Kerana cinta...
11:00 am
✿...السلام عليكم✿
Hari ini, sudah 2 bulan Mael hilang di hutan. Seluruh penduduk
kampung serta pihak berkuasa, sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik
mungkin untuk mencari Mael, namun gagal.
“perlu ke tok kita meneruskan misi
pencarian Mael ni?” soal penduduk kampung.
Tok ketua sekadar menggeleng. Dia tidak tahu apa jawapan
yang sesuai untuk dijawab.
Keesokannya, hari ke 61 kehilangan Mael, kampung Sri Pajak
menjadi gempar.
“kau biar betul, Man?”
“betul tok! Masakan saya nak
menipu!”
“baiklah. Aku akan ke sana nanti!”
setiba di sebuah pondok kecil yang telah dikelilingi
penduduk kampung, tok ketua tergamam. Dia seolah tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya.
“Mael!”
kelihatan di lantai pondok itu, Mael sedang terbaring lemah.
Badanya begitu kurus sekali. Di sebelahnya, isteri dan 2 orang anak mereka.
“Macam mana boleh jumpa?”
soal tok ketua.
“Pak Amin yang jumpa tok, Subuh
tadi! Pak Amin nak ke sungai, tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang
terbaring di atas pondok ni. Bila Pak Amin mendekat, dia terkejut tengok Mael
sedang tebaring. Mael, yang separa sedar ketika tu, meminta Pak Amin
memberikannya air kerana terlalu dahaga!” terang Budi, anak
saudara Pak Amin yang berada di situ.
selepas sebulan…
“kau sihat Mael?”
“Alhamdulillah, tok! Saya semakin
sihat sekarang…”
“Yap, nampak perbezaannya. Sebulan
yang lepas kau tinggal tulang je…” usik tok ketua.
Mael tersenyum.
“Kau… macam mana boleh hidup
dalam hutan tu? Cuba cerita sikit. Aku nak dengar."
Mael tersenyum sebelum membuka mulut untuk bercerita…
Selepas tersesat dan tak menemui jalan keluar, saya ambil
keputusan untuk berehat di pangkal pokok meranti. Ketika itu, dalam fikiran
saya, saya cuma teringatkan anak-anak dan isteri. Setiap kali saya cuba mencari
jalan keluar, hanya mereka sahaja yang saya fikirkan.
‘kau mesti teruskan hidup demi
mereka Mael!
kau mesti terus hidup Mael kerana mereka!
kau mesti terus hidup Mael kerana kau sayangkan mereka!’
kau mesti terus hidup Mael kerana mereka!
kau mesti terus hidup Mael kerana kau sayangkan mereka!’
suara2 inilah yang sering berlegar dalam fikiran saya
sepanjang saya berada di dalam hutan. Dan kerana itulah, saya dapat
bertahan walaupun terpaksa memakan buah-buhan hutan dan pucuk2 pokok.
“Alhamdulillah… sekarang saya dah selamat… mungkin berkat doa mereka juga, saya dapat kembali…” ujar Mael mengakhiri perbualan.
“Alhamdulillah… sekarang saya dah selamat… mungkin berkat doa mereka juga, saya dapat kembali…” ujar Mael mengakhiri perbualan.
21 Words of Lo♥e
SALAM MAAL HIJRAH...KALAU TIDAK PERNAH TERSESAT PASTI XTAHU SIKSANYA BERADA DI DALAM KESESATAN YG MEMBINGUNGKAN..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak anies, mav ya baru bisa singgah :)
ReplyDeleteOh iya, terima kasih juga untuk hiasan magnet nya sudah sampai dan sudah saya terima :)
Moga tambah sukses dan sehat selalu ya sekularga di malaysia
Salam dari Jakarta :)
Salam Maal Hijrah
ReplyDeleteKesian mael...
ReplyDeleteberkat doa dan kasih syg pd keluarga kan..mesti kuat teruskan hidup!
ReplyDeleteKerana cinta kita jadi kuat =)
ReplyDeleteKerana cinta kita jadi kuat =)
ReplyDeletecinta buat kita jadi kuat
ReplyDeleteKalau tak betul2 kuat semangat mmg susah nak survive dlm situasi mcm ni... subhanallah walhamdulillah...
ReplyDeleteKasih sayang memjadikan seseorang bersemangat.. Salam maal hijrah anies.. ;)
ReplyDeletedoa isteri dan anak - anak ... itulah hidup berkeluarga .
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq
ReplyDeleteIngatan itu diiring dengan doa.
ReplyDeleteHijrah dari kesesatan...
ReplyDeleteCinta sejati sgt nih...!!
ReplyDeleteKerana kasih yang tak bersempadan...
ReplyDeletebecause of love =')
ReplyDeleteJadi kuat dan mampu bertahan demi insan2 tersayang :)
ReplyDeleteMacam kes budak asli yg hilang....
ReplyDeletedeep sangat.. seseorang tue akan jadi kuat kerana adanya cinta dan kasih sayang..=D
ReplyDeletealhamdulillah mael selamat
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆