✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Pertama sekali terima kasih Nik sebab sudi belanja kami tempoh hari. masa nak bayar tu, Nik cakap dia belanja. haihh... kalau tahu, kami order makanan paling mahal kat situ. 😂😂😂
eh... tak ada laa sampai macam tu. orang dah belanja tu, haaa pandai-pandai laa cakap terima kasih, iya dok! harap ada rezeki lagi, dapat makan kat sini. aminn...
pada mulanya kami tercari-cari tempat untuk sarapan pagi. tiba-tiba anies teringat ada satu post fasal tempat makan best di Melaka yang anies save kat IG. then terus buka dan cari! lepas tu, arah driver suruh cari tempat makan ni.
tak sampai 15 minit kami dah sampai. lokasinya mudah je. tepi jalan dan dikelilingi kilang-kilang. masa kami sampai, tak ramai customer. lepas dapat tempat duduk, pekerja kedai terus hampiri kami untuk ambil order.
yang bagusnya pekerja ni siap beritahu kami apa menu best seller mereka. since anies tak pernah lagi makan roti canai sarang burung, jadi anies order yang tu.
macam biasa...bercerita dengan fotolah ya...
ni laa restorannya... sekali tengok macam medan selera. ya, ada 2-3 buah kedai di sebelah restoran ni tapi belum buka lagi. meanwhile, Ghotti tu bermaksud roti. ikut loghat orang Melaka. selain huruf R boleh bertukar jadi huruf U, huruf R juga boleh bertukar menjadi huruf G. betul tak orang Melaka?😂
suasana kat restoran. apa kami order?
maggi goreng + ayam masak merah. harga, anies tak sure.
roti kambing. terdiri daripada sekeping roti canai + kari kambing + 2 biji telur separuh masak. kari kambing ni sedap gilerrrrr sampai rasa nak tak nak balik 😂😂... harga: RM17.90
roti canai sarang burung. terdiri daripada sekeping roti canai + kari daging cincang + 2 biji telur separuh masak. harga: RM12.90 ni anies punya. roti canai ni sangat lembut, tak liat dan ngam sangat dengan kari daging cincang tu.
seperti biasa anies order teh tarik panas. harga: RM2.00
Nik order teh tarik ais. RM3.00
member sorang lagi tu order kopi madu ais. RM5. kopi ni memang kaw gila! manis madu tu buat rasa kopi sangat sangat amazing! sedap yakmat! kalau korang datang sini, tolonglah order kopi ni! confirm tak menyesal!
so berbaloi tak makan kat sini? sangat-sangat berbaloi okey! next time kalau datang lagi anies nak pekena roti kambing tu.
selain menu-menu yang kami pilih ni, ada 20++ menu lain menunggu korang. roti gear box pun ada tau! kalau nak datang ke sini, Waze / Google Map: Warong Sarang Ghotti Karnivor. confirm jumpa punyalah!
alamat: Jalan Usaha 3 Medan
No. 8, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh Melaka.
that's all for today. BW masih ongoing...😔🙏
daaaa...
p/s sambung BW
Nama warung ni pun sangat catchy la Anies.
ReplyDeletehahaha org bisnes kn kena kreatif😀
Deletewah kari kambing dia menggoda
ReplyDeletesgt laa betul. smpi hari ni teringat2🤭
Deletealhamdulillah..semua pun nampak menyelerakan tu
ReplyDeletebetul tu. tu yg rs nak repeat lg🤭
DeleteMenarik sekali menu roti kuah kambing tu. Kopi ais madu boleh try buat kat rumah tu.
ReplyDeletetry laa... tarik tinggi2 tau🤭
DeleteKita terpikat dengan roti canai sarang burung tu!
ReplyDeletesoooo jom trn melaka kak🤭
DeleteLain sedikit roti sarang burung gerai ini buat.
ReplyDeleteHehe meriah banjir roti canainya.
tu laa sy tgk yg lain2 x banjir mcm ni... mmg puas hati. bolehlah NA terjah nnt
DeleteThis is place looks good.
ReplyDeletehttps://www.melodyjacob.com/2023/10/the-blessing-in-emergency.html
definitely!
DeleteMe dio hambre. Te mando un beso.
ReplyDeletecome here! i treat you this😀
Deletewah..sedap2nya menu sarapan..anies blanjer pliss..hehe
ReplyDeletemeh laa dtg melaka
Deleteroti kambing & roti sarang burung tu menarik...yummmyyy
ReplyDeletennt g melaka bolehlah singgah😀
DeleteKisat save dulu dekat GMaps.. ada rezeki boleh singgah.. Teruja tengok kopi tu.. Pergh!!
ReplyDeletedtg melaka kena sggh tau. ni otw ke tol ayer keroh. kompem jumpa punya
DeleteSaya pernah coba minum teh tarik di salah satu tempat makan,tapi rasa nya gak enak karena tehnya rasa bunga melati, mungkin beda dengan teh tarik di sana ya
ReplyDeleteteh tarik asli lazim ia tak campur apa-apa. mesti pure tea. kalau tak, memang tak sedap. teh campur melati ni sesuai untuk teh kosong sahaja. campur susu... terus tak enak!
Deletesedap betul nampak roti canai sarang burung. tu.. meriah. kopi madu ais pn berbuihs2
ReplyDeletennt blk muar bolehlah sggh... otw ke tol ayer keroh tu... sng je cari
DeleteKaaaaak, kalo nanti saya ke Melaka lagi, nak eksplor tempat lainnya, tak nak JONKER pagi. Jadi KSH rekomendasi yg sedap2 yaaa 😄😄👍
ReplyDeleteTerliur saya, Anies, tengok roti canai atas ada kari kambing. Peh! Terbaik, la!
ReplyDeleteharraz pi melaka masa deepavali tu, tok mama dia tak reti nk cari tempat mkn. nina xjoin kalau tak boleh serbu
ReplyDeletememang nampak sedap roti canai tu dgn kambing.. perghhh
ReplyDelete