Kuih ketayap
11:21 am
✿...السلام عليكم✿
Kat sesetengah tempat, ia dipanggil kuih dadar. mmmm tak kisah laa apa sahaja panggilan untuknya, bila dah masuk mulut, memang tak boleh nak berhenti. betul tak?
macam anies cakap sebelum ni, kalau membeli, memang tak cukup. maklum laa... anak 15 orang. tak kan laa nak potong 3 untuk beri diorang makan, kan? so... rajin2 kan laa kaki dan tangan tu untuk bersilat kat dapur.
alaa... bukan susah pun nak buat kuih ni. kalau susah, tak de laa orang yang menjual kan? eh, banyak laa cakap mok cik ni! cepat laa... share resepi!
okey okey!
bahan2:
(untuk kulit)
tepung gandum
sebiji telur gred A
air
garam
minyak masak
pewarna hijau (apa sahaja pewarna kesukaan)
(untuk inti)
kelapa parut (sebaiknya kelapa muda)
gula pasir
gula melaka
gula perang
daun pandan
isi durian (jika suka)
air
cara membuat (inti):
1. masukkan air, gula perang, gula melaka yang telah diracik halus dan daun pandan ke dalam kuali / periuk.
2. apabila air sudah bertukar menjadi coklat kehitaman, masukkan gula pasir dan kacau hingga kelihatan sedikit likat.
3. jika terlalu likat, tambahkan sedikit air.
4. apabila air gula kelihatan sudah mendidih, masukkan kelapa dan kacau rata. pastikan api dikecilkan untuk mengelakkan inti menjadi hangus.
5. masukkan isi durian dan hancurkan. teruskan mengacau sehingga inti kelihatan serata.
cara membuat (kulit):
1. satukan tepung dengan air dan kacau. kalau tepung tu berketul2, tambah air sedikit demi sedikit.
2. masukkan sedikit garam.
3. masukkan telur. kacau lagi.
4. ambil blender dan masukkan adunan. ketika blend, kalau adunan kesat, tambahkan air. kalau terlalu cair, tambahkan sedikit tepung.
5. masukkan pewarna.
6. masukkan 1 sudu teh minyak masak dan kacau sebentar.
7. leserkan adunan di atas pan. biarkan seminit dan angkat.
8. isikan inti kelapa dan gulung dengan segera.
extra info:
pastikan inti kelapa benar2 sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama 2 minggu. inti yang sama boleh dijadikan 'inti' untuk kuih pau, kuih koci, kuih bom (kuih bijan) etc.
selamat mencuba.
(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)
28 Words of Lo♥e
cantiknya ketayap anies..sekilo tepong baru cukup dadar ketayap utk jamu anak anies yg 15 org tu heh,,heh...
ReplyDeleteSedapnyaa kuih ketayap :)
ReplyDeleteRajinnya Anies mendadar ketayap! Saya nak singgit! Eh,..dua ringgitlah! :)
ReplyDeletesuka makan...tp x pandai nak buat
ReplyDeletesedapnya..tba2 rasa lapar :D
ReplyDeleteKita panggil kuih ketayap, sedap 3 singgit......;-)
ReplyDeleteamboihhh...rajinnye..mesti sedap ni..
ReplyDeletesdapnya..mtk skit..:)
ReplyDeletesedapnya berintikan durian..memang makan tak boleh berhenti..
ReplyDeleteaiza panggil kuih ketayap.. memang sedap.. ;)
ReplyDeleteKuih cara ni bunda suka makan tapi tak pandai buat sendiri...
ReplyDeleteKuih yg senang nak.buat..senang nak.makan.lembut...Org x ada gigi pun boleh makan
ReplyDeleteBoleh nak buat juga kuih ketayap. Macam menarik aje.
ReplyDeletedah lama kaknoor tk buat ketayap ni
ReplyDeletecam sedapppp je
dah lama follow U ingtkan belum ehehe
ReplyDeleteCiri-ciri kuih ketayap yang Sha suka adalah kulit ketayap nipis, inti dia manis. Yey :)
ReplyDeleteCiri-ciri kuih ketayap yang Sha suka adalah kulit ketayap nipis, inti dia manis. Yey :)
ReplyDeleteamboi ramai anak, sampai 15..
ReplyDeletememang suka kuih ni..sedap..lama x buat.thanks share resepi
ReplyDeletesedapnyaa! suka makan..nak buat malas.. hahah
ReplyDeleteOhhh..ada jugak orang panggil kuih ni kuih dadar. Tak pernah dengar lagi. Apapun, kuih ni tetap sedap. Tapi masih boleh berhenti makan lagi la...sakit perut la makan benda manis byk sgt.
ReplyDeleteSalam singgah petang anies...sedapnya ketayap....
ReplyDeleteSalam singgah petang anies...sedapnya kuih ketayap...diana suka makan ni anies...
ReplyDeletekuih paling senang tapi paling malas nak buat sebab malas nak melipat masa panas - panas ...
ReplyDeleteKuih ketayap nie antara feveret Zumal...
ReplyDeleteKenapakah semua rakan blogger ku HEBAT memasak...
ReplyDeleteNi rasa nk lari bucu katil ni...
Hwaaaa
amboi rajinnya dia memasak lately nie..heee
ReplyDeletekan kak farah.. haha. anies rajin masak. dh boleh kawen ni. hahaa
ReplyDeletememang sedap, kalau nk beli mesti xpuas mkn
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆