✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
"Istanbul, aku datang!"
rasa macam dah lama tunggu nak jerit ayat ni!😂😂 ni semua salah filem Istanbul, Aku Datang tu laa...
siapa dah tengok filem ni lebih 10 kali, sila angkat disket?😂😂 best kan? gandingan Lisa Surihani dengan Beto Kusyairi memang🫰. sebab filem ni jugalah menderu-deru orang Malaysia travel ke Turkiye...
ehh ni bukan nak cakap fasal filem... tapi... ni haa... sebelum mulakan cerita jalan-jalan di Turkiye ni, anies nak ucapkan tahniah kepada blogger Sha Mohamed yang berjaya meneka dengan tepat dalam entry INI.
so hadiahnya anies dah pos dan mudah-mudahan ia akan tiba di tangan Sha dengan selamat. tahniah Sha! jangan lupa follow blog Sha kat SINI ya!
berbalik kepada title. seperti mana yang korang tahu, trip anies ke Mesir akhir tahun lepas menggunakan Turkish Airlines. jadi secara tak langsung kami akan transit di Istanbul, pergi dan balik.
OTW ke Mesir, kami cuma transit 2++ jam je. tapi, OTW balik, kami transit kat Istanbul almost 20 jam!
disebabkan transit lama kat Istanbul inilah yang menjadi alasan utama kenapa anies sanggup nak ke Mesir kali kedua😂
dipendekkan cerita, flight dari Kaherah bertolak kira-kira 10.30pm. kami tiba di Istanbul Airport pada jam 12.05am. disebabkan kami akan transit lama, jadinya kami dah siap-siap pack barang untuk dibawa bersama. luggage kami kekal kat airport.
sebaik selesai pemeriksaan kastam & imigresen, kami melilau cari pintu keluar. airport baru ni sangat luas. tayar bas berpusing-pusing kami cari signage tapi tak jumpa.
hampir setengah jam mencari barulah kami jumpa pintu keluar. tu pun bukan pintu keluar sebenar. baru lobi je. sampai kat lobi kami ambil keputusan untuk berehat kat situ. kalau kami keluar dari lobi, kami tak boleh masuk ke dalam (kawasan lobi) lagi.
mata mengantuk, badan letih, jadi kami duduk kat bangku sambil cuba lelapkan mata. entah macam mana... tiba-tiba muncul 2 student Malaysia dari al-Azhar (kalau orang Malaysia tu confirm boleh cam)
yang lelaki, elok je berbual dengan kami. yang perempuan, masam je muka dia. macam tak sudi je nak share info dengan kami. kalau pernah ke sini, kami takkan tanya macam-macamlah! haihhh buat panas hati je pagi-pagi buta ni.
dalam jam 2.00am kami ambil keputusan untuk keluar dari situ. bila kami keluar... laa ada satu lagi kawasan lobi yang mana, ada pelbagai kaunter kat situ termasuklah kaunter Turkish Airlines.
kami terus ke kaunter Turkish Airlines untuk bertanyakan tentang hotel percuma. daripada info yang kami dapat, mana-mana pemegang tiket Turkish Airlines yang transit lebih 12 jam kat Istanbul, akan diberi penginapan hotel percuma!
tapi.... lepas diorang check, rupanya hotel dah penuh. staf tu cakap, kalau kami booked hotel via emel sebelum bertolak, confirm ada bilik kosong. kalau walk in macam tu susah nak dapat.
dengan hati yang hampa, maka kami pun teruskan 'rehat' yang tak berapa nak selesa tu kat bangku-bangku yang disediakan. dah lah cuaca sejuk mencengkam. nak lelapkan mata cukup payah. tension jugalah bila kena macam ni.
tapi bila mata mula nak terlelap, azan Subuh dah kedengaran. aduhhh terus tak boleh nak tidur lepas tu. kami decide untuk bersihkan diri seadanya dan solat subuh.
lepas solat, kami tunggu lagi sampai jam 7.00am. sebaik kaunter tourIstanbul dibuka, kami terus serbu. ingatkan kami je. rupanya yang tidur/rehat kat situ juga tunggu kaunter ni dibuka!
FYI, tourIstanbul ni adalah pakej melawat kawasan-kawasan menarik sekitar Istanbul khas untuk pemegang tiket Turkish Airlines yang transit kat Istanbul. pakej ni percuma. ia bermula seawal jam 8.00am.
okey laa... panjang sangat dah mukadimah ni... macam biasa anies bagi 'teaser' dulu melalui foto-foto yang ada ni...
tiket balik dah bagi siap-siap lepas kami check in luggage kat Cairo Inter. Airport. kalau hilang tiket ni, ko duduk laa Istanbul sampai ke sudah😂
ni kat Cairo Inter. Airport sebelum masuk boarding gate. ramai betul umat manusia malam tu... ingatkan kami sekeluarga je😁
seat anies belakang Business Class. happy sangat sebab boleh berlunjur kuak lentang. ni pesawat Airbus tapi yang pasti bukan A380😄
lepas hampir setengah jam berlepas, kami dihidangkan 'makan tengah malam' dan ni laa menunya... sedap👍👍 mana tak sedap? perut memang tengah kebulurrr😂
Alhamdulillah... kami selamat mendarat di Istanbul Airport pada jam 12.05am waktu tempatan...
kalau korang join tourIstanbul, then nilah kaunternya. anies tak sure sama ada boleh register online atau sebaliknya. staf akan minta passport berserta tiket flight untuk mengesahkan sama ada korang layak join trip ni atau tak. lokasinya berdekatan arrival gate (luar bangunan).
setiap peserta yang join tourIstanbul ni akan dapat pass ber'lanyard' macam ni. disebabkan hari tu ramai yang join, maka kami dibahagi kepada 3 kumpulan. 1 kumpulan naik 1 bas bersama seorang tour guide. setiap kumpulan ada 25 peserta (dari pelbagai warganegara).
ni bas group anies. excited sangat masa ni. almaklum laa... pertama kali jumpa Özkan Deniz datang kan...😉😉
suasana pagi sepanjang perjalanan dari airport ke Istanbul...
oh ya... ni buktinya yang blogger Sha berjaya meneka dengan tepat!👍👍👍 yang tak berjaya, jangan susah hati. insya Allah nanti anies akan buat lagi mini GA macam ni.
haa... nantikan sambungannya minggu depan... thanks for reading...
daaa...
Wah, bestnya. Tak sabar nak tunggu cerita kat Istanbul pulak.
ReplyDeleteorait👌😀
DeleteWahh tahniah kak sha! Rasanya ritu pon Cuya teka Turkiye gak rasa...
ReplyDeletebest la jalan2
cuya teka jepun... tu akan dtg punya trip😀
DeleteTahniah buat blogger Sha 👏🏽
ReplyDeleteOo..gitu caranya, hotel percuma tapi kena booking awal.
ya betul. booking awal is better
Deletealahai keisnnya tak dpt hotel, kalau mama sendiri pn x percaya sistem walk in
ReplyDeleteapa nk buat... slh sendiri. tp dah dpt tour free dah lupa daa😁
DeleteWah!! Betul ye tekaan Sha.. :) Yeah!! TQ Anies..
ReplyDeleteMenarik betul.. Pakej dalam pakej camtu..
tahniah tahniah!
Deleteya sha. hanya dgn turkish airlines😀
Hosgeldin Anie, harika vakit geçirmeni dilerim ...
ReplyDeleteTeşekkürler🫰
DeleteOh, ke Turkiye rupanya. Nampak sedap makanan dalam flight.
ReplyDeleteya simple tp menyelerakan mgkn sbb lapar kot😁
DeleteBoa Noite e bom final de semana minha querida amiga.
ReplyDeleteobrigado luiz👍
DeleteSuerte con el viaje. Te mando un beso.
ReplyDeletegracias JP,🫰
DeleteAlaaaa.. bestnya jalan2
ReplyDeletetransit je ni. cerita thn lps punya😁
DeleteKaaaaak tulis kompliiit yaa 😄. Berarti tour ini free kah asal pakai Turkish airlines??
ReplyDeleteSaya masih cari tiket balik Jakarta dari Istanbul. Tadinya kan mau book Egypt air, karena sedang murah. Tapi transit di Egypt 11 jam, sementara kami tak bisa keluar karena tak ada visa. Cuma transit.
Makanya masih galau. Apa sebaiknya pakai pesawat lain atau gimana.
Turkish airlines sedang tak promo. Mahal sangat rp10 juta ke JKT. Sementara Egypt hanya 6 juta. Tapi tuh lah, kalo transit 11 jam rasa tak sanggup 🤣🤣
kalau transit ehypt lama dan tak boleh keluar, better fanny cari flight lain walaupun mahal. tak berbaloi kena stay lama kat sana. airport egypt kosong. kedai2 hampir tiada kat sana. tak apa laa cari yang mahal sikit tapi kita boleh keluar seketika dari airport
DeleteKaaaaak tulis kompliiit yaa 😄. Berarti tour ini free kah asal pakai Turkish airlines??
ReplyDeleteSaya masih cari tiket balik Jakarta dari Istanbul. Tadinya kan mau book Egypt air, karena sedang murah. Tapi transit di Egypt 11 jam, sementara kami tak bisa keluar karena tak ada visa. Cuma transit.
Makanya masih galau. Apa sebaiknya pakai pesawat lain atau gimana.
Turkish airlines sedang tak promo. Mahal sangat rp10 juta ke JKT. Sementara Egypt hanya 6 juta. Tapi tuh lah, kalo transit 11 jam rasa tak sanggup 🤣🤣
ya tour ni free. pergi ke kaunter turkish airlines dan register. bawa sekali return ticket.
Deletetry emirates? boleh transit dubai. oo ya ke? masuk egypt fanny perlu visa ya?
sy rasa better emirates. kalau tak try oman air. tapi kalu transit muscat, perlu visa tak?
sonoknya coti2 di Turkiye jaga diri hati2
ReplyDeletetransit je kak. bkn jln2 sepenuhnya
DeleteRupanya pergi Istanbul waktu transit. Kalau saya tidak berani keluar dari lapangan terbang.
ReplyDeleteya NA. boleh je keluar sebab 20 jam kot. dlm airport, tak mcm klia. boleh merayau2. sini once dah keluar x leh masuk daa
Deleteoo..ke istanbul rupanya..take care..:)
ReplyDeleteterima kasih... tp dah blk daa cik nor... ni citr thn lps😁
DeleteAsiiknya jalan"ke Turki...katanya bandara nya super luas ya?
ReplyDeletesy pergi mungkin 0.002% sahaja kaw istanbul ni... ya khabarnya mmg luas. selain dipisahkan 2 benua. eropah - asia...1 hari memang tak cukup untuk cover istanbul ni
DeleteBestnya Istanbul!
ReplyDeleteSebelum covid-19 sudah bayar deposit untuk jalan-jalan Istanbul saja. Deposit lesap selepas itu.
laa syg nya kak... travel agensi ke... org perseorangan yg buat tu?
DeleteSeronoknya dia "Istanbul Aku Datang" hahahah kita pun tgk banyak kali..
ReplyDeleteOh okay transit punya pasal dapat jenjalan ke Kota Istanbul.. ok thanks juga kongsi pasal book hotel via email tu.. sbb ada jugak bau2 nk transit di turkey ni hahhaah :D
eh naik Airbus 380 ke.. mmg luas la dalam dia tak kedekut kan space dia hahahah :P
Pasal student tu tak leh comment byk la hahaha biasa la si laki jumpa pmpn cerita panjang..
yang pmpn jumpa lagi citer panjang.. tapi kalau kaum sejenis mau tarik muka hahhaah :P
da lama pendam tu nk jerit Istanbul Aku Datang!!🤣
Deleteeh bukannn... airbus biasa je. sekali je sy merasa A380 dulu ms g london.
kami x kacau pun ms diorg. kami tanya nk g mn. buat apa. bkn nk curi info ke apa. tp ditakdirkan Allah kami jumpa bdk ni sekali.lg ms kt Blue Mosque. apa dia igt kami sesat ke kat istanbul tu?🤣sombong nau!
Awesome. Traveling is so important to open our minds and hearts to other cultures.
ReplyDeleteyou're right!
DeleteTahniah buat Sha!
ReplyDeleteDitunggu tentang Turkey
datang sekejap je ni😁
DeleteTahniah! blogger Sha Mohamed. Hehehe salah cerita Istanbul aku datang ya...
ReplyDeleteMenu tengah malam tu nampak sedap
mmg pun😁
Deleteringkas tp sedap
thanks for sharingggg
ReplyDeleteurw🫰
DeleteIstanbul dah pernah pergi tapi masa buat umrah. Tak banyak yang dapat pergi pun.
ReplyDeleteooo patut laa... xpe lps ni boleh g lg😀
DeleteSelamat travel dan semoga semuanya selamat
ReplyDeleteterima.kasih... tp blk daa... sthn yg lalu😁
DeleteMemang lama betul tu sampai 20jam. Baru tau diorang boleh bawak tour sekitar istanbul for free kalau transit lama! Tapi sayang yg claim hotel free tu dah penuh pulakk.
ReplyDeleteua mazni. so nnt kalau g jln2 bli laa tix turkish airlines. nnt bleh transit n jln2 istanbul
DeleteKeren ya, Anis. Keliling dunia.
ReplyDeletetour ni gratis...kami imut sahaja buk🤭
Deletetransit 20 jam tu mmg syok lah. hahah
ReplyDeletekalau betullah dh tukar airport baru memang hazab lahhh nak cari pintu keluar.. ya allah dok terbyang2 ni
ReplyDelete