Ayam masak kicap special
11:30 am
✿...السلام عليكم✿
Apa yang special nyer, anies? nak tau.... ikut resepi ni dan masak sendiri. kalau tak jadi, jangan salahkan anies ya ;-)
bahan2:
ayam (kalau tak makan ayam, boleh ganti dengan daging lembu / kambing)
bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia
kentang (dipotong bulat dan digoreng)
tomato
sos cili
kicap
lada merah + hijau
air
garam
daun kari
serbuk lada putih
cili padi (kalau nak pedas)
minyak (guna minyak bekas goreng kentang)
bunga cengkih
cara membuat:
1. blend bawang putih, bawang merah dan halia.
2. panaskan minyak. masukkan bunga cengkih. lepas naik bau, masukkan bahan2 nombor 1. biarkan sampai naik bau dan masukkan serbuk lada putih.
3. masukkan cili padi yang telah dihiris. dan diikuti kicap.
4. masukkan ayam dan tutup kuali / periuk seketika sehingga tumisan kelihatan berair.
5. jika ayam kelihatan sedikit kering masukkan sedikit air.
6. masukkan sos cili dan kacau rata.
7. masukkan daun kari dan diiringi lada merah + hijau yang telah dihiris.
8. masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat dan diikuti kentang dan tomato (potongan wedges).
9. masukkan garam dan biarkan seketika sebelum api dipadamkan.
selamat memasak!
masak time berjerebu... tu sebab jadi macam ni... ahaks!
(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)
19 Words of Lo♥e
sedapnya makan dengan nasi panas.. ;)
ReplyDeleteEhem..sedapnya. Mintak siket :)
ReplyDeletesedapnya!!
ReplyDeleteayam masak kicap memang sedap
ReplyDeletetapau sini sikit nak rasa ^_^
ReplyDeletemasak time jerebu ?lol..ahaks
sedap makan dgn nasi panas2.. wallaaa
ReplyDeleteSedapnya rempeyek kak anies...nyumehhh...
ReplyDeleteAyam msk kicap tu anak2 ruby suka mkn jugak kak
hahaha.. masak time jerebu ea...?
ReplyDeletetengok makanan pepagi, memang buat dapur memanggil je...
ehehe suka ayam masak kicap..
ReplyDeletetapi time kecik2 je mak slalu buat sebab nak suruh makan nasik..
suka letak kentang n bawang banyak2.. then masak sampai bawang layu..
Assalamu'alaikum, Anies. Datang menziarah mem besar. Sihat?
ReplyDeleteWaah anies masak banyaaak! Hebatnya
ReplyDeletewaaa banyaknyer macam masak rendang
ReplyDeleteKalau Sha suka tambah sikit blackpaper, jadi kicap blackpaper kut gitu? Haha. Tapi serius ayam masak kicap sedap ! Feberet kitorang adik beradik :)
ReplyDeleteAntara menu feveret Zumal ^-^
ReplyDeletesedapnya..tambah2 makan dengan nasi panas2..=D
ReplyDeletebanyak nya anis masak! satu kuali tu..hehe
ReplyDeletePaling suka masak ayam masak kicap sebab senang ni anies...hihi
ReplyDeleteorg jawa panggil ayam masak semur ...
ReplyDeletehahha.. masak ayam pon boleh jerebu :P
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆