... inilah sarapan kami! tampak ringkas, kan? tapi sangattttttt mengenyangkan! puas hati! ada sosej, 4 jenis jem, telur rebus, cheese, butter, timun, buah zaitun, buah tin dan tomato. semua ni dimakan bersama...
nampak tak potongan roti dalam bakul tu? walaupun nampak sikit, tapi cukup untuk kami berempat! untuk minuman pula, anies request kopi O. mama, mak cik dan pak cik pesan teh O. pinggan kami licin! kami betul-betul menikmati sarapan ni. mama tak habis-habis memuji kesedapan hidangan walaupun ringkas. Alhamdulillah... memang terbaik👍👍👍 BTW, blogger Camdandusler, apa nama hidangan ni?
kalau mai Istanbul walaupun tak ikut tourIstanbul, korang masih boleh singgah restoran ni. lokasinya berdekatan Blue Mosque. Google / Waze Tamara Restauran & Cafe. confirm jumpa!
okey, tu je laa dulu pembuka cerita jalan-jalan kami di Istanbul. insya Allah, minggu depan anies sambung lagi. agak-agak... anies dan rombongan menuju ke mana? boleh teka tak?
p/s baru BW sikit... 😔🙏🙏
that's all.
daaa...
Best ni...tour percuma, termasuk sarapan percuma. Untung!
ReplyDeleteLepas makan, pergi melawat Blue Mosque la agaknya ya sebab paling dekat dengan restoran.
tu laa... nnt pegi jln2 boleh try naik turkish airlines😀
Deleteteetttt salah!😉
wah simplenya breakfast dia.. niceee
ReplyDeleteBestnya kira dapat destinasi bonus la kan sbb tak plan pun nak ke Istanbul ni betul tak? Nampak healthy ye sarapan pagi orang Istanbul. Kalau yg terbiasa sarapan nasi lemak, lontong, laksa bagai mesti rasa tak puas 😅
ReplyDeleteya betul tu. nanti kalau naik turkish airlines make sure amik pakej ni tau!
Deletetu laa... mkn sihat2 je. boleh pun kenyang hehehe
Macam tu kenyang...?
ReplyDeleteya kenyang sangat2!
Deletejemput join segmen Cuya :D
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html
Nampak restoran ni macam pernah pergi dulu. Tangga nak naik atas agak curam sedikit. Mungkin ya restoran yang pernah pergi dulu atau mungkin juga tak pernah pergi.
ReplyDeleteya betul tu. tangga dia curam sikit...
Deleteacu check. mn tau kita singgah di resto yg sama?😉
Parece un genial restaurante. Me alegro que disfrutaras la comida. Te mando un beso.
ReplyDeleteEs una experiencia tan nueva para mí disfrutar de esta comida. Deberías venir a Estambul pronto
DeleteBreakfast dia memang fantastic semua sedap
ReplyDeletetu laa simple tp sedappp
DeleteSaya masih ingat 9 hari di turki badan turun berat karena tak terlalu cocok dengan menu mereka 🤣🤣. Tapi saya akui sayuran, buah, madu dan yoghurt Turki itu terbaiiiik lah. Jadi setidaknya kalo tak makan berat, asalkan ada salad dan buah saya masih bisa kenyang 😄👍
ReplyDeleteSempoi betul sarapan.
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap.
tu laa memula igt mcm x ckp. skali dah mkn haaa amik kau😁
DeleteHe he .... Saya punya kenangan buruk di bandara Atatuk Istambul, 2015, saat transit mau ke UK. Dimarahi bule. Saya duduk di ujung bangku panjang yang sedang dia duduki. Mungkin dia anti dengan orang berbusana muslim.
ReplyDeletepelik tu kalau tiba-tiba nak marah orang...dah kira macam racist pula
DeleteBoa tarde de domingo e bom início de semana.
ReplyDeleteonrigado luiz💪👍
DeleteWow bestnya jenjalan ke Istanbul.. Agaknya berapa kos percutian ke sana yer?
ReplyDeletetak ada kos. tour ni percuma sbb kami naik turkish airlines
DeleteAnies, restoran ni Kak Amie dah singgah, dan makan tengah hari di sini.
ReplyDeleteya ke??? ish ishhh kecik nyaa duniaaa
DeleteWah.. Sukanya tour trip macam ini.. Siap ada makan disediakan.. Memang legalah..
ReplyDeletennt sha g memana naiklah turkish airlines. dpt join trip ni foc
Deletebersih dan besar kedai ni.. vibe mcm kedai arab kat malaysia juga kan
ReplyDeleteya betul. kdg msk tmpt br rs kekok. tp yg ni santai je. mcm dah biasa dtg😁
Deletedatang singgah sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^
ReplyDeletekalau dr masjid biru boleh jalan kaki lah ke resto ni
ReplyDeleteAlhamdulillah semua nmpk sedap!
ReplyDelete