Pages

Tuesday, 17 October 2023

Selamat pengantin baru Sal + Ikhwan

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Our fellow blogger kite ni dah off market weiii👰... haa tu laa... dulu korang tak nak ngorat Sal ni. sekarang dah terlambat daa nak menyesal😁😁

mungkin ada yang dah maklum dan mungkin juga ada yang tak tahu.... ya... Sabtu lepas blogger Sal selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Ikhwan pada sebelah pagi dan kemudian melangsungkan majlis persandingan kat dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, KL.

lokasi majlis. anies datang dengan mak cik naik Grab sebab kereta masuk bengkel. nak jadi cerita, lebih 15 minit kami tunggu driver. paling panas hati, bila tengok map, kereta dia tak bergerak-gerak lepas terima booking. ah, sudah! nak cancel... anies tak berani. last last kami tunggu juga sampai dia datang. bila kami masuk kereta, sikit pun dia tak minta maaf or beri alasan kenapa lewat. then once dah bergerak ke lokasi, dia tersalah masuk lorong. dia tanya, "ni ke tempatnya?" anies balas, "saya tak tahu. saya bukan orang sini!" dia mendengus! serius, anies memang tak tahu lokasi dewan ni walaupun dah beberapa kali sampai Ampang. lepas turun kereta dan sahkan payment, anies bagi rating ⭐ + komen atas kelewatan tadi. kalau lambat pick up sebab traffic jammed atau ada hal tertentu, anies boleh terima lagi. tapi dalam map jelas sangat. line hijau dan kereta dia memang tak bergerak langsung! yang selalu guna apps Grab, tahu laa apa maksudnya. haihhh...

berbalik kepada cerita kenduri Sal... tiba kat pintu utama dewan, orang pertama yang anies nampak ialah mak Sal. "mak cik, ingat saya lagi tak?" serius cakap... last time anies jumpa mak Sal sebelum PKP. lepas PKP langsung tak pernah jumpa. bila tengok mak Sal macam teragak-agak, anies terus perkenalkan diri. mak Sal ketawa besar bila nampak kawan anak dia yang selalu ajak merayau tak tentu hala tu😂😂 lepas ni tak boleh daa nak macam dulu. huhahuha tak ingat dunia. orang dah berkeluarga ni... kita kena faham laa kan... fasal hidangan kat majlis Sal ni, anies pilih nasi beriyani dengan daging masak hitam + kuah dalca. ada lauk ayam masak merah tapi anies skip. pekena dengan teh tarik panas. bubur kacang pula buat raso raso... BTW, lauk daging masak hitam ni memang terbaiklah! pandai kau Sal cari catering sedap macam ni👍

masa kami sampai, meja penuh dengan tetamu. yang ada kosong pun meja depan sekali. dekat dengan meja makan beradab. bertabah laa... yang belakang tu, pelamin. masa kami tengah makan pengantin pun sampai...

short video. foto yang anies snap banyak blur... ada yang elok tapi kena block dengan orang. arghhh... gerammm je dibuatnya... 

goodies dari kenduri Sal. kami ni tetamu VIP sebab tu dapat 2 bungkus seorang😂😂 eh tak ada laa... 1 bungkusan lagi tu kakak Sal yang bagi sempena majlis aqiqah anak buah Sal yang berlangsung pada hari sama. yeayy... dapat merasa makan rendang kambing😁

sorry laa korang... ni je laa foto pengantin yang anies ada. masa snap foto ni, kami baru jumpa atas pelamin. salam salam, bersembang 2 3 patah perkataan dan beredar. ni kerana ramai dah menunggu kat bawah nak jumpa & bergambar dengan raja sehari. kalau nak tengok foto yang elok, korang tunggu je laa Sal update nanti ya!


oh ya, ada tak fellow blogger yang hadir ke majlis ni? anies tak dan nak belek satu persatu. ramai sangat tetamu. 

apa-apa pun jom kita sama-sama doakan semoga ikatan perkahwinan Sal dan Ikhwan ini berkekalan hingga ke syurga. selamat jadi bini orang, mek! minggu depan ingat janji kita... jumpa kat MyTOWN, tau!😂😂😂

that's all for today.
daaa

p/s sambung BW...

30 comments:

  1. Ehh…tak tau pun! Senyap je blog Sal, rupanya busy persiapan masuk fasa baru 😀

    Selamat Pengantin Baru buat Sal, moga perkahwinan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  2. Patutlah blog Sal iama senyap rupanya hendak menaiki ke jinjang pelamin.
    Mungkin saya atau Aniespun akan begitu juga. Hehe.
    Alhamdulillah bertemu jodoh akhirnya.

    ReplyDelete
  3. cantik pelaminnya..
    selamat pengantin baru to both mempelai..moga kekal bahagia hingga ke jannah....aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah buat pengantin baru.

    ReplyDelete
  5. Seronok p majlis kawen nie.. Sebab suka tgok pengantin... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa je yg x suka tengok raja sehari kannn...tambah pula tu member kite😀

      Delete
  6. Titip ucapan selamat menempuh hidup baru untuk Sal.

    ReplyDelete
  7. Moga bahagia selamanya, Aamiin. Kami pun pernah tunggu grab lama. Tgk map dekat sgt, jalan ke ke grab car tu, driver perempuan tengah bertalipon mcm gaduh. Last2 dia suruh kami cancel grab dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulakkkk dah... tgh gaduh pn sempat lg accept order. adoiiii😁

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Taniah Sal.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Felicidades a la pareja. Linda boda. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Semoga Sal dan Ikhwan ini diberikan keberkahan dan menjadi keluarga sakinah mawadah warahmah. Aamiin. Detail juga sampai mengulas catering dan dekorasi, pastinya cukup berkesan

    ReplyDelete
  11. Wah blogger Salbiah ke Anies, selamat pengantin untuk dia n suami semoga berkekalan ke akhir jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. blogger salbiah dah off market😀

      Delete
  12. Alhamdulillah.. Selamat pengantin baru Sal + Ikhwan.. ni sal blogger tu ke.. waaa tahniah2

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah sudah sampai jodoh geng blogger kita...moga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin..

    ReplyDelete
  14. Memang terkadang driver online ini berulah macam tu. Lambat pick up, tak tau jalan, tak mau minta maaf, macam kita numpang di mobilnya. Itu kenapa kalo di JKT, saya lebih suka pakai taxi resmi bluebird, Krn service dan harganya jauuuh lebih bagus daripada taxi online.

    Tak apa kasih satu saja untuk driver tak sopan macam tu kak.

    Blogger sal, saya blm pernah mampir ke blognya rasanya. Tapi tahniah, happy wedding. Semoga makin mengalir rezeki suami istri🎉🎉

    ReplyDelete
  15. grab skrg dh slow sbb tu ramai driver tak nk pickup penumpang, dorang check rate dulu

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah tahniah Sal dan suami.. baru tahu ni patutlah blog sendu rupanya dh ada laki. hahahah.

    Sal lps ni jgn sendu terus blog tu. nak tunggu tuan badan upload gambar kawen entah bila

    ReplyDelete
  17. Rupanya sal dh kawen.. tahniah sal & hubby!!! Nnt bgtau sal suh update ceta kawen dia anies.. hihihi.. padan la lama membisu rupanya member bz buat prep kawen

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆